Bab 13

2.6K 139 5
                                    

Waktu rehat telah tiba. Iris berjalan dengan 3 orang sahabatnya bergerak ke kantin untuk mengisi perut kosong.  Mereka mengambil tempat di salah satu meja yang terdapat disitu.

"Haa.... finally, makanan. Haa korang nak makan apa?" Soal Biela teruja.

"Aku nak makan kau. Boleh?" Kata Iris bergurau. Iris, Jane dan Fika bantai gelak tengok muka Biela yang tadinya teruja kini macam kuah kacang basi.. hahaha. Muncung habis dibuatnya.

"Takde la, aku nak makan bubur la. Makan kau bukan sedap, nak kena potong kecik kecik dulu baru muat dalam mulut aku ni. Kau da la gemok" kata Iris lagi sambil tergelak kuat. Habis satu kantin itu penuh dengan suara dia sorang. Biela menjeling setajam pisau, menghiraukan gurauan menyakitkan hati Iris itu.

"Em korang beli sendiri la" kata Biela sambil menarik senyum dihujung bibir lalu bingkas bangun dari tempat duduknya untuk beratur.

"Ishh kau ni Iris, tak baik la. Kesian dak Biela tu" kata Jane geram dengan perangai Iris yang suka menyakat kawan baik mereka yang hati tisu itu.

"Hallaa. Biasalah bergurau memang macam ni, cuma tahan dengan tak tahan nye je lah" kata Iris membela dirinya lalu berdiri untuk mengikuti langkah Biela.

10 minit kemudian Iris dan Biela keluar dari bahagian dalam kantin sambil membawa berbagai bagai jenis makanan. Muka Biela dipenuhi dengan senyuman berbunga bunga. Mana tidaknya, Iris belanja dia untuk makan sebanyak mana yang dia nak sebagai tanda minta maaf.

"Woi bodoh, kau ade mata ke tak de siaa. Kau tengok kasut aku penuh dengan taik kucing yang kau bawak merata tu!" Jerkah Jasmine kepada budak form 1 yang baru masuk ke sekolah ini. Budak itu menangis sambil tersengguk sengguk meminta maaf namun tetap dimarahi oleh Jasmine. Semua mata memandang budak itu dengan perasaan simpati dan memandang Jasmine and the geng dengan perasaan seperti nak dibunuh je, tapi mereka tak boleh berbuat apa apa.

"Kau ingat dengan maaf, taik kucing ni boleh hilang? Dah la busuk gila nk mati!" Jerkah Jasmine lagi. Iris dan Biela yang baru sampai segera meletakkan makanan ke atas meja dan melihat adengan itu tanpa berbuat apa apa. Biela semakin hilang sabar apabila Jasmine menyuruh budak itu menjilat kotoran yang ada di kasutnya itu.

"Kau tunggu apa lagi, budak kampung! Jilat laaa! Jilat!" Jerit Jasmine geram sambil menolak nolak kepala budak itu ke arah kasutnya. Semakin kuat suara kanak kanak itu meminta maaf, mukanya merah menyala.

Tiba tiba badan budak itu ditarik untuk berdiri semula, lalu badan budak itu dilindungkan disebalik badan kecil Iris itu. Jasmine memandang Iris tidak puas hati kerana menyibuk dalam hal dia. Keadaan semakin hangat apabila kedua orang ini bertemu. Seperti tahu siapa yang bakal menang, semua penonton tersenyum lega. Iris memberikan budak itu kepada Biela, Jane, dan Fika yang turut berdiri disebelah Iris.

"Take care of her" kata Iris lembut.

"Kau apahal siaa. Memang jenis manusia yang suka masuk campur hal orang, atau jenis manusia yang suka tunjuk hero?" Kata Jasmine perli Iris. Iris tersenyum menahan tawa.

"Depend kau nak judge macam mana. Yang aku tahu mak aku tak lahirkan aku kat dunia ni untuk tengok sekumpulan anjing gigit manusia seske hati dia. Tak layak weyh. Sedih" kata Iris perli habis. Darah Jasmine and the geng betul betul menggelegak apabila disamakan dengan anjing. Semua penonton tergelak mendengar kata kata Iris itu. Iris sorang saja yang berani melawan kata kata anak Dato itu.

"Aku taknak dan aku malas nak cakap banyak. Aku warning kau, one more time! just one more time! aku nampak kau buli budak budak lagi. You'll know who im really are. I promise that!"

Jasmine seolah olah kaku dalam api kemarahan. Dia hanya memandang Iris berlalu pergi dengan hati yang penuh benci dan marah.

Iris duduk semula dimeja mereka. Dia melihat budak itu.

"Kau ok tak?" Soal Iris. Kau? Kasarkan? Tapi takde siapa yang rasa perkataan tu kasar kalau keluar dari mulut Iris. Budak itu mengangguk kecil sambil tersengguk sengguk.

"Te.. teri.. terima kaa.. sihh.. kak" kata budak itu perlahan lalu kembali menangis semula. Iris dan yang lain lain memandang dengan hati yang sayu. Mesti budak itu trauma untuk sekolah disini lagi.

"Adik makan dulu ea, nanti kakak kakak semua hantar balik dorm. Ok." Kata Biela memujuk.

           **************

"Okay, adik masuk kay. Mandi, solat lepastu tidur, dah jangan pikir sangat pasal tadi." Kata Jane dengan slang dia. Budak itu tersenyum sambil mencium tangan mereka sebagai tanda hormat akan orang tua. Budak itu berura ura untuk pusing tapi terhenti apabila

"Woii, em klau ada apa apa jadi lagi, or diowg cari kau lagi, kau tengok kiri kanan kau. Ramai orang kan?" Budak itu memandang kiri dan kanannya. Memang ramai orang, kemudian memandang Iris semula.

"Cakap dengan diowg semua, kau adik aku. Cari masalah dengan kau maknanya dia cari masalah dengan aku and hidup dia takkan aman. Faham?" Kata Iris protective. Budak itu mengangguk laju sambil tersenyum manis. Begitu juga sahabat dia yang lain.

IDENTITI AKU?!! Where stories live. Discover now