Iris berjalan keluar dari bilik wad Biela sambil tangannya menekan butang hijau yang tertera di kaca telefon pintarnya.
1 saat. Panggilan bersambung.
"Hello, macam mana?" Kata Iris pantas. Pemanggil di sebelah sana mengeluj berat.
'Memang betul mereka da berpindah ke sini tapi cuma mereka bertiga saja. Itu pun mereka......' kata lelaki itu. Kening Iris terjungkit. Cuba memahami apa yang ingin orangnya sampaikn.
***************
Selesai membuat panggilan Iris kembali mendapatkan Biela. Biela yang ketika itu sedang duduk bersandar dikepala katil tersentak dengan bunyi pintu. Biela mengukir senyum semanis madu sebagai hadiah terima kasihnya kepada Iris. Iris membalas senyum itu kemudian beriak seperti biasa sambil mengambil tempat dikerusi tadi. Memandangkan hari ini masih lagi dalam waktu persekolahan jadi tak ada sesiapa yang dibenarkan melawat kecuali Iris yang mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Biela sepanjang dia berada di hospital. Pihak sekolah juga da memaklumkan kepada ibu bapa Biela namun mereka berada diluar bandar."Ada apa apa yang kau nak bagitau aku?" Kata Iris mengundang persoalan dalam diri Biela. Biela agak tercengang dengan pertanyaan itu. Ye la mana tahu kalau dia ada buat salah ke kan. Over thinking! Haha.
"Em. Tak da rasanya kenapa?" Soalan Iris dibalas dengan soalan. Iris tersenyum sinis.
"Da berapa hari kau tak makan?" Balas Iris semula juga dengan pertanyaan. Seperti mahu bermain tarik tali dengan apa sebenarnya yang terjadi. Muka Biela berubah. Namun sejenak kemudian kembali seperti sedia kala.
"Hahaha apa soalan kau ni. Yang tadi aku makan makanan yang kau beli dari kafe tu apa." Balas Biela. Iris tergelak kecil.
"Hahahaha jawapan selamat" balas Iris. Biela menundukkan mukanya.
"Em. Mak bapak kau ada dekat luar bandar da dekat sebulan. Dalam sebulan ada empat minggu tolak dua hari sabtu ahad and cuti peristiwa hari tu ada 15 hari. Lagi 13 hari kita dekat luar sekolah. Boleh aku tau kau duduk dengan siapa sepanjang 13 hari tu?" Soal Iris panjang lebar. Muka Biela da pucat.
"A.. aku.. aku duduk dengan mak tiri n abg tiri aku" kata Biela tersangat perlahan. Namun masih jelas di telinga Iris.
"Mak tiri aku, dia dera aku 24 jam, dia tak bagi aku tidur even sekejap pon. Aku rasa mcm hidup dalam neraka. Abang tiri aku pulak dia cuba nak.. nak.. rogol aku.. dia masuk bilik aku masa aku tengah mandi tapi nasib aku da siap siap pakai baju kat dalam bilik air jadi aku terus lari ke luar rumah and tunggu sampai mak tiri aku balik. Aku takut nak tinggal kat situ lg tp aku terpaksa. " sambung Biela lagi. Air mata yang cuba ditahan terasa berat. Padanya tiada guna dia simpan lagi sebab Iris takkan tanya kalau dia tak tahu apa yang jadi. Pasti Iris da tau.
Iris dengan tekun mendengar butir bicara Biela itu. Sungguh, walaupun dia da tau tapi bila dengar sendiri pengakuan dari kawan baiknya itu dan melihat air mata itu jatuh membuatkan Iris bertambah marah. Marah dengan diri sendiri sebab tak ada everytime kawan kawan dia memerlukan dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
IDENTITI AKU?!!
RandomHidup dia? Siapa dia? Tiada siapa yang tahu. Hidup sebagai seorang yang misteri menyimpan seribu satu kisah suka dan duka yang hanya dia sendiri tahu. Dia seorang gadis yang lebih suka mendiamkan diri dan seorang yang tenang dalam menjalani kehidup...