Bab 15

2.5K 128 0
                                    

"Assalamualaikum, mi" kata Iris perlahan kepada seorang wanita berumur dalam awal 40 an itu.. wanita itu tersenyum manis menyambut kepulangan satu satunya anak gadis mereka.

"Allah sayang, rindunya mi dekat irdina" kata wanita itu dengan loghat asalnya yang masih pekat sambil mencium dan menggomol pipi anaknya itu.

"Daddy mana mi?" Soal Iris.

"Daddy? Biasa la, tengah sibuk nak uruskan hal hal syarikat tu" Iris hanya mengangguk membalas kata mummy nya itu.

"Mi, ada apa apa yang Irdina terlepas ke?" Kata Iris sambil memandang ke luar rumahnya. Bodyguard yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan keluarganya semakin ramai.

"Haa.. takde sayang" balas mummy Iris dengan wajah yang penuh makna tersirat.

"Are you sure mom?" Kata Iris lagi.

"Eh, mummy ke dapur dulu la. Nanti pegi tengok daddy kat atas tu" balas Maya seperti mengelak dari meneruskan perbualan itu. Dia risau anaknya bertindak melulu kalau dia tahu apa yang terjadi.

Iris memandang mummynya berlalu hilang disebalik dinding dapur.

'There must be something' kata Iris dalam hati. Iris mengeluarkan telefon pintarnya sebelom mendail nombor seseorang.

1 saat panggilan bersambung.

"Apa yang jadi dekat rumah ni?" Kata Iris laju tanpa berlengah. Tiba tiba mata Iris terbeliak.

"Kenapa tak inform aku? Kenapa nak aku yang cari kau baru kau nak bagitau!" Balas Iris marah. Tangannya menghentak meja kayu jati yang keras itu. Iris mematikan panggilan.

Tak guna! Aku takkan benarkan perkara yang sama terjadi lagi!

 
                 ****************
Ding dongg!

Pintu dibuka dari dalam. Diluar pagar terlihat susuk seseorang yang amat dikenalinya. Iris!

"Irisss! Aku rindu kauu!" Jerit Mia sambil menangis memeluk Iris. Iris tergelak.

"Sorry lah, aku busy belajar kan. Mana sempat nak jumpa kau. Kau lain laa da jadi mak orang, 3 orang pulak tu" Iris gelak kuat.

"Well, laki aku kuat kot. Kenapa? Jealous?" Balas Mia. Iris membuat rolleyes.

Mia adalah rakan sepermainan Iris dari kecil sampai besar. Walaupun beza umur mereka adalah 3 tahun tapi itu bukan penghalang untuk mereka menjadi sahabat.

Nama Mia yang sebenar adalah. Tengku Miarika binti Tengku Hussien. Memiliki 3 orang cahaya mata hasil hubungan perkahwinan dia bersama pilihan keluarganya iaitu, Muhammad Mustaqim bin Dato' Jamal.

"Weyh taqim mana?" Soal Iris.

"Sini" balas satu suara garau seperti tahu ada yang menyebut namanya. Dia menyambut kehadiran kawan baik isterinya itu dengan senyuman manis. Mustaqim memeluk iris kemudian melagakan pipi ke pipi masing masing. Iris menganggap Mustaqim sebagai abang kandungnya, begitu juga dengan Mustaqim. Mia gembira melihat hubungan mereka yang akrab itu.

"Eh, masuk lah" kata Mia.

"Eh tak ya lah. Aku nak pegi beli barang kejap lagi, sebab petang kang aku nak kena masuk asrama da. Sorry" tolak Iris lembut. Mia dan Mus mengangguk paham.

"Tapi sebelum tukan. Taqim, aku nak pinjam bini kau kejap boleh? Ada bende nak ckp dengan dia. Hehe" tanya Iris lembut. Mia kelihatan teruja memandang suaminya. Mus memandang isternya sebelum mengangguk memberi izin.

"Thank you abang" balas Mia sambil mengucup lembut pipi suaminya tanpa mempedulikan kehadiran Iris disitu. Iris tersenyum melihat mereka berdua. Tidak seperti sebuah perkahwinan atas dasar paksaan sedangkan dulu Mia lah manusia yang paling tak suka dengan perkahwinan itu, sampai sanggup mengugut bunuh diri semata tak nak berkahwin dengan Mus.

Mia berlari masuk kerumah untuk bersiap. Mus memandang Iris yang tepat memandang dia.

"What?" Kata mus.

"Pandai kau amik hati dia eh. Tertanya tanya pula aku. Kau mandram dia eh" balas Iris selamba sebelum tergelak macam pontianak.

"Ish, astaghfirullah. Ingat aku teruk nau ke siaa. Ada lah cara aku pujuk hati dia yang keras tu. Kau tu dengan acap macam mana? Dia da dapat lembutkan hati kau belum?" Balas Mus pula membuatkan Iris terdiam. Shit! Dia tau je macam mana nak senyapkan aku. Kini giliran Mus pula ketawa jahat. Iris menjeling Mus yang masih lagi sedap ketawa itu.

"Hahaha, penat ketawa, da la masuk dulu sementara tunggu Mia. Dia lambat lagi tu. Haikal, Husna, dengan Hanif pon ade kat dalam. Gi main dengan diowg nanti da ada anak dengan acap da senang" sekali lagi Mus bantai gelak sebelum lari masuk kedalam rumah. Iris menepuk dahi.

'Maigoddd. Aku ingat Mia sorang perangai macam ni. Rupanya laki bini sama je. Patut la ngam semacam. Haih nasib kau lah Iris' kata Iris dalam hati bersimpati pada dirinya sendiri.

IDENTITI AKU?!! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang