Bab 32

2.5K 178 19
                                    

Iris memandang budak dihadapannya itu, jatuh sedih mengenang nasib anak yatim piatu yang tak berdosa itu. 'Korang melampau!'

Iris memeluk budak itu.

"Shuutt, shutt. Jangan nangis da. Aku pernah cakap kan, kau adik aku, siapa cari pasal dengan kau diowg tu cari masalah dengan aku. Jangan nangis ea" pujuk Iris lembut.

"Meh ikot aku balik dorm aku, mandi, tukar baju dulu" ajak Iris sambil menarik tangan budak itu. Budak itu hanya menurut tanpa membantah.

****************

"Nah, amik towel ni dengan baju ni. Gi mandi" arah Iris sambil menghulurkn baju t-shirtnya kepada budak itu. Nasib saiz badan mereka tidak terlampau jauh bezanya kalau tak, mau jadi hantu kelembei budak tu kang.

"Thank you" kata budak itu lembut.

"By the way, nama kau apa ek budak?" Soal Iris.

"Hah? Owh, nama saya nur syazmira panggil syaz je"

"Owh, sedap nama"

"Tau da"

"Eh kauu!"

😹😂

****************

"Baik, disebabkan Iris tidak ada disekolah buat sementara waktu. Jadi saya dgn guru guru lain bersetuju untuk mencari pengganti bagi menjawat jawatan ketua form 5. Ada sesiapa yang sanggup?" Kata guru kaunseling itu dengan lancar.

"SAYAAA SANGGUP CIKGU!" Jerit Jasmine sambil laju berdiri. Semua pelajar mula menunjukkan riak meluat.

'Macam takde manusia lain pulak' kata Biela dalam hati.

"Haa, Jasmine Dato' Mansor. Bagus saya suka semangat awak. Meh sini" kata cikgu itu dengan tersenyum lebar. Jasmine dengan pantas belari menaiki pentas utama itu.

Para pelajar mula berbisik, ada yang tidak setuju namun nak buat macam mana, selepas Iris, Jasmine juga berpengaruh tapi dengan pangkat anak datonya itu. Anak dato' siapa berani lawan kecuali Iris yang tidak takut berdepan dengan minah itu. Iris terkenal dengan sikapnya bukan sebab pangkat atau apa.

Guru kaunseling itu memberikan mic kepada Jasmine selaku ketua baharu yang akan menguruskn perjalanan program hari kantin nanti.

"Terima kasih kepada cikgu cikgu sebab bagi peluang ni kepada saya. Saya tahu saya memang layak untuk jawatan ni" kata Jasmine membongkak.

Ternyata selain pelajar, guru guru juga banyak yang tidak suka akan tingkah dan kelakuan Jasmine itu.

Kedengaran sorakkan dari bawah, siapa lagi kalau bukan kawan baiknya yang serupa beruk itu..😒

"Saya Nur Jasmine Sofia binti DATO Man...." belum sempat Jasmine menghabiskan kata microphone yang dipegangnya hilang dari genggaman. Tergamam Jasmine dibuatnya melihat kehadiran musuhnya disitu, siapa lagi kalau bukan Iris.

Dewan semakin riuh dengan sorakan sorakan serta siulan siulan gatal yang tahu apa yang bakal jadi apabila ratu dingin bertemu dengan ratu gedik.
Kebanyakkanya terkejut melihat kehadiran Iris disitu namun tetap tersenyum lega kerana Iris telah kembali.

"Opss, maaf. Aku rasa kau tak layak untuk ni" kata Iris lepas sambil memusing musingkan microphone ditangannya. Berasap telinga Jasmine mendengar.

"What! Hello, aku dah sah jadi ketua, so sekarang siapa yang tak layak? Kau ke aku?!" Kata Jasmine geram.

"Haha. Aku rasa kau lupa tempat kau ni. Korang semua nak siapa jadi ketua? Betina ni atau aku?" soal Iris dengan lantang kepada pelajar pelajar yang ada dibawah pentas.

IDENTITI AKU?!! Where stories live. Discover now