Bukkk!
Pintu terbuka, dengan lemah longlai Iris memandang siapakah itu. Iris ingin memberikan reaksi yang sepatutnya namun dia sudah tak larat. Nyawanya bagai ditarik tarik.
Terdapat 3 orang lelaki yang segak dengan baju jaket yang labuh sehingga ke lutut, memakai sarung tangan kulit, berseluar jeans, berkasut kulit hitam dan bersenjata.
Iris melihat James dan Raof sedang berlawan dengan Ryann dan dibantu oleh anak buah Iris, Acap dan yang lain bagi melawan Ryann dan konco konconya. manakala Acap pula berlari mendapatkan Iris. Acap memandang kaki Iris yang terluka.
"Ya Allah, Iris." Kata Acap sebelum membuka sarung tangannya dan melepaskan ikatan pada tangan dan kaki Iris menggunakan pisau lipatnya.
Acap mengarahkan anak buahnya mengambil Iris untuk dibawa keluar kerana dia ingin mengerjakan Ryann dengan tangannya sendiri.
Terlihat Iris yang terluka, anak buah Acap mengangkat Iris dan berjalan keluar.
Dan berlakulah adengan tumbuk menumbuk antara mereka.
Kini giliran Ryann pula menempati tempat Iris tadi. Ryan meronta ronta tapi dia yang kesakitan kerana kali ini tangannya bukan diikat dengan tali tapi dengan dawai halus yang diikat berkali kali.
James melilau melihat barang barang koleksi lelaki itu, kadang matanya terbeliak, kadang berkata wow dan kadang dia berasa teruja yang amat. Kagum dengan lelaki dihadapannya itu.
Acap pula duduk menyandar memandang lelaki itu dengan api yang membara. Begitu juga Raof.
****************
Iris pov
"Iriss!" Jerit suara suara itu serentak. Iris yang menyandarkan kepalanya didada sasa anak buah Acap dengan berat memalingkan kepalanya untuk melihat pemilik pemilik suara itu
"Mummy" perlahan, tersangat perlahan. Orang pertama yang dia nampak adalah mummynya, Puan Sri Maya. Puan Sri Maya menangis teruk melihat keadaan anaknya, begitu juga Tan Sri Tengku Samsuri. Naluri keibu bapaan mereka tersentuh melihat keadaan anaknya itu. Tidak terlepas juga Iris melihat Jane yang memandangnya sambil menangis, disebelah Jane ada Ikbar, Fika, dan Biela.
Dalam kepayahan Iris tersenyum syukur. Semua yang dia sayang akhirnya selamat, walau dia terpaksa mengorbankan dirinya sendiri.
Iris mengarahkan anak buah Acap yang lebih dikenali sebagai Inito untuk menurunkannya. Inito meletakkan Iris dengan perlahan lahan. Iris memaksa dirinya untuk duduk. Walau sakit yang teramat dirasakan namun dia perlu gagahkan dirinya.
Iris dihampiri oleh Jane dan mereka yang lain. Jane memeluk Iris sambil menangis. Iris membalas pelukan Jane itu. Dia tahu kawannya pasti ketakutan.
"Aku minta maafff" tangis Jane, kerana dirinya, Iris terpaksa mengorbankan dirinya sendiri. Iris mengusap belakang kawannya itu.
"Aku minta maaf sebab buat kau terlibat dengan benda gila ni" kata Iris pula. Jane menggelengkan kepala.
"Bukan salah kau" kata Jane ikhlas. Iris melepaskan pelukan mereka dan mengelap air mata Jane dengan jarinya. Mummy Iris mencium pipi Iris bertalu talu.
"Mummy sorry honey" kata Puan Sri Maya. Iris menggelengkan kepalanya lagi. Iris meminta suzi iaitu anak buahnya sapu tangan.
Suzi memberikan sapu tangannya kepada Iris. Iris mencapainya kemudian membalut luka dipehanya. Iris kemudian membuka jaketnya dan membiarkan t shirt hitam tetap terlekat di badannya. Iris mengikat rambutnya dan kemudian mengelap bibirnya yang berdarah.
Iris meminta bantuan orang orang disekelilingnya untuk membantunya berdiri. Walaupun dihalang oleh mereka Iris tetap ingin berdiri. Sakit yang dirasakan bagai ingin mencabut setiap tulang temulangnya, namun Iris tetap berdiri. 'Aku yang akan amik nyawa dia' itu lah janji Iris selama ini, jadi sudah ada peluang takkan dibiarkan orang lain yang merebutnya. Hutang nyawa dibalas dengan nyawa.
****************
Dengan tiba tiba pintu bilik itu terbuka dengan kasar. Terkejut bukan kepalang mereka bertiga. Mana taknya tengah sedap menyeksa orang boleh pulak ada orang buka pintu sikit punya kasau. Lagi lagi orang itu adalah Iris.
