Bab 19

2.4K 126 3
                                    

Dushhh

Pecah pintu kaca bilik pejabat itu di baling dengan pasu bunga.

"Iris? Iris? Dia tak apa apa kan?" Kata suara garau itu. Dia meraup mukanya dan menyisir rambutnya ke belakang. Kusut.

"Cik muda tak apa apa, cuma terluka dibahagian lengan dan tapak tangan" jelas orang bawahannya.

"What?! Itu kau kata TAK APA APA?! Kau bodoh ke macam mana sampai kata benda tu tak apa apa?" Jerkah lelaki berkot hitam itu. Lagak seperti seorang korporat berjaya. Anak buahnya hanya menunduk, sedar salahnya dalam ketelanjuran kata.

"Mulai hari ini, aku nak kau jaga Iris dari jarak dekat. Tak kesah lah kau nak seludup masuk dalam sekolah dia ke, jadi tukang sapu sampah ke. Aku tak peduli!" Kata lelaki itu tegas.

"Dah keluar!" Katanya lagi.

"Nak panggil orang repair pintu ke boss?" Soal anak buahnya lagi. Irsyad memandang anak buahnya tepat.

"Eh tak payah, tutup pakai plastik sampah je dah cukup" balas Irsyad selamba. Anak buahnya sekali lagi sedar akan salahnya. Dia tak menyalahkan Irisyad kerana melayaninya dengan teruk kerana segala yang berkaitan dengan Iris itu adalah keutamaan bossnya. Jadi tidak pelik lah apabila bossnya marah jika sesuatu terjadi kepada Iris.

Anak buahnya pun berlalu pergi meninggalkan Irsyad seorang diri.

"Allah Irisss!" Lelaki itu sekali lagi meraup wajahnya. Tangannya mencapai bingkai gambar. Dalam gambar itu terlihat ada empat orang kanak kanak yang tersenyum mesra. Dua lelaki dan dua perempuan.

"Along mintak maaf ye adik adik along" Irsyad kesal kerana tidak dapat melindungi adik beradiknya yang lain. Seorang demi seorang meninggalkannya dengan cara yang ngeri. Dan kali ini dia akan memastikan hal yang sama tidak akan berulang kembali. Itu sumpah Tengku Irsyad Haikal bin Tan Sri Tengku Samsuri itu kepada dirinya sendiri.

*******************

"Myyy! Dyyy! Adik nak pergi dah ni" jerit Iris dari tingkat bawah rumah itu. Tidak sampai beberapa saat muncullah orang tuanya.

"Irdina, are you sure you're okay?i'm so worrylah nak biarkan dina pergi asrama." Kata Puan Sri Maya sambil memeluk anak daranya dengan kepelatannya dalam berbahasa melayu masih kedengaran.

"I'm okay la myyy. I will be fine ok. I'm promise" janji Iris sambil mengangkat tangan kanan sebagai tanda janji. Semakin risau Puan Sri Maya apabila matanya memandang luka yang masih berbalut di telapak tangan puterinya itu.

"Just let her be. She know what she's doing. Awak yang letak dia dalam keadaan ini. Jadi awak kena yakin dengan kemampuan Irdina. Okay darling" kata Tan Sri Tengku Samsul. Kata katanya itu sedikit sebanyak memberikan kekuatan kepada Puan Sri Maya untuk yakin pada anaknya. Dia ingat lagi semalam, hampir pitam dia di buatnya ketika Iris dihantar balik oleh Asyraf dengan keadaan yang tak serupa orang. Luka sana sini. Hati ibu mana yang tak luluh melihat keadaan anaknya itu. Dia juga tertanya tanya sejak bila Acap berada diMalaysia.

"You trust me ok mummy, daddy. Everything will be fine. Adik takkan benarkan 'dia' ulang benda yang sama. Not this time" kata Iris. Terlihat dalam anak matanya betapa api kemarahannya membuak buak. Dendam kesumat yang takkan berkesudahan. 'Aku janji aku akan cabut nyawa kau' bisik Iris dalam hati.

Iris menyalami tangan mummy dan daddynya sebelum bergerak menaiki kereta alphard milik daddynya. Beberapa orang bodyguard juga mengikuti langkah Iris, memastikan yang Iris selamat sampai ke sekolahnya.

*******************

"Irissss!" Jerit Biela, Fina dan Jane yang sedang menunggunya di pondok belajar yang disediakan. Iris menarik nafas dalam dalam sebelum mengukir senyum dibibirnya.

"Hai gurlls" balas Iris.

"Hai babe" balas mereka.

"Lama dah ke sampai?"  Tanya Iris.

"Eh takda lah bru je. Tu beg aku pon masih ada kat sini. Ni la layankan diowg yang nak tunggu kau sekali" jawab Fina sambil menunjukkan beg pakaiannya. Iris mengangguk. Mata Jane menangkap sesuatu. Sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Iris.

"Iris, asal tangan kau tu?" Tanya Jane. Selepas ditegur oleh Jane baru lah Biela dan Fika perasan tentang perkara itu.

"Ouh, em tak de ape. Luka sikit ja" balas Iris. Malas mahu berdolak dalih.
Dahi mereka berkerut.

"Luka? Luka kenapa? Kau gaduh ke?" Tanya Biela pula. Iris hanya tersenyum dan membiarkan soalan itu berlalu tanpa berjawab.

"Irisss.." panggil satu suara garau yang berdiri tidak jauh darinya. Biela, Fika, dan Jane menunjukkan gerangan suara garau itu dengan memuncungkan bibir mereka. Iris memandang ke belakang.

'Haih, dia nak apa ni' gerutu Iris dalam hati. Dengan malasnya Iris berjalan menghampiri Acap. Acap melihat muka Iris yang pucat itu.

"Kau okay? Luka cam mana?" Tanya lelaki itu lembut. Iris memandang Acap tepat.

"Ok je." Jawab Iris sepatah.

"Rehat nanti lunch dengan kitaorg, ajak lah geng kau sekali" kata Acap lagi. Terbuntang biji mata Iris.

"Eh, pahal pulak! Tak nak aku" bantah Iris. Acap memandang Iris tajam.

"Kau nak atau tak tu terpulang kau tapi semalam kau dah janji kau akan dengar cakap aku kan. Kalau kau tak nak dengar aku viralkan macam mana kau dapat luka ni and siapa kau sebenarnya" tanpa berfikir panjang, Acap membuat syarat seperti itu sedangkan dia tahu dirinya akan terjerat juga apabila rahsia Iris terbongkar nanti.

"Ehhhhhhhh! Bila masa aku janji. Kau jangan main gila dengan aku la Asyraf!" Suara Iris naik seoktaf. Rahangnya mengeras. Tangan digenggam tanda dia geram, benci, rimas dilayan seperti kanak kanak.

"Up to you tapi jangan salahkan aku nanti" balas Acap sebelum bergerak meninggalkan Iris. Iris memandang Acap dengan perasaan marah yang meluap luap.

"Terlepas dari mulut harimau, masuk pulak kandang singa. Siall betul" kata Iris sendiri.

Kawan kawannya yang melihat dari jauh hanya diam melihat Iris yang sepertinya bengang apabila bertemu dengan budak hotzz sekolah itu. Dalam rasa takut mereka melihat muka Iris yang seperti mahu menerkam orang, mereka juga berasa cemburu. Cemburu melihat Iris mampu bercakap dengan orang yang pangkatnya jauh dari dunia mereka.
Sedangkan identiti Iris sendiri mereka tidak tahu siapa untuk melayakkan Iris didekati oleh orang orang berpangkat tinggi. Mereka semakin meragui identiti Iris yang sebenarnya.





IDENTITI AKU?!! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang