Iris membuka pintu rumah agam 4 tingkat itu dengan berhati hati, matanya melilau ke sekeliling. Gelap! Iris yang ditemani oleh Biela dan beberapa orang suruhannya itu mengeluh perlahan. Biela disebelahnya hanya memandang reaksi Iris itu.
"Rindunya rumah" kata Iris perlahan. Biela memimpin tangan Iris untuk masuk, tangannya kemudian meraba raba ke dinding yang ditunjukkan Iris untuk mencari suis bagi menghidupkan lampu.
Hooorrayyy!!
"Welcome homee!" Bergema suara jeritan itu didalam rumah agam itu. Terkejut dan terkebil Iris dibuatnya. Di atas kepalanya bersepah cebisan cebisan kertas warna warni yang ditembakkan kearahnya itu.
"Welcome home sayang" kata Encik Samsuri sambil memegang kedua dua bahu anak daranya itu. Dengan perlahan, dia mengucup lembut dahi Iris, menyampaikan rasa syukur dengan kepulangan Iris ke pangkuan keluarga. Iris tersenyum memandang daddynya dan memeluk tubuh sasa bapanya itu. 'ya Allah, terima kasih kerana beri aku peluang melihat senyuman ini lagi' bisik Iris dalam hati.
Iris kemudian dipeluk pula oleh Puan Maya dan diikuti oleh kawan kawannya yang lain.
Kini tiba giliran Irsyad. Iris memandang Irsyad diam. Disebelah Irsyad terdapat seorang perempuan yang cantik berbaju kurung moden dan berambut ikal mayang. Perempuan itu tersenyum manis memandang Iris. Iris membalas kecil senyumannya itu. Mata Iris kembali memandang abangnya yang kini sudah mampu berdiri menggunakan tongkat.
"Thank you little sister, for everything" kata Irsyad. Iris tergelak kecil sambil menganggukkan kepalanya berulang kali. Irsyad memegang kepala adiknya. Jatuh sayangnya kepada Iris.
"Thank you "kak ipar" sebab sanggup jaga budak sewel ni" kata Iris selamba sambil menekan perkataan "kak ipar" itu. Merah muka Sufina dibuatnya. Tak dinafikan kehadiran Sufina yang pada awalnya dianggap malang kini bertukar menjadi cahaya penyinar dalam hubungan mereka. Seorang gadis yang mampu mencairkan keras dan kasarnya perilaku seorang lelaki bernama Irsyad membuatkan Iris tertunduk hormat kepadanya.
"Kuaja kau dik. Sewel sewel ni pon ada orang sayang. Kau ada?" Kata Irsyad diiringi tawanya yang membuak. Irsyad menyapu lengan sasanya yang menjadi tempat cubitan Sufina. Berbisa bhai!
"Haha, tak pe la. Iris pegi belakang kejap ea" kata Iris meminta Izin. Mereka hanya mengangguk.
Tiba di belakang rumah, Iris mengambil tempat di gazebo dan dihadapannya terdapat kolam ikan dengan cahaya lampu berwarna kuning disetiap penjuru ruang. Kelihatan sungguh megah.
Iris termenung. Dia memegang luka dikakinya. Sakit? Pasti.
Matanya hampir menitiskan air mata ketika mengimbau kembali sakit yang dirasakan ketika itu. Tak sanggup rasanya untuk dia mengulanginya untuk kedua kalinya.
"Huii" panggil satu suara garau di belakang Iris. Dengan pantas Iris terus berdiri dan berpusing menghadap si pemilik suara.
Iris menghembus nafas lega. Tragedi hitam itu menjadikan Iris lebih sensitif dan berhati hati atau lebih sesuai, trauma.
Acap yang turut terkejut itu dengan serta merta mengangkat tangan tanda menyerah. Takut kalau tiba tiba dibalingnya pisau atas dahi, tak naiya ke. Haha..
Iris mengambil duduknya semula, diikuti oleh acap.
"Em, sorry lah kalau aku buat kau terkejut tadi" kata Acap perlahan. Iris tersenyum kecil. Ikhlas.
"Tak de lah, aku okay" balas Iris. Acap mengangguk perlahan.
"Haa, kau balik sini, auntie dengan uncle tak risau ke?" Soal Iris memula kata. Yelah, walaupun acap tu lelaki tetapi dia tetap anak manja parents dia. Kalah Suxen yang baru berumur 5 tahun itu.
"Haha.. mak ayah mana tak risau pasal anak dia kan. Tapi tak pa lah, aku bagi diaowg peluang tumpu pada si kecik tu dulu. Aku ni dah puas da bermanja dengan diowg tapi tulah..." acap terdiam.
"Heh? Tapi tulah apa?" Tanya Iris tertanya tanya.
"Hehehe, takde apa la. Hahahahaha" acap tergelak besar menutup debar didada.
"Eh kau ni kang. Dah la perangai masih macam baby, tah bila nak matangnye tah" kata Iris pula.
"Hahahaha.. kau nak aku matang macam mana? Macam kau? Yang setiap masa muka masam mencuka, ayat menikam perasaan, lagak macam keras, macam tu ke siaa. Seriously? hahahahaha" mereka bergelak bersama. Tiba tiba muka Iris berubah.
"Kau nak mati ke?😑 dilayan tapi perangai menjadi jadi pulak" kata Iris tegas. Acap menggaru kepalanya. Kalau dah perempuan, tetap perempuan. Sekelip mata boleh berubah.
"Erk, so kau macam mana? Nak amik alih tempat mummy ke?" Tanya acap merubah tajuk perbualan. Kedengaran suara keluhan disitu.
"Tah la, aku dengan along tak pernah minat benda benda macam ni. Dari aku umur 4 tahun aku dah tau yang hidup aku bukan macam hidup orang lain. Aku dipaksa dan aku terpaksa. So maybe yah im gonna do it" kata Iris tenang sambil memandang langit. Begitu juga dengan acap.
"Mesti Ikmal dengan Irdina bangga dengan kau kan"
"Hahahaha ya, I hope so. 彼らが会いたい ( I miss them )" kata Iris dalam nada sayu.
"私も ( aku juga )" balas acap. Iris memandang acap. Mata bertentang mata. Dalam. Mencari yang tersirat disebalik sebuah ketenangan. Iris tersenyum lebar.
"Kau tahu, kita boleh je duduk bersembang macam ni tanpa bergaduh. Takde masalah pon sebenarnya" kata Iris sambil ketawa mengenangkan tentang permusuhan mereka selama ini.
"Hahahaha, kau yang selalu cari gaduh kan makcik oii. Tak ingat ke?" Balas acap pula sambil menarik hidung mancung Iris.
"Hahaha, aku buat bersebab. Haa bila kau nak balik jepun?" Soal Iris.
"Asal? Nak ikot balik sana ke? Lagipon kau da lama tak tengok atuk dengan nenek kau kat sana kan" serkap acap. Iris hanya mengangkat kening menjawab soalan acap itu.
'im really sure they are very proud of you. Me too. Aku tahu tak mudah' kata acap dalam hati sambil memandang Iris.

YOU ARE READING
IDENTITI AKU?!!
RandomHidup dia? Siapa dia? Tiada siapa yang tahu. Hidup sebagai seorang yang misteri menyimpan seribu satu kisah suka dan duka yang hanya dia sendiri tahu. Dia seorang gadis yang lebih suka mendiamkan diri dan seorang yang tenang dalam menjalani kehidup...