James memimpin lengan Iris dan membantu Iris untuk berjalan. Iris berjalan terhincut hincut.
"Kenapa kau masih dekat sini?" Tanya Acap risau. Iris melemparkan senyumannya. Baru kini dia sedar betapa bersyukurnya dia dikurniakan sahabat seperti mereka untuk sentiasa bersama.
"Aku punya kerja tak selesai lagi" balas Iris perlahan. Matanya dan mata Ryann bertembung. Iris dapat tangkap kesakitan yang dialami oleh Ryann. Manakan tidak, tengok lah apa yang budak bertiga ini buat.
Pergelangan tangan Ryann semakin hancur. Isi semakin kelihatan dicelah celah dawai, mungkin kerana terlalu banyak bergerak. Kuku kukunya dicabut satu persatu, jari jarinya dipatah patahkan, ada kelaran kelaran halus dan banyak di kedua lengannya. Muka Ryann ditoreh toreh dengan koleksi koleksinya sendiri. Kejam bukan? Ini lah yang orang kata, kesayangan makan tuan.
Siapa tak kenal dengan mereka bertiga, mafia paling kejam dalam kalangan mafia dan yakuza setaraf dengan Ryann, bezanya mereka masih mempunyai hati perut. Tidak seperti Ryann yang menganggap kesakitan itu sebagai sebuah permainan dan kematian itu sebagai kepuasan.
"Sakit?" Tanya Iris perlahan sambil jarinya menyentuh muka Ryann. Mata Ryann masih lagi memandang Iris dengan tajam. Terlihat dada sasanya berombak turun naik menahan sakit.
Iris merentap rambut lelaki itu sehingga ada diantaranya yang tercabut dari akarnya. Lelaki itu menjerit kecil. Iris kemudian menumbuk muka lelaki itu semaksima mungkin.
Siapa tidak tahu, tumbukan Iris yang sikit mampu melemahkan pihak lawan. Inikan pula dalam kadar semaksima mungkin. Berterabur gigi.
Acap, James dan Raof terkejut melihat ada gigi gigi yang terkeluar dari mulut lelaki itu. Lelaki itu menangis dengan teruk.
"Buzzh akuzz bznzhh akzu!" Jerit lelaki itu tidak jelas. Iris tersenyum. Geli hatinya melihat lelaki yang dianggap berkuasa itu akhirnya begini jadinya.
"Apa nak lagi? Haha tak apa sabar, aku ada hadiah untuk kau" Iris membuka Iphonenya dan membuka video yang baru diterimanya tadi. Iris menunjukkannya kepada lelaki itu. Lelaki itu menangis seteruk teruknya, darah terus mengalir dari mulutnya dan dari luka lukanya.
Didalam video itu terdapat video isteri dan anaknya yang ditangkap dan di tembak tepat dikepalanya. Iris menyimpan semula telefon pintarnya.
"Kau tahu kenapa aku bunuh anak bini kau? Sebab aku taknak anak kau jadi gila macam kau bila dah besar nanti. Lagi pun apa perasaan kau bila tengok video anak bini kau mati?" Soal Iris. Lelaki itu tak mampu menjawab.
"Kau sepatutnya tahu apa jadi bila cari masalah dengan akuuuu!!!" Jerit Iris dihadapan lelaki itu.
"Kau bodoh!" Jerit Iris lagi. Iris mencapai pistol yang terletak di meja belakang lalu menarik picunya. Iris meletakkan mulut pistol itu didahi Ryann.
Tangan Iris terketar ketar menahan amarah. Tangan Iris dipegang oleh Acap. Acap membantu Iris menyasarkan tepat pada sasaran. Iris memandang Acap. Acap pula memandang tepat ke muka Ryann. Bersedia untuk melepaskan tembakan.
Raof apa lagi. Amik kemera, tangkap gambar scene scene romantik itu. Mereka tergelak.
"Kau nak mati sangat kan. Baik, aku tunaikan" kata Iris. Ryann menutup mata. Sampai ke akhir dia terfikir 'siapa sebenarnya perempuan depannya ini'
Pomm!
Iris tersenyum memandang lelaki yang banyak memusnahkan zaman kanak kanaknya terkulai tidak bernyawa. Akhirnya semua dah selesai. Iris rebah ke lantai namun sempat disambut oleh Acap. Pandangannya kabur kemudian bertukar gelap.
![](https://img.wattpad.com/cover/121406767-288-k219157.jpg)
YOU ARE READING
IDENTITI AKU?!!
RandomHidup dia? Siapa dia? Tiada siapa yang tahu. Hidup sebagai seorang yang misteri menyimpan seribu satu kisah suka dan duka yang hanya dia sendiri tahu. Dia seorang gadis yang lebih suka mendiamkan diri dan seorang yang tenang dalam menjalani kehidup...