Bab 24

2.1K 109 2
                                    

Iris yang duduk dicafe hospital itu terkejut apabila tiba tiba nada dering telefonnya berbunyi. Iris mengangkat namun tiba tiba panggilan terputus. 'Mungkin salah nombor kot' kata Iris dalam hati.

Tiba tiba Iris rindu akan kawan kawannya di Malaysia. Seminggu tidak bertemu membuatkan Iris rindu sangat. Dengan Biela, Jane, Fika, Mia, Raof, James, Acap. Wait! Acap? Hoho she might be crazy. Iris membuat muka geli kerana tersalah rindu orang. Hahaha!

Iris cuba menghubungi mereka namun tak dapat. Dia sendiri pelik.
Iris bangun dan menuju ke bilik abangnya.

Iris menolak daun pintu bilik rawatan itu. Terkejut dibuatnya melihat Sufina ada bersama. Yang lebih memelikkan, mereka berdua boleh bergelak ketawa bersama.

"Wow. Did i miss something brother?" Soal Iris tiba tiba. Muka Irsyad dari ketawa terus berubah menjadi kelat. Kini giliran Iris pula untuk gelak melihat wajah abangnya itu. Iris salam tangan Sufina.

"Lama dah kak Fina datang?" Tanya Iris ramah. Iris suka melihat muka Sufina kerana tidak lekang dengan senyuman manisnya. 'Cantik! Patutlah Ryann nak sangat dengan dia' kata hati Iris. Manakala Sufina pula suka dengan sikap peramah Iris walaupun muka Iris kelihatan lebih menyeramkan dari muka Irsyad.

"Tak da la, akak baru sampai" balas Sufina. Iris mengangguk.

"Along dah makan?" Tanya Iris kepada abangnya pula.

"Dah, baru lepas. Adik?" Soal Irsyad pula.

"Belum" balas Iris manja. Berkerut dahi Irsyad.

"Hahaha, Iris dah kurus dah. Takkan nak diet kot" kata Sufina.

"Hehe, tak da lah, tak da selera je" balas Iris lagi. Dia tak tahu kenapa tapi dari tadi hatinya seperti tak tenang. Macam ada yang tak kena. Iris terus menenangkan hatinya.

"Haa, long. Along dah ada peneman ni bolehlah adik tinggal along kejap malam ni" kata Iris berbasah basi. Terkejut Sufina dan Irsyad.

"Eh adik nak kemana? Gila ke nak dia teman along. Along tak nak" balas Irsyad. Iris memandang muka Sufina yang sedikit terasa dengan kata kata abangnya itu, walaupun dia tahu abangnya tak bermaksud begitu.

"Alaaa, hari hari nak hadap muka along. Ingat adik tak penat ke? Adik nak pergi berehat juga" balas Iris, menaikan senyuman dimuka manis Sufina.

"Kau merungut dengan aku ea dik" balas Irsyad. Iris tergelak.

"Alaaa, boleh ea long, adik janji adik balik semula tapi bagi lah adik rehat sekejap" kata Iris dengan senyuman seikhlas mungkin. Sebenar bila dia kata macam tu, air matanya nak ikut mengalir. Dia sendiri tak tahu kenapa.
"Em yela" balas Irsyad.

"Kak, ikut Iris jap" ajak Iris. Sufina bangun dan membuntuti Iris sehingga keruang tamu didalam bilik VVIP itu.

"Kak, Iris minta tolong jaga along sampai Iris balik ya." Kata Iris sambil memegang erat tangan Sufina. Dia tak tahu nak harapkan siapa lagi selain Sufina.

"InsyaAllah, selagi along Iris yang degil tu tak halau akak" balas Sufina. Tergelak Iris mendengarnya.

"InsyaAllah tak, Iris ada kerja nak kena settlekan so tolong ea" balas Iris berharap. Sufina mengangguk. Lega hati Iris.

**************
"Macam mana, dapat?" Soal Raof dengan cemas. Acap menggelengkan kepalanya.

"Iris jawab lahhh!" Acap makin tak senang duduk. Biela dan Fika pula sedang menangis. Ikbar pula memundar mandir memikirkan sesuatu.

"Haih, siallaa!" Jerit James sambil membaling telefon pintarnya ke dinding. Habis hancur berkecai. Jujur James adalah seorang yang happy go lucky, bukan seorang yang panas baran tapi kini, dia rasa semuanya huru hara. Kacau bilau.

"We need to do something! Takkan nak macam ni terus." Kata Raof dah tak boleh sabar. Acap masih cuba menghubungi Iris. 'Kenapa tak dapat ni' kata Acap dalam hati.

"But first, kita kena keluar dari sini." Balas Acap.

"Awak semua nak pergi mana?" Soal Ikbar. Hatinya berdegup kencang.

"London." Balas Acap. Ya dia yakin. Mereka pasti di London.

"Saya ikut" terbeliak mata mereka semua. Selepas berfikir baik buruknya, mereka membenarkan Ikbar untuk ikut.

Acap mendail nombor seseorang. Beberapa saat kemudian panggilan bersambung.

"Asy?" Balas orang disebelah sana dengan pelatnya.

"Mummy, Asy ni. Asy nak minta tolong boleh?" Soal Acap.

"Nak mummy tolong apa?"

"Tolong keluarkan kami dari sekolah ni boleh?"

"Eh, kenapa pula?" Terkejut Puan Sri Maya. Sejak dulu Maya memang mengganggap Acap, James, dan Raof seperti anak anaknya sendiri kerana keluarga mereka adalah kawan rapat semasa mereka semua menetap diJepun.

"Please my. Asy tak da masa nak terangkan. Tolong."

"Baiklah"

"Thanks mummy.. bye"

Panggilan dimatikan. Acap memandang mereka yang sedang mengelilingi mereka.

"Siap sekarang" arah Acap. Mereka faham apa yang diarahkan oleh Acap dan berura ura untuk bergerak namun ditahan oleh Fika.

"Kitaorang nak ikut" kata Fika secara tiba tiba dengan tangisan yang semakin reda.

"Tak, tak boleh. Bahaya" kata Raof pula.

"Boleh lahh!" Balas Biela pula. Mereka merumitkan lagi keadaan. Acap meraup mukanya. Stress.

"Okaylah, pegi siap" akhirnya keputusan dibuat.

IDENTITI AKU?!! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang