7 - Ustazah Lavigne

1.4K 67 10
                                    

"Jemput makan batagor ni, semua," Eleena hulur batagor bersama cili padi kicap di tepi piring sebagai cicahan.

"Batagor?" tanya Adli.

"Ya, bakso tauhu goreng," jelas Eleena.

"Ni makanan orang Jawa kat Johor ke? Ada sambal kicap?" tanya Kamelia.

"Batagor ni makanan Cina yang diambil oleh masyarakat Sunda. Cili kicap ni sebab saya suka," kata Eleena.

Mereka berenam makan batagor goreng sambil buka Spotify, lagu dari kumpulan Hujan, Muda berkumandang.

Tamatlah zaman persekolahan
Ku masih dihantui memori
Waktu Kecil waktu yang gemilang
Oh tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua
Melangkah kedepan
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua
Akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa
Wooooo

"Lagu kegemaran arwah ayah saya, klasik," kata Tanty.

Semua kecuali Eleena memandang pelik ke arah Tanty.

"Kalau band Hujan kau