Bab 9

2.8K 159 6
                                    

"Bielaaa" jerit seseorg membuatkan Iris dan Biela terkejut. Pintu bilik terbuka luas dengan kehadiran lebih dari 10 orang yang datang untuk melawat tidak ketinggalan jejaka jejaka malaya itu juga berada disitu. Iris menilik jam.

"Biela, kau tau tak kitaorg rindu plus risau kat kau. Emm" kata Fika mencebik. Biela gelak.

"Halah, sorry k. Emm." Kata Biela sambil menepuk nepuk lembut tangan Fika. Biela tersenyum manis. Matanya memandang muka mereka yang berada disitu satu persatu. Pandangannya bertembung dengan mata Zul membuatkan dia termalu. Hatinya berdetak laju. Cepat cepat matanya memandang ke arah lain. Dia memandang Iris, muka Iris kelihatan serabut. Biela mengeluh, 'mesti Iris terganggu sebab hal tadi'

Flashback

"Mak tiri aku, dia dera aku 24 jam, dia tak bagi aku tidur even sekejap pon. Aku rasa mcm hidup dalam neraka. Abang tiri aku pulak dia cuba nak.. nak.. rogol aku.. dia masuk bilik aku masa aku tengah mandi tapi nasib aku da siap siap pakai baju kat dalam bilik air jadi aku terus lari ke luar rumah and tunggu sampai mak tiri aku balik. Aku takut nak tinggal kat situ lg tp aku terpaksa. " sambung Biela lagi. Air mata yang cuba ditahan terasa berat. Padanya tiada guna dia simpan lagi sebab Iris takkan tanya kalau dia tak tahu apa yang jadi. Pasti Iris da tau.

"So, mana....."

Dummmm...!!

Bunyi dentuman itu membuatkan Iris serta Biela terkejut. Iris berdiri dari duduk manakala mata Biela pula sudah terbeliak.

"Anak tiri tak guna, aku dah agak da kau ni bawak bala." Kata wanita separuh abad itu dengan kasarnya. Lelaki yang berdiri dibelakangnya hanya membatu tanpa kata.

"Apa makcik ni, masuk masuk je marah marah orang, ni kan hospital. Makcik duduk dulu ok." Kata Biela lembut, hormat.

"Ah, kau tak payah nak buat buat baik, kau pikir aku hamak sangat nak lawat kau kat sini. Kalau bukan bapak kau yang suruh aku datang memang aku takkan datang punya. Buat perabis duit aku je" kata wanita tua tu lagi. Iris masih memerhati.

"Haritu kau mengadu anak aku nak rogol kau, hari ni masuk hospital pulak. Siapa nak bayar duit hospital ni? Drama apa pulak kali ni kau nak buat? Kau dengan mak kau sama je pembawa malang!" Kata wanita itu lagi. Biela seakan mahu menangis. Hatinya sakit. Dia malu dengan Iris. Iris mula hilang sabar.

"Ka.. kalau mak.. makcik taknak datang pon tak pe. Saya boleh urus diri saya sendiri." Sayu mulut itu menuturkan kata. Air jernih itu jatuh membasahi pipi merahnya.

"Weyh pompuan, mak aku da datang ni pon bagus tau, tak payah nak belagak la" kata lelaki yang berada di belakang wanita tua itu. Iris memandang dia tak berkelip. Iris tersenyum geli hati. Dayus!

"Em, aku rasa kau orang boleh bla sekarang. Bukan nak biadab tapi Biela perlu rehat. Jangan buat masalah kat sini." Kata Iris lembut tapi kedengaran kasar.

"Kau siapa pulak?" Balas lelaki itu agak terjerit sedikit.

"Aku? Aku kawan dia, kenapa?" Balas Iris lagi. Lelaki itu tersenyum senget

"Engkau tu budak luar, jangan nak masuk campur dalam hal keluarga kitaorg. Kau tu yang patut berambus." Kata wanita tua itu pula.

"Haha. Kasarnya. Dah la, balik la sementara saya ada hormat dengan makcik. Balik lah n kalau boleh tak payah datang lagi. Pasal kos hospital pulak biar saya tanggung semua. N sejauh soal tempat dia tinggal, em.. dia akan tinggal dengan saya. Sebab saya takkan biar die tinggal dengan syaitan bertopengkan manusia macam makcik n kau!" Kata Iris panjang lebar. Wanita tua itu dan anaknya terdiam. Biela tercenggang. 'Iris da gila' kata Biela dalam hati.

"Haa. Kau jangan ingat kau ada hak nak buat macam tu. Kau tak de kaitan dengan dia. Jangan sampai aku laporkan dekat polis sebab kau culik dan biadab dengan aku" kata wanita tua itu lagi tak mahu kalah. Iris tersenyum sinis.

"Jadi macam mana klau saya yang report dekat polis pasal apa yang makcik dengan anak setan makcik ni buat dekat dia." Kata Iris sambil tersenyum manis tapi beracun. Muka mereka semua cuak.

"Ouh ya, saya ada bukti" sambung Iris lagi. Wanita tua itu mengentak kakinya dilantai sebelum menarik anaknya keluar dari bilik itu. Iris tersenyum gembira kerana kemenangan berpihak padanya.
 
End Flashback

Biela mengeluh. Dia sendiri buntu. Namun digagahkan juga bibirnya mengukir senyum palsu untuk sahabat sahabatnya itu. Acap berjalan ke arah Iris yang sedang sibuk melayan perasaan. Sebenarnya dia sendiri tak yakin dengan keputusannya tapi apakan daya itu jalan yang terbaik untuk mereka semua. Iris mengeluh.

"Cik Muda Tuanku Tengku Iris Irdina Natasya binti Tuanku Tengku  Shahiran." Kata Acap perlahan. Iris tersentak, matanya terbeliak. Ya itu lah nama penuh dia yang tercatat dalam sijil surat beranaknya. Nama yang diberi kerana lahir dalam keluarga berdarah diraja. Haa. Nama yang terhasil dari 2 darjat yang berbeza. Darjat antara dunia kemewahan dan dunia penuh kekejaman.

IDENTITI AKU?!! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang