Bab 17

2.3K 118 0
                                    

Habis makan Iris menulakan semula misinya mencari barang yang perlu tapi kali ini mereka ditemani tiga jejaka jejaka malaya yang sibuk nak ikut bersama. Iris memandang Mia yang berada jauh nun disana bersama telefon ditelinga.

"Cik abang dia la tu" kata satu suara dibelakang Iris. Terpusing kepala Iris 180 darjah memandang suara itu. Iris menjeling acap dan berlalu pergi. Dengan penuh sabar dia mengikuti langkah kaki Iris.

James dan Raof apalagi, bermain game la tu di kerusi yang disediakan. Tak pernah matang.

"Yang dekat depan aku ni, tak de cik abang yang risau ke?" Pancing Acap atau lebih kepada mahu memulakan perbualan.

"Haih, tak de" balas Iris dingin. Acap mengangguk paham sambil memuncungkan mulut.

"Ouh..." balas Acap perlahan. Acap membantu Iris memegang bakul yang dipenuhi dengan keperluan belajar seperti pen, pensil mekanikal, warna, dan pelbagai lg tapi yang memeningkan Acap, kenapa semuanya dalam kuantiti yang banyak. Terlampau banyak untuk Iris seorang.

Kadang terlihat mereka bergaduh, menegakkan pendapat masing masing, kadang terlihat gelak ketawa  yang cuba disembunyikan, dan kadang terlihat ada perasaan sayang, rindu, dan benci bersarang disebalik pandangan. Lagaknya seperti sepasang kekasih yang menidakkan kehadiran antara satu sama lain. Ego!

****************

"Okay , guys. Its time to go home" kata Mia sedih.

"Take care babe" kata Raof sambil memeluk Mia dengan erat dan diikuti mereka berdua.

"Em take care Iris" kata Raof kepada Iris dengan teragak agak untuk melakukan hal yang sama seperti yang dilakukannya kepada Mia. Dengan spontan Iris memeluk Raof, membuatkan Raof kaku, begitu juga mereka berdua. Iris memeluk Raof lama. Lama sangat seperti melepaskan rasa dengan cara paling halus untuk dikesan. Kemudian disusuli dengan James dan Acap. Iris memejamkan matanya sebentar saat kepalanya jatuh di badan sasa Acap. Pelukan Iris dibalas oleh Acap.

1 saat

5 saat

10 saat

Iris melepaskan pelukan dan berlalu masuk kedalam kereta tanpa menoleh ke belakang.

"Da bye, jangan lupa call aku tau" kata Mia sebelum mengikut langkah Iris masuk kedalam kereta.

Didalam kereta keadaan sunyi sepi, hanya bunyi bunyian lagu lagu cinta yang beralun memenuhi ruang dalam kereta BMW 8 series itu.

Iris memandang cermin pandang belakang, ada sebuah kereta hilux yang seperti mengekori mereka sejak dari tadi. Iris pantas membelok ke selekoh yang agak sunyi sebelum memberhentikan keretanya. Mia terkejut dengan tindakan Iris.

"Looks like we have a company" kata Iris selepas melihat Mia terpinga pinga tidak memahami keadaan. Iris mencapai pistol Bereta 92 sebelum menyerahkannya kepada Mia. Mia tampak gembira berada dalam situasi tersebut sambil memusing musingkan senjata api yang berada dalam genggamannya tika itu.

" are you ready?" Tanya Iris.

"Ouyeahh babeh" balas Mia teruja. Iris membuka pintu keretanya dan diikuti oleh Mia. Mia menyimpan pistolnya dibelakang badannya supaya mudah dicapai.

Terlihat enam orang lelaki berbadan sasa yang sedang menunggu mereka untuk keluar sambil menyandar di depan kereta Hilux itu.

"Fuhlamakk, malam ni kita ke syurga geng." Kata salah seorang dari 6 orang lelaki berbadan tegap yang mengekori mereka tadi. Iris tersenyum sinis.

"Syurga? Salah tuhh. Aku nak heret korang pergi padang mahsyar terus. Amacam? ada bran?" Senyum Iris semakin meleret. Mia tergelak manja. Yang lelaki lelaki tadi bantai gelak dengan apa yang Iris katakan tadi.

"Wow, so scary la you ni" kata salah sorang lagi yang memakai jaket coklat sambil mengajuk cara Iris bercakap.

"Err (roll eyes).. serupa bapok. So siapa yang hantar korang kali ni?" Soal Iris selamba. Seperti itu adalah perkara biasa dalam kehidupan seharian dia.

"Banyak cakap pulak minah ni. Tangkap dia!" Arah seorang lelaki yang tegap berbaju kulit hitam.

Iris tersenyum sebelum penumbuknya hinggap ke muka lelaki itu dan tendangannya mengenai tepat  ke perut lelaki berbaju kulit hitam tadi. Lelaki itu jatuh terduduk. Lelaki itu mengerang menahan kesakitan yang dirasainya.

"Try if you think you can" Iris tersengih.

Mereka yang berada disitu terkejut.

"Seranggg!" Jerit lelaki berbaju kulit hitam tadi sambil memegang perutnya. Tendangan Iris memang kuat. Tenaga lelaki itu seolah olah hilang akibat tendangab tersebut. Dia cuba untuk bangun.

Tiga orang lelaki menyerang Iris serentak, manakala dua orang lagi mula menyerang Mia. Sesekali mata Iris melirik ke arah Mia.

IDENTITI AKU?!! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang