Bab 7

2.9K 134 2
                                    

Petang itu setelah selesai solat asar berjemaah disurau. Semua pelajar diminta untuk turun ke padang bagi menjalani aktiviti riadah yang hanya diadakan 4 kali seminggu iaitu hari isnin, rabu, jumaat, dan ahad.

Fira, Jane, Biela dan Iris berjalan beriringan ke padang dengan memakai pakaian sukan yang menjadi peraturan wajib untuk dipatuhi tiap kali beriadah. Mulut Fira yang tadinya celoteh membebel tiba tiba mengeluarkan bunyi yang nyaring dan membuatkan yang lain terkejut.

"Kau dah kenapa?!" Kata Biela geram apabila Fira menjerit betul betul di sebelah telinga kirinya. Berdesing mak aii!

"Aku baru ingat! Aduii Jane. " balas Fira sambil menepuk dahinya kasar. Terjongket kening Jane bila namanya yang disebut.

"Apa yang kau lupa and apa yang kau baru ingat?" Gesa Jane. Fira tersengih sengih seperti kerang busuk menampakkan giginya yang teratur cantik dan putih, penangan ubat gigi colgate 2 ringgit. Hahaha!

"Takk, tadi cikgu Ik suruh aku panggil kau pergi bilik guru tapi baru sekarang aku ingat" kata Fira perlahan sambil menilik jam rolex bersalut emas miliknya. pm 4.20! 😱 reaksi muka Jane seperti tidak percaya.

"Ye tak ye je kau. Bila dia cakap n bila kau jumpa dia ha? Ha?" Kata Jane acuh tak acuh namun nampak ketara rasa ingin tahu dalam pertanyannya. Iris tersenyum senget.

"Tadi lepas aku balik dari jumpa cikgu tingkatan kita tahun lepas." Kata Fira sambil mengusap dagunya gaya untuk mengingat kembali apa yang dia lupa.

"Alaaa penting sangat ke benda tu?" Kata Biela dengan dahi berkerut dan wajah tidak bermaya. Iris memegang bahu Biela.

"Kau okay tak ni?" Soal Iris tenang tapi risau keenam enam mata kini menghadap sepenuhnya pada Biela. Biela mengangguk lemah menandakan yang dia tak apa apa. Tak sampai 5 saat Biela mula pitam sebelum hilang sedar sepenuhnya nasib sempat disambut oleh Iris. Jane dan Fira da terkejut beruk.

"Biela!!!!" Jerit mereka berdua. Iris pula masih dgn muka tenangnya. Tak nak mengeruhkan keadaan. Kalau semua panik siapa yang nak amik tindakan kn?. Iris memegang dahi Iris. 'Tak panas' kata Iris dalam hati. Kemudian Iris merasa pergerakan nadi Biela. 'Lemah sngt dah ni' kata Iris lagi dalam hati.

"Jane pegi inform cikgu Ik cepat." Arah Iris yang pandai mengawal situasi. Memandangkan memang hanya mereka yang berada disitu jadi terpaksalah Iris bertindak sebagai seorang ketua. Jane mengangguk laju sambil terus berlari mendapatkan bilik guru.

"Fira, tolong aku" kata Iris perlahan tapi tegas. Fira mengangguk sambil membantu Iris mengangkat Biela untuk dibawa ke bilik rawatan.

***********

"Erm" keluh Biela apabila terjaga. Matanya terasa perit kepalanya pula terasa pening. Matanya memerhati sekeliling melihat dimanakah dia berada sekarang. 'Hospital?' Kata nya dalam hati. Tiba tiba bunyi pintu terbuka dari luar. Mata Biela memandang ke arah pintu. Iris pon masuk dari belakang daun pintu itu.

"Dah bangun?" Kata Iris acah bodoh plus buta. Hahaha! Mata Iris memandang Biela. Tepat! Biela mengangguk kecil. Tak mampu untuk mengeluarkan suara. Tekaknya terasa pahit. Iris meletakkan makanan yang baru dibelinya dikafe di atas meja sebelah katil Biela.

"Nak air?" Soal Iris. Biela menggelang lemah sesungguhnya tekak dia belum mampu untuk menelan apa apa meski pun air liurnya sendiri.

"Okay" kata Iris sebelum melabuhkn punggung di atas kerusi yg di sediakn oleh pihak hospital sambil menyilang tangan. Matanya masih lagi tepat memandang Biela. Biela memandang ke arah lain takut untuk bertentang mata dgn Iris. 'Dia ni bukan betul' kata hati kecil Biela.



IDENTITI AKU?!! Where stories live. Discover now