Iris melangkah ke dalam perkarangan sekolah dengan hati yang gembira. Pertama kali dalam hidupnya merasa tenang setenang tenangnya. Dendam, benci, permusuhan, masalah, semua telah lenyap. Hilang.
Iris meneruskan langkah untuk menyimpan barangan peribadinya kedalam biliknya. Sunyi sepi. Nasib dia sudah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa semua pelajar akan dikumpulkan di dewan utama untuk taklimat tentang hari kantin yang akan diadakan pada hari khamis ini. Jadi mudah lah untuk Iris mencari mereka nanti.
Tiba tiba langkah Iris terhenti. Sayup sayup telinganya menangkap bunyi esakan tangisan dari arah bawah tangga. Iris yang tidak pernah tahu erti takut terus mengambil keputusan untuk melihat siapa yang sedang menangis itu. Sama ada manusia atau bukan.
Iris melihat seorang budak perempuan dengan seragam sekolah yang kotor sambil menghadap ke arah dinding sedang menangis teresak esak. Iris tidak dapat melihat mukanya.
Iris menepuk perlahan bahu budak itu membuatkan budak itu menolehkan muka memandang dia. Terbuntang biji mata Iris melihat budak itu. Terduduk Iris di atas lantai.
"Heyy, kenapa ni?!" Tanya Iris cemas sambil menarik budak itu keluar dari bawah tangga itu. Budak itu semakin teresak esak menangis setelah melihat Iris. Tidak pasti sama ada dia malu atau gembira kerana bertemu dgn Iris.
Iris menarik budak itu ke dakapannya. Basah baju Iris dengan tangisan budak itu. Kotoran dari baju budak itu melekat dibaju Iris. Iris menyapu lembut kepala budak itu untuk menenangkannya.
Hampir 20 minit mereka dalam keadaan begitu akhirnya budak itu melepaskan pelukannya. Dia mengelap mukanya yang basah dengan tangan. Iris menghulurkan sapu tangannya kepada budak itu.
"Sekarang boleh bagi tau aku, apa yang jadi?" Soal Iris. Budak itu memandang Iris sambil menggelengkan kepala.
"Cakap lah, kalau kau tak cakap macam mana aku nak tolong" tegas Iris.
"Saya tak minta tolong akak pon" kata budak itu perlahan.
"Kau tu adik aku, kau mintak tolong atau tak, tu tetap urusan aku! Paham?" Tegas Iris. Budak itu menunduk diam.
"So bagitau aku apa jadi" pinta Iris lembut.
YOU ARE READING
IDENTITI AKU?!!
RandomHidup dia? Siapa dia? Tiada siapa yang tahu. Hidup sebagai seorang yang misteri menyimpan seribu satu kisah suka dan duka yang hanya dia sendiri tahu. Dia seorang gadis yang lebih suka mendiamkan diri dan seorang yang tenang dalam menjalani kehidup...