Selesai mendaftarkan diri, mereka berempat berjalan beriringan melangkah ke arah kantin sekolah untuk mendapatkan sesuatu bagi mengalas perut mereka. Iris dan Biela pergi mendapatkan tempat untuk mereka duduk manakala Jane dan Fika pula sedang beratur untuk membeli makanan. Tangan Biela ligat meluncur di atas skrin iPhone 5 miliknya. Melayan kekasih hati mungkin. Iris lebih banyak mendiamkan diri dan termenung, rakan rakannya memang kenal benar dengan perangaI Iris yang Tak banyak mulut itu. Maklumlah dah 4 tahun mereka kenal kan.
"Yeahh. Sampai pon!" jerit Biela kecil sambil mencampakkan iPhone 5 nya ke atas meja. Dia memang pantang nampak makanan, sampai telefon yang mahal tu pon dia sanggup campak ke tepi. Iris tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala, begitu juga dengan Fika dan Jane yang sedang bergerak menghampiri meja yang diduduki oleh Iris dan Biela sambil menatang dua dulang yang berisi dengan 2 bungkus sandwich, 4 cawan air milo ais dan 2 pinggan nasi goreng. Belum sempat mereka memulakan upacara perasmian makanan, mereka di sapa beberapa orang lelaki.
"Ermm, excuse us. Boleh kami tahu dekat mana tempat pendaftaran..?" Kata Salah seorang daripada mereka bertiga dengan sopan. Terkejut beruk Jane yang ketika itu sedang menyuapkan nasi yang pertama ke dalam mulut akibat ditegur oleh lelaki lelakI kacak itu. Muka lelaki itu sentiasa murah dengan senyuman. Wajah mereka yang putih kemerah merahan itu menambahkan lagi aura kekacakan dalam diri mereka. Iris mengetuk kepala Jane dengan belakang garfu sebelum berpusing memandang gerangan yang bertanya tadi. Terdiam Iris melihat 3 orang manusia dibelakangnya, begitu juga dengan mereka bertiga yang bertanya tadi. Fika, Biela, dan Jane melihat reaksi muka mereka sambil mengerutkan dahi.
"Ermm encik, kaunter pendaftaran ada dekat block satu lagi selepas kantin ni" terang Fika lembut apabila melihat Iris masih mendiamkan diri tanpa tanda tanda yang dia akan memberikan jawapan bagi soalan mereka bertiga tadi.
"Hah..? Ouh hah..thanks." jawab lelaki tadi yang seperti baru tersedar dari lamunan sambil tersenyum kecil dan mereka terus berlalu pergi. Fika, Jane dan Biela memandang di gerangan jejaka jejaka hensem itu dengan pandangan teruja sehingga mereka hilang dari pandangan.
"Siapa tu ek..?" Soalan Biela dengan penuh tanda tanya. Jane mengangkat bahunya tanda tidak tahu dan terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Fika memandang Iris.
"Yang kau dah kenapa. Jatuh hati eh..?" Kata Fika menyakat Iris dengan senyum sinisnya. Iris senyum segaris sebelum mengeleng kecil dan seketika kemudian mereka hanyut dalam dunia masing masing. Keadaan jadi sunyi sepi antara mereka berempat.
"Aku pegi tandas kejap" Kata Jane memecah kesunyian. Jane berdiri dan berlalu pergi ke destinasi yang ingin ditujunya.

ANDA SEDANG MEMBACA
IDENTITI AKU?!!
RandomHidup dia? Siapa dia? Tiada siapa yang tahu. Hidup sebagai seorang yang misteri menyimpan seribu satu kisah suka dan duka yang hanya dia sendiri tahu. Dia seorang gadis yang lebih suka mendiamkan diri dan seorang yang tenang dalam menjalani kehidup...