"Weyh, kita nak gi mana ni?" Tanya Mia sambil memandang Iris yang sedang bersandar sambil menutup matanya. Memikirkan sesuatu mungkin.
"Banyak masalah la" kata Iris sambil dahinya berkerut dengan mata masih terpejam.
Kini giliran Mia pula yang mengerutkan dahi tanda pelik. Pelik dengan sahabatnya itu.
"Aku rasa aku kena balik sana laa" kata Iris serius sambil memandang Mia.
"Balik mana?" Tanya Mia lagi.
Belum sempat Iris bersuara membalas. Mata Mia terbuntang luas.
"Kau jangan cakap kau nak balik sana..." sambung Mia lagi. Kini Iris pula yang membatukan diri.
"Megat, berhenti tepi" arah Iris kepada pemandunya. Pemandunya yang bernama Megat itu hanya menuruti arahan Iris. Kereta pengawal peribadinya juga ikut berhenti. Iris keluar dari keretanya. Megat dan Mia terpingga pingga. Bodyguardnya datang menghampiri Iris, memastikan Iris tidak apa apa. Iris membuka pintu tempat duduk pemandu dan meminta megat untuk keluar.
"Awak balik naik Inn, biar saya drive. Dan kau bawak Megat balik, jangan ikut aku." kata Iris.
"Eh, tak boleh, aku kena ade dengan kau sentiasa" balas Inn. Hubungan Iris dengan Inn tersangat lah rapat sehinggakan mereka boleh menggelarkan diri mereka dengan gelaran kau aku.
"Aku cakap tak payah, so maknanya tak payah la." Balas Iris dengan nada yang ditahan. Dia marah, ya dia marah dengan Inn. Inn mengeluh sebelum mengangguk tanda menghormati keputusan Iris.
Iris kemudian hilang di dalam perut kereta.
"Dah, keluar lah" kata Iris kepada Mia. Mia terkejut.
"Takkan nak aku jadi driver kau pulak pompuannnn!." sambung Iris sambil menepuk dahi. Dengan sepantas kilas Mia bertukar tempat.
"Cuba kau cakap, asal kau nak balik sana?" Tanya Mia apabila kereta mereka mula meluncur ketengah jalan meninggalkan Megat dan bodyguard Iris ditepi jalan. Iris hanya diam
"Rindu diowg kot" balas Iris berdalih. Mia merenung Iris tak percaya.
****************
Perkara pertama yang Iris cari sebaik saja sampai ke mall itu ialah baju kanak kanak. Mia pelik namun apa je yang die boleh cakap. Biarkan jela Iris dengan dunia die sendiri.
Hampir 3 jam mereka membeli belah, perut Mia berbunyi tanda minta diisi lalu mereka mencari kedai atau restoran berdekatan didalam kawasan mall itu sebab masih banyak barang yang ingin dibeli oleh Iris.
Terpusing pusing mereka mencari tempat yang selesa mata memandang untuk singgah dan makan. Akhirnya Nana Fruity Bowl juga yang menjadi tempat persinggahan sementara mereka.
Iris memesan makanan yang ringan iaitu mee goreng manakala Mia pula memesan chicken chop dan fish and chip. Tekak anak orang kaya, itulah Mia. Mia memandang beg plastik yang berisi beberapa helai baju kanak kanak itu.
"Kau nak buat pe tu?" Soal Mia sambil memuncungkan mulut menunjuk ke arah beg plastik itu.
"Ouh, aku nak sarungkan dekat ikan ikan aku" balas Iris selamba sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya. Mia membuat muka tak puas hati (😑)
"What the? Kau pikir kelakar?"
"Tak, sebab aku tak gelak pon"
"Allah" balas Mia sambil menepuk dahi.
"Masih ingat Allah rupanya"
Mia diam. Terasa. Dalam, tersangat dalam. Perit.
Hampir beberapa saat keadaan sunyi antara mereka, Iris menukar topik perbualan mereka.
"Aku nak balik sana sebab ada hal aku kena settlekan" kata Iris tiba tiba tanpa dipinta. Mia hanya mengangguk. Dia tahu Iris ada kerja dia sendiri, lain dari yang lain.
Sedang enak menjamu selera tiba tiba makanan yang ada dalam mulut Mia tersembur ke muka Iris. Iris bengang. Kini semua mata memandang mereka membuatkan Mia berasa malu.
"Weyh, weyh, weyh! Tu tu!" Kata Mia gelabah sambil menepuk nepuk tangan Iris. Iris memandang kearah yang ditunjuk oleh Mia. Hampir tersembul biji mata apabila matanya bertembung dengan 6 mata itu. Mereka datang menghampiri mereka berdua. Iris tak dapat berbuat apa apa.
"Haiiiii!" Jerit James tidak segan silu tanpa memperdulikan yang diri mereka kini menjadi tarikan utama.
Mia sudah berdiri menyambut kehadiran mereka bertiga. Siapa lagi kalau bukan Acap, Raof, dan James. Iris membatukan diri.
James datang mendekat dan memeluk Mia, diikuti oleh Acap dan Raof. Ya mereka adalah orang orang dengan pemikiran yang terbuka. Hidup selama bertahun tahun di negara yang peratusan Islam nya adalah terlampau sedikit. Bertumbuh menjadi remaja yang sentiasa bersama tanpa sebarang halangan atau batas antara satu sama lain namun masih mampu menjaga harga diri seorang wanita dan lelaki.
Mereka tahu banyak mulut yang mula berbisik antara satu sama lain, tak tertinggal juga, pekerja pekerja disitu juga membuatkan keadaan dapur kecoh, mungkin merasakan perbuatan Mia itu bersimpang dari ajaran agama.
"Haih, kau dah tua siaa" kata Raof kepada Mia. Mia menumbuk lengan sasa Raof.
"Jahat doh kau. Aku still akak kau okay, respect pliss." Kata Mia sambil mempersilakan mereka untuk duduk. Iris masih diam. Iris menjadi kurang selesa kerana terasa seperti ada mata yang memandang dia.
"Kitaorang rindu kau.. hmm" kata James pula. Mia tergelak ceria.
"Aku pun rindu korang, aku tak tau pulak korang da balik Malaysia." Balas Mia sekaligus membuatkan Iris sebagai tumpuan utama. Iris menutup mukannya menggunakan tangannya.
"Sorry okay." Balas Iris tiba tiba.
"Laaa, kau tahu! Asal tak bagitau. Kau tahukan aku rindu diowg semua" kata Mia bengang.
"Ouh dah tu nak aku cakap apa? 'Weyh, budak budak ada dekat Malaysia, diowg masuk sekolah aku. Waa aku happyyyyy sangat" errr macam tuhh?" Balas Iris tegas. Mia terdiam. Dia terlupa yang Iris masih bermusuh dengan mereka disebabkan hal dulu.
"Tak payah lah gaduh" balas stu suara garau. Suara yang dengan tiba tiba menusuk kedalam hati Iris.
"Em, korang stay sini terus ke?" Kata Mia ceria. Acap mengangguk kecil.
"Mungkin kot" kata Acap lagi.
Dengan tiba tiba Iris bangun, acap menghalang laluan Iris.
"Aku tahu kau tak suka tapi at least tunggu lah sampai kitaorang habis makan" kata acap lembut. Terlampau lembut untuk menggugurkan jantung Iris. Iris menarik nafas dalan dalam.
"Please Iris, aku rindu diowg" kata Mia pula. Iris meletakkan semula beg beg barang yang dibelinya tadi. Iris memandang acap.
"Aku nak gi tandas" kata Iris dingin
"Oh.... sorry" balas acap malu.
Iris berlalu pergi. Yang lain sudah menahan tawa.
YOU ARE READING
IDENTITI AKU?!!
RandomHidup dia? Siapa dia? Tiada siapa yang tahu. Hidup sebagai seorang yang misteri menyimpan seribu satu kisah suka dan duka yang hanya dia sendiri tahu. Dia seorang gadis yang lebih suka mendiamkan diri dan seorang yang tenang dalam menjalani kehidup...