Bab 12

2.6K 148 2
                                    

"Em Iris!" Jerit seorang budak lelaki dari depan kelas. Dengan pantas Iris menoleh, begitu juga dengan mereka yang lain.

"Hmm apa?" Ringkas tapi padat dengan persoalan yang harus dijawab oleh si pemanggil tadi iaitu si Epul.

"Ada budak nak jumpa kau" kata Epul lagi. Iris memandang kearah pintu. Takde orang.

"Budak tu takde kt sini, dia suruh kau jumpa dia kat kantin" jelas Epul lagi. Semua kebinggungan.

"Siapa budak tu? Dia gila ke suruh Iris yang datang cari dia. Dia ingat Iris ni siapa" kata salah seorang budak lelaki dalam kelas itu iaitu Iman dan diikuti dgn suara "aruk"kan daripada pelajar pelajar lain. Selama ini tiada sekelumit kuman pun yang boleh bagi arahan pada Iris, sebab semua orang tahu akan perangai Iris yang pendendam dan panas baran.

"Mana aku tahu. Budak tu budak famous dari kelas Elite" terang Epul, tak mahu dirinya yang dipersalahkan. Mata semua terbeliak. Famous? Elite?

"Syafiqqq!" Jerit seorang budak perempuan, Yaya dan diikuti oleh budak perempuan yang lain. Ya, Syafiq tu terkenal antara kalangan pelajar perempuan. Pengaruh dia hampir mengalahkan pengaruh Iris di sekolah ini. Iris duduk menyandar pada kerusi sambil memejam mata. Telinganya hanya mendengar setiap yang diperkatakan oleh mereka semua. Sesaat kemudian Iris membuka mata dan memandang Epul.

"Cakap dengan dia, datang cari aku dekat kelas dalam masa 5 minit. Kalau dalam masa 5 minit dia tak sampai sini then cakap dengan dia,"kau cari aku tapi aku tak cari kau".". Kata Iris tenang. Ramai bertepuk tangan untuk Iris. Iris terkenal dengan sikap keras kepala dia. Haha

5 minit kemudian pintu kelas dibuka. Terpampang muka Syafiq yang kemerahan menahan marah tapi tetap cuba disembunyikan. Kelas yang tadi seperti pasar tani kini penuh dengan suara jeritan budak budak perempuan dan suara "booo" daripada pelajar lelaki. Iris berdiri tegak sebelum berjalan dengan berhati hati ke depan. Iris kini berdiri betul betul dihadapan Syafiq. Acap hanya memerhati dengan perasaan yang dia sendiri tak tahu. Marah mungkin, geram, jealous, benci semua ada.

"Em hai, i Syafiq" kata Syafiq tersenyum manis sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Iris. Dalam hatinya pasti Iris akan cair dengan senyumannya. Iris tak menafikan yang wajah lelaki dihadapannya ini agak smart dan hensem tapi kalau nak dibandingkan dengan lelaki keturunan keluarganya pasti lelaki ini tiada apa apa. Iris memandang huluran salam dari Syafiq dengan menepis lembut tangan jejaka itu. Syafiq menelan air liur sebelum menarik tangannya kembali. Wajahnya yang penuh rasa itu tetap cuba dimaniskn. Acap tersenyum sinis.

"Em, apa pun tujuan kau, siapa pun kau. Aku tak berminat." Kata Iris kasar. Sebab tak mungkin lelaki ini akan sanggup datang kepadanya tanpa tujuan. Bukan sehari dua Iris hadap orang yang bermuslihat ni.

"Hahaha, apa u cakap ni, i tak faham. I datang cari u sebab i nak minta maaf sebab langgar u tadi tu je" katanya lagi. Tak mahu kalah tanpa mencuba. Iris tergelak penuh sindiran.

"Macam ni la, aku da maafkan kau so kau boleh pegi sekarang." Balas Iris sambil tersenyum manis lalu berpusing untuk kembali ke tempat duduknya.  Tiba tiba tangan Iris disambar dengan kasar. Dengan spontan Iris bepusing sebelum mencengkam tangan lelaki itu kemudian dipulas dan di letakkan dibelakang badan. Lelaki itu menjerit kesakitan. Semua pelajar ternganga melihat adegan itu. Penonton perempuan yang memerhati dari tadi jadi marah dengan kelakuan ganas Iris itu. Iris memandang sekumpulan budak perempuan yang ingin mendekati mereka berdua dengan pandangan yang penuh makna. Mata itu!

Iris melepaskan tangan lelaki itu. Iris paling pantang kalau ada lelaki kecuali keluarga yang menyentuhnya. Syafiq memperbetulkan pergelangan tangannya yang sakit disebabkan cengkaman Iris tadi. Syafiq berura ura untuk keluar dari kelas itu. Tiba tiba Syafiq mendekatkan mukanya ke telinga Iris lalu berkata

"I akan datang lagi untuk u. Bye sayang" kata lelaki itu lembut sebelum keluar dari bilik darjah itu. Iris terkedu dengan apa yang jadi. Semua itu terlaku spontan sampai dia tak boleh berbuat apa apa.

1 saat

2 saat

Baru lah Iris tersedar dan berjalan ke tempat duduknya. Semua mata memandangnya kini. Iris dapat rasakan sepasang mata yang memandangnya dengan tajam sekali. Iris beriak seperti biasa sementara otaknya masih memproses maksud dibalik kata lelaki tadi.

Sementara Syafiq pula masih memegang tangannya yang dipulas oleh Iris tadi dengan perasaan luar biasa. Mulutnya perlahan lahan mengukir senyum senget.

"Interested" katanya perlahan. Cukup perlahan hanya untuk dia seorg yang dengar.

IDENTITI AKU?!! Where stories live. Discover now