Bab 26

2.2K 106 0
                                    

Iris terjaga apabila muka terasa basah seperti baru lepas disimbah dengan air. Luka dipipinya terasa pedih. Iris menggelengkan kepalanya beberapa kali supaya sedar sepenuhnya. Iris cuba menggerakkan tangannya namun tak boleh, tangannya diikat kebelakang. Begitu juga dengan kakinya. Iris memandang sekeliling, sebuah bilik dengan kain hitam disekelilingnya, peralatan seperti pisau, penukul, kapak semua lengkap didalam bilik itu.

"Dah bangun sayang?" Tanya suatu suara garau. Siapa lagi kalau bukan Ryann. Iris cuba berlagak tenang walaupun jantungnya seakan akan mahu tercabut.

"Kawan aku mana?" Tanya Iris.

"Kawan? Kalau aku kata dah mati?" Kata lelaki itu selamba. Tapi Iris lebih pandai bermain dengan emosi. Wajah tenang Iris berubah lebih kepada pandangan sinis.

"Kalau dia dah mati, jadi takda sebab lagi lah untuk aku ganti tempat dia" kata Iris sambil memandang tepat kearah lelaki itu. Tiba tiba lelaki itu ketawa.

"Kau memang bijak" akui Ryann.

"Jadi mari kita teruskan dengan kerja kita yang tergendala" kata Ryann lagi penuh makna sambil berjalan menghampiri koleksi pisaunya.

Tangannya mencapai sebilah pisau yang sangat tajam. Ketajaman pisau itu boleh dilihat melalui kilauannya. Ryann tersenyum bermain dengan pisaunya itu.

Kamera dihadapkan kearah Iris. Dari kiri dan kanannya. Iris terbayang macam mana perasaan angahnya saat berhadapan dengan situasi ini. Macam mana kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh angahnya. Dan sekarang semuanya akan dirasai oleh Iris pula. Mungkin ini pengakhiran hidup Iris, jalan cerita yang sama seperti abang dan kakak nya dulu. Iris tersenyum. Namun dia tahu abang dan kakaknya pasti tidak pernah menyesal kerana lahir dalam keluarga ini, menjadi anak kepada mummynya yang meletakkan nyawa anaknya sebagai galang ganti. Iris pasti itu.

'Mungkin akhirnya, kita akan berjumpa kembali' kata Iris dalam hati.

Ryann mendekati Iris. Dia berdiri betul betul dihadapan Iris. Iris memandang lelaki itu. Ryann mencekup pipi Iris dengan kasar.

"Aku suka kau, aku suka sikap kau. Kalau kau dengan aku bergabung kita pasti akan jadi yang terhebat. Tapi sedih, kau musuh aku dan sampai bila bila tetap musuh aku" kata lelaki itu dengan kasarnya.

"Kalau mak kau tak menyemak dalam hidup kitaorang satu family, bapak aku takkan mati tau" Kata lelaki itu lagi. Mungkin padanya memberitahu rahsia besarnya kepada orang yang akan mati bukan lah hal yang besar. Iris terpinga pinga.

"Mak kau, mak kau rampas hak bapak aku. Bapak aku kena bunuh dengan orang orang mak kau. Mak kau pembelot. Tempat yang mak kau duduk tu sepatutnya tempat bapak aku!"

"Mak kau jadikan bapak aku sebagai anjing dia, mak kau biarkan bapak aku mati dekat tepi jalan. Kena makan dengan anjing anjing sial tu. Kau tahu takk!" Suara lelaki itu semakin meninggi. Urat urat ditangan dan didahinya semakin kelihatan. Mukanya merah padam menahan marah. Kerusi yang diduduki Iris terasa bergerak gerak. Iris menggelengkan kepala.

"Tak, tak mungkin. Aku kenal mummy aku" jawab Iris tidak percaya. Tak mungkin mak dia seorang pembelot. Kenyataan apakah ini.

Lelaki itu mencucukkan pisau yang dipegangnya kepeha Iris. Iris menjerit kesakitan. Tersangat sakit.

"Sakit? Sakit lagi hati aku ni. Apa yang kau tak paham lagi. Mak kau tak guna!" lelaki itu menarik pisau itu keluar dan sekali lagi lelaki itu membenamkan pisau itu kepeha Iris.

"Arghhhh! Sakitttt!" Iris menjerit. Air matanya tak dapat dibendung lagi. Iris menangis kesakitan.

"Mak aku gila sebab mak kau" kata lelaki itu lagi. Lelaki itu terlampau marah, dia menumbuk muka Iris. Darah merecik kelantai.

Ryann memegang kepala Iris supaya tegak memandangnya. Iris masih menangis.

"Aku akan bunuh semua keluarga kau! Tapi sebelum tu, aku akan bawak kau jumpa abang dan kakak kau dulu. Okay sayang" Kata lelaki itu dengan ketawa jahatnya yang mampu memecahkan gegendang telinga sesiapa yang mendengarnya.

IDENTITI AKU?!! Where stories live. Discover now