Sudah seminggu sejak Iris menjaga abangnya diLondon. Peperiksaan pertengahan tahun juga terpaksa dia tinggalkan kerana dia ingin menjaga abangnya yang lumpuh separuh badan itu. Mummy dan daddy Iris juga datang melawat Irsyad namun terpaksa balik lebih awal kerana harus menggantikan Irsyad dalam menjaga Syarikat keluarga mereka. Sedang Iris sibuk menguruskan abangnya, tiba tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Unknown
0203061921 (020 kod London)Hey sweetheart, how are you😘
Who is this?
Your nightmare😉
Fuckk bitch. Ryan!
Wow. You are good in recognize people haa baby.👏
Go to the hell. What do you want?
Tonight at Sun street 8.00 pm.. make sure you come alone.
Iris hanya membaca namun tidak pula ia membalasnya. Iris menghentakkan telefon pintarnya keatas meja dengan kasar. 'Baik, kita tamatkan semuanya malam ni juga!' kata Iris dalam hati.
Iris memandang Irsyad yang sama tengah memandang dirinya.
"Kenapa?" Soal Irsyad.
"Ouh em tak ada apa." Balas Iris tersenyum. Tak ingin abangnya bimbang. Irsyad memgangguk.
Hubungan Irsyad dan Iris semakin baik apabila Iris lebih mementingkan abangnya berbanding pelajarannya, walaupun tahun ini adalah tahun terakhir Iris sebelum menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelma tak lama lagi. Lagi pula dia risau untuk meninggalkan Irsyad seorang diri kerana masa pertama kali Irsyad tahu yang dia lumpuh, boleh dikatakan hampir siang malam dia meraung, menjerit dan marah kepada Sufina. Niatnya ingin membantu akhirnya menjadikan dia cacat.
Iris kesian kepada Sufina kerana dia juga merupakan mangsa keadaan. Dia cuma ingin meminta bantuan dan kejadian itu pastinya jauh dari akal warasnya. Irsyad cukup benci bila melihat muka Sufina atau mendengar namanya disebut, sedangkan Sufina tidak pernah berputus asa untuk menjaga dan meminta maaf kepada lelaki itu.
Iris juga pening melihat perangai abangnya yang selfish itu. Tapi nak buat macam mana kalau hilang Iris yang merana, kalau ada Iris yang gila. Haih sayang seorang adik kan.
"Long, kau sampai bila nak marah dekat kak fina tu?" Soal Iris. Irsyad memandang adiknya.
"Kau kenapa dik tanya pasal dia ni" rimas Irsyad. Iris mengeluh.
"Kau ni kan long. Nak kata bodoh, kau dah belajar sampai habis master, dah ada company sendiri dah pon. Tapi perangai mengalahkan budak budak. Tak matang lansung" Bebel Iris.
"Yela. Aku kan tak macam kau dik, aku tak sepandai kau yang tahu handle kumpulan mummy. Aku bodoh sebab tahu belajar je..kan?" Soal Irsyad sinis.
"Tak, apa masalah kau dengan kak Sufina tu? Along tahu kak lang pernah jadi macam dia kan, tak boleh ke ketepikan sikit ego kau tu long? Dia datang hari hari sebab nak jaga kau. Dia tak tinggalkan kau masa kau kena tembak sebab dia tau macam mana nak berterima kasih dekat orang yang dah bergadai nyawa nak tolong dia. Yang kau ni macam orang tak de iman. Aku betul betul kecewa dengan kau long. Lagi satu, kalau bukan sebab kak Fina tu pon kau tetap akan jadi macam ni. Along ingat Ryann tu akan lepaskan along bila along dah ada depan dia. Dia tak bodoh long. " kata Iris geram. Irsyad diam.
"Yang bodoh tu kau long sebab jadikan kak fina sebagai alasan kau jadi macam ni sedangkan Ryann tu memang buru keluarga kita selama ni" kata Iris lagi sebelum bangun dan keluar dari bilik VVIP itu. Irsyad terdiam sendiri. Dia tak nafikan apa yang dikatakan Iris itu ada benarnya, tapi..... Irsyad mengeluh.
Irsyad teringat kembali macam mana dia melayan Sufina beberapa hari lepas.
Flashback
"Kau nak apa haa perempuan! Kau berambus lah. Aku tak nak tengok batang hidung kau pon!" Jerit Irsyad kepada Sufina sambil membaling buku buku yang terletak diatas meja. Habis cawan, gelas kaca semua jatuh. Dia betul betul marah dengan Sufina.
"Saya nak minta maaf dekat awak, sebab saya, awak jadi macam ni" jawab Sufina perlahan. Kolam matanya mula bertakung.
"Tak payah tak payah, kau tau tak aku menyesal sebab tolong kau. Kau keluarrr! Aku cacat sebab kau! Aku cacat!" Irsyad menjerit. Air mata Sufina jatuh laju. Pintu bilik rawatan itu terbuka. Seorang nurse berlari menghampiri Irsyad, manakala bodyguard yang ditugaskan untuk mengawal bilik itu masuk dan meminta Sufina untuk keluar.
End flashback
Irsyad meraup mukanya dengan kasar.
"Kenapa aku ni bodoh sangat. Kenapa aku suka bertindak ikut perasaan" kata Irsyad sendiri. Ya perangai Irsyad dan Ikhwan sangat berbeza daripada perangai Irna serta Iris. Mungin mereka lebih mengikut perangai mummy mereka yang jenis bertindak dulu baru berfikir, sedangkan Irna dan Iris lebih strategik dalam melakukan sesuatu seperti daddy mereka, yang memilih untuk lebih berfikir daripada bercakap.
Sedang Irsyad memikirkan salah dia. Pintu bilik itu dibuka dari luar, membantutkan dirinya untuk terus menyalahkan diri. Terlihat muka Sufina yang teragak agak untuk masuk namun digagahkan juga kaki melangkah. Ditangannya terdapat sebuah mangkuk tingkat. Ya itu lah rutin harian Sufina yang tak pernah lelah bawakan Irsyad makanan walaupun dia tahu apa yang akan terjadi dengan makanan yang dibawanya.
Irsyad tidak pelik melihat Sufina yang masuk tanpa dihalang oleh pengawal peribadinya. Sebab Iris yang melarang mereka dari menghalang Sufina masuk kedalam. Irsyad memandang Sufina.
"Em hai, awak sihat?" Soal Sufina, pelik kerana sikap Irsyad tidak seperti selalunya. Namun 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Lebih baik berhati hati mana tahu tiba tiba pisau dah ada dekat leher.' Bisik hati Sufina.
"Emm" balas Irsyad terlampau ringkas. Matanya masih memandang Sufina yang sibuk membuka mangkuk tingkat itu.
"Kau tak penat ke?" Soal Irsyad lagi membuatkan Sufina seperti tidak percaya. Kening Sufina sedikit ternaik tanda dia terkejut.
"Penat? Penat kenapa?" Soalan Irsyad dijawab dengan soalan. Irsyad menjeling geram.
"Aku ada salah cakap ke?" Gumam Sufina namun masih dapat ditangkap oleh gegendang telinga Irsyad.

YOU ARE READING
IDENTITI AKU?!!
De TodoHidup dia? Siapa dia? Tiada siapa yang tahu. Hidup sebagai seorang yang misteri menyimpan seribu satu kisah suka dan duka yang hanya dia sendiri tahu. Dia seorang gadis yang lebih suka mendiamkan diri dan seorang yang tenang dalam menjalani kehidup...