Sepanjang perjalanannya didalam kapal terbang, perasaan Iris tak pernah tenang. Risau, bimbang. Ingat lagi semasa dia mahu balik dan sempat ditahan oleh pengetua namun disebabkan pengetua itu adalah salah seorang daripada kawan daddy jadi dibenarkan juga aku untuk balik. Dia tak memaklumkan langsung hal itu kepada mummy dan daddynya kerana taknak mereka bimbang. Tapi dengan kuasa yang mummy dan daddy ada tak mungkin diowg tak tahu tentang hal ini.
Iris menaiki penerbangan kelas pertama kerana tak ramai yang akan menaiki set A itu. Sekurang kurangnya dia rasa sedikit nyaman untuk berfikir.
Setiba di balai ketibaan di lapangan terbang Heathrow London, Iris disambut oleh lima orang pengawal peribadinya. Nasib sebelum Iris berlepas dia sempat membeli pakaian di lapangan terbang KLIA kalau tidak mahu dia sorok muka dalam bilik air.
Iris membuka cermin mata hitamnya, dan menyerahkan begnya kepada salah seorang dari mereka. Iris menerima tunduk hormat dari mereka sebelum memulakan perjalanan mereka untuk bertemu dengan alongnya. Kini Iris lagaknya seperti orang penting kerana dikawal oleh beberapa orang bodyguard.
Iris tidak menghiraukan pandangan orang, dalam otaknya sarat dengan bermacam macam perkara dan kemungkinan.
****************
Kawalan di setiap penjuru pintu itu sangat ketat, penuh dengan bodyguard yang diarahkan oleh Iris. Sesiapa yang ingin masuk tidak kira doktor pasti akan diperiksa dengan teliti sebelum dibenarkan masuk. Pintu bilik rawatan itu dibuka dari luar. Iris menjenguk terlebih dahulu sebelum kakinya melangkah masuk. Terlihat ada seorang gadis sedang menangis sambil tersengguk sengguk menahan mata. Dari apa yang Iris tahu, perempuan itu berada bersama Irsyad pada hari kejadian. Dia juga dimasukkan kedalam wad namun memberontak ingin menjaga Irsyad kerana rasa bersalah. Sudah 2 hari perempuan itu tidak minum, makan atau tidur. Betul betul rasa bersalah tu.
Iris memandang keadaan alongnya yang sarat dengan wayar sana sini. Tubuh along terlihat kurus dari sebelum ini. Mata Iris mulai kabur, kolam matanya bertakung. Dengan tiba tiba air matanya jatuh. Pertama kali air matanya jatuh sejak bertahun dulu. Dia banyak salah dengan abangnya. Dia banyak sakitkan hati lelaki itu. 'Along, adik minta maaf, jangan tinggalkan adik please' rayu suara hatinya.
Terdengar seperti ada suara, perempuan itu terjaga dan terkejut melihat Iris berada dihadapannya. Dengan pantas Iris mengelap air matanya. Perempuan itu menatap Iris.
'Siapa ni? Makwe dia ke' Tanya hati kecil gadis itu. Dia terpegun kerana dia kira perempuan yang berada dihadapannya adalah bidadari. Cantik. Tersangat cantik!
"Iris.. Tengku Iris Irdina Natasya" kata Iris memperkenalkan dirinya sambil tersenyum. Dengan mata terbeliak perempuan itu segera berdiri sebagai tanda hormat. Tengku kot yang ada depan dia ni. Bukan biasa biasa punya orang.
"Su..sufina aisyah" balas sufina lembut. Iris tersenyum.
"Tak pa, duduk duduk. Jangan bagi hormat dekat saya sebab saya lagi muda dari awk" balas Iris lembut.
"Saya adik dia" sambung Iris lagi merungkai setiap persoalan dalam minda gadis awal 20 an itu. Sufina mengangguk.
"Em tak pa lah, saya nak pegi jumpa doktor dulu, awak pun patut berehat" kata Iris lagi sebelum melangkah pergi.
'Lagi muda dari aku? Berapa agaknya umur dia' bisik hati kecil itu sendiri. Dia menatap wajah lelaki yang menyelamatkannya itu. "Saya terhutang nyawa dengan awak" kata sufina perlahan.
***************
"So doc, how's my brother?" Soal Iris setelah dibenarkan masuk kedalam bilik doctor yang lebih dikenali sebagai Emily yang juga adalah rakan dia kerana keluarga mereka menjalinkan hubungan baik atas sebab tertentu. Emily juga bukan orang biasa biasa. Setaraf dengan Iris.

ANDA SEDANG MEMBACA
IDENTITI AKU?!!
De TodoHidup dia? Siapa dia? Tiada siapa yang tahu. Hidup sebagai seorang yang misteri menyimpan seribu satu kisah suka dan duka yang hanya dia sendiri tahu. Dia seorang gadis yang lebih suka mendiamkan diri dan seorang yang tenang dalam menjalani kehidup...