Bab 14

2.4K 138 0
                                    

"Yohooo! Balik!" Jerit Jane riang. Rindu katilnya mungkin.

"Em aku tak pon" kata Biela perlahan. Disebabkan bilik itu tidaklah seluas mana jadi suara Biela yang perlahan itu masih dapat didengari. Fika mendekati Biela sambil memegang kedua bahunya.

"Kalau kau nak ikut aku balik umah aku pon boleh" kata Fika memujuk hati Biela. Biela tersenyum seolah olah tiada apa.

"Hahahaha, takde apa la. I can do it. Aku kan Nabila" kata Biela dengan membangga diri atau lebih kepada menutupi rasa dihati.

"Kawan baik siapa la kan. Hahaha" balas Iris menambah perisa dalam suasana.

"Kawan baik korang laa!!" Jerit Biela dengan ketawa besarnya sambil merangkul lengan Iris. Iris melepaskan lengannya dari pegangan Biela.

"Tak, aku tak kenal kau" kata Iris lalu satu bilik itu penuh dengan suara mereka yang gelak ceria. Disebaliknya tiada siapa yang tahu.

           *************

"Cepat laa Jane! aduh lembab la die ni! Kau tahu tak kita da lambat 1 jam ni. Semua budak da blik la!" Gerutu Fika geram sambil menilik jam baby g miliknya.

"Ye ye, aku keluar ni. Ishh!" marah Jane dengan mimik muka yang menunjukkan dia marah

"Eh dia pulak nak marah, orang nak kunci pintu nak balik bukan nak tunggu awak ye tuan puteri Jannatul maghribi" Suka suka ja tukar nama orang dia ni.

             *************

"Eh, tu bukan budak haritu ke?" Kata Fika kepada Iris. Iris memusingkan kepala memandang tempat yang ditunjukkan oleh Fika. Dia nampak seorang budak kecil sedang duduk seorang diri di perhentian bas. Mereka menghampiri budak itu.

"Heii, ni adik yang haritu kan?" Tanya Jane. Budak itu memandang mereka.

"Eh, kakak kakak semua" budak itu berdiri untuk menyalami tangan mereka.

"Kenapa belum balik ni? Mak ayah mana?" Tanya Fika sopan. Antara ramai ramai Fika sorang yang paling ayu dan lembut. Wajah budak itu yang tadinya ceria kerana kehadiran mereka kini terlihat mendung kerana soalan yang ditanya.

"Em mak ayah saya, da lama meninggal. Saya tinggal dekat rumah anak yatim Siti Aisyah. Saya tunggu orang asrama datang ambil saya. Biasanya dalam pukul 6.30 atau 7 karang diowg sampai la." Jawab budak itu bersemangat. Semua lidah terkelu.

"Maaf, akak tak tahu" balas Fika serba salah. Budak kecil itu tersenyum manis. Sebuah kereta Alza berhenti dihadapan mereka. Fika dan Jane berdiri serentak.

"Okay la weyh, kitaorang balik dulu ea. Em akak minta maaf tau, akak betul tak tahu. Jaga diri" kata Fika sebelum hilang ke dalam perut kereta milik ayahnya itu.

"Mak ayah kau mati sebab apa?" Soal Iris. Terbeliak biji mata Biela apabila soalan itu yang keluar dari mulut Iris.

"Weyh Iris! Agak agak la nak tunjuk bodoh pon" kata Biela kasar sambil menepuk dahinya yang licin itu.

"Eh tak pe la kak. Da biasa da." Kata budak perempuan itu. Biela memandang Iris tajam, Iris pula membuat mimik muka tidak tahu apa apa sambil mengangkat bahu.

Kini tiba giliran Biela pula dijemput oleh ayahnya yang baru balik dari luar negara. Jam kini menunjukkan pukul 6.20 petang. Keadaan menjadi sunyi antara mereka berdua.

"Em, kalau aku tanya jangan marah ea" kata Iris lembut. Budak itu terkejut sambil mengangguk laju.

"Mak ayah kau meninggal sebab apa?" Balas Iris penuh tanda tanya.

"Ouh, ibu meninggal masa lahirkan saya, ayah pula..." kata kata budak itu terhenti.

"Em?" Iris melihat reaksi budak itu melalui hujung mata.

"Em da pukul berapa ni, takde spe nak ambil aku ke. Hoo mati la, duduk sini sesorang dengan budak kecik ni" rungut Iris kuat, menukar topik perbincangan.

"Akak ada ibu ayah lagi kak?" Soal budak itu spontan.

"Ada" jawab Iris ringkas.

"Akak untung dapat rasa macam mana hidup ada keluarga. Akak untung dapat sayang diowg sebelom diowg meninggal. Saya jealous dengan hidup orang yang ada ibu ayah ni" kata budak itu jujur dari hati.

"Kau nak mak ayah?" Soal Iris tiba tiba membuatkan budak itu tergelak.

"Hahaha, apa la akak ni. Kalau saya nak pun, akak ingat saya dapat ke?" Budak itu ketawa kuat menutup rasa sedihnya. Iris memandang budak itu. Wajahnya yang licin, putih putih kemerahan, lesung pipit, sangat indah untuk dipandang tapi nasibnya tak seindah rupa. Iris tertanya tanya macam mana budak ni boleh bertahan hidup sendiri.

IDENTITI AKU?!! Where stories live. Discover now