Kini 3 bilik VVIP dipakai hanya untuk mereka bertiga. Iris masih lagi terbaring tidak sedarkan diri. Jane pula trauma dengan apa yang jadi.
Pintu bilik Iris dibuka. Sufina menolak kerusi roda Irsyad. Irsyad memandang adiknya yang terbaring diam itu. Tak semena mena air matanya jatuh.
"Adik kata adik nak pergi kejap je, adik janji nak datang balik jaga along tapi kenapa adik macam ni?"
"Adik kata adik nak berehat tapi kenapa along tengok adik lagi penat ni? Ini ke yang adik maksudkan adik nak berehat?" Kata Irsyad. Semua yang berada dalam bilik itu sebak. Acap, James, Raof, Mia, Mus, Biela, Fika, Suzi, Inito, Inn, Irsyad, Sufin, Ikbar dan Emily
"Ya Allah, dari dulu sampai sekarang Kau uji adik aku ya Allah, dia yang menahan sakit, dia yang terluka, dia yang menjaga, dia yang melindungi, dia yang bertanggungjawab, dia yang ditinggalkan, dia yang berusaha, dia yang berbakti, dia yang berkorban, dia yang bergadai nyawa untuk orang dia sayang, dia tempat bergantung, dia tempat segalanya."
Ya, walaupun Iris adalah seorang yang perahsia, siapa yang sangka rahsia yang dia tutup tu sebenarnya yang orang paling takut untuk selami. Rahsia yang membawa kepada kesengsaraan yang amat dalam. Rahsia yang takkan pernah mampu ditanggung oleh sesiapapun.
Tengku Iris Irdina Natasya, sebuah nama yang agung untuk mereka semua. Dia terlampau banyak berkorban diatas kesakitan dirinya dan disebalik kecantikan wajahnya. Itulah Iris.
"Iris, sedarlah. Aku minta maaf, aku tahu sebab aku kau sanggup biarkan diri kau jadi macam ni. Tolong lah sedar" kata Jane sedih lagi. Ikbar memeluk bahu Jane, memberikan dia semangat.
"Its all up to her to wake up or not, she's the one who not let herself to wake up. She's want to keep staying in the place she being right now. She's feel so tired. I know that feelings so well. So we should tell her how much we need her here. All over the time" kata Emily ringkas 'just like what she have done for me before' sambung Emily dalam hati. Sudah banyak kali dia jumpa hal macam ni. Lagi lagi yang mempunyai latar belakang dan kisah hidup lampau seperti Iris. Kerana itu yang pernah dilalui olehnya dulu. Tapi dia tak sekuat Iris untuk lalui semua ini. Dia tak mampu sampai ketahap Iris pun rasanya. Senyum Emily sendiri memikirkan betapa bodohnya dirinya yang inginkan sebuah penamat tanpa berusaha.
"Adik mesti penat kan. Maafkan along" kata Irsyad lagi. Ya Allah sayunya rasa hati.
"Iris, kau dah tunjukkan betapa kuatnya kau. Kitaorang bangga dengan kau. Tolong bangun ye sayang" kata Acap pula. Berharap yang Iris akan sedar.
"Iris, kau ingatkan masa kita umur 4 tahun, kau pegang pedang kayu. Kau kata kau akan lindungi orang yang kau sayang. Terima kasih sebab tunaikan. Jadi sekarang tolong benarkan kitaorang jaga kau pulak." Kata James pula, mengambil tempat dalam meluahkan perasaan. Waktu mereka kanak kanak, mungkin hal itu tidak lah sebesar mana. Namun kini semua itu terasa indah bila ada yang sanggup mendepang dada menyambut diri yang terluka.
"Iris, terima kasih bantu yakinkan aku siapa kekasih dunia akhirat aku, aku terhutang budi dengan kau, dari dulu sampai sekarang. Kau tahu aku sayang kau kan. Tolong lah bangun" kata Mia sambil memegang tangan Iris.
"Iris, walaupun aku terlambat datang dalam dunia kau, tak mampu jadi sepenting mereka yang sanggup kau korbankan nyawa tapi aku bersyukur sebab aku mampu kenal dengan manusia sehebat kau. Kau tahu aku maksudkan benda ni kan" kata Mus pula.
"Iris, aku minta maaf sebab selfish, tak pernah amik tahu masa lalu kau, kisah hidup kau, penat lelah kau, sakit perih kau. Aku minta maaf" kata Fika pula.
Ya Allah, ini adalah situasi dimana ini bermaksud hospital itu akan dilanda ombak tsunami dan banjir. Menangis.
Biela hanya diam, tak mampu berkata apa. Manakala di luar bilik pula, mereka bersama berkumpul bercerita tentang keberanian Iris menghadapi lelaki sekejam Ryann. Menjadi satu satunya perempuan yang berjaya membunuh lelaki itu. Mereka sebulat suara terima sekiranya Iris dijadikan sebagai pengganti mummynya kelak.
*************
Iris membuka matanya dan memandang syiling hospital itu. Cahaya lampu kalimantan menyilaukan pandangan Iris. Iris melilau memandang dinding. Iris melihat jam menunjukkan pukul 1 pagi waktu London. Kemudian Iris memandang sekeliling. Bersepah dengan manusia manusia yang tak nak balik ke hotel masing masing. Iris tergelak kecil.Iris melihat seseorang meletakkan kepala disisi katilnya. Iris menyentuh rambut yang kemas itu. Lelaki itu terjaga. Bulat biji matanya melihat Iris telah sedarkan diri. Baru dia hendak terjerit, cepat cepat Iris meletakkan jarinya dibibirnya.
"Kau nak pape? Air ke? Makan ke?" Soal Acap perlahan. Iris menggelengkan kepala. Otaknya kini terasa ringan, hatinya terasa lega, kerana dia dapat membalas dendam bagi pihak abang dan kakaknya. Dan dapat mengelakkan keluarganya terus diburu dan dibunuh.
Walaupun membunuh itu adalah sesuatu yang berat bagi Iris tapi atas sebab tertentu dia tetap perlu lakukannya.
Acap menggenggam tangan Iris sambil tersenyum.
"Terima kasih sebab datang balik" kata Acap kepada Iris. Iris betul betul rasa dihargai.
~
Makin lama cerita ni makin mengarut guyss😂 its all about Iris.. i felt bored already😂 korang tak rasa apa yang sis rasa ke?😂
![](https://img.wattpad.com/cover/121406767-288-k219157.jpg)
YOU ARE READING
IDENTITI AKU?!!
LosoweHidup dia? Siapa dia? Tiada siapa yang tahu. Hidup sebagai seorang yang misteri menyimpan seribu satu kisah suka dan duka yang hanya dia sendiri tahu. Dia seorang gadis yang lebih suka mendiamkan diri dan seorang yang tenang dalam menjalani kehidup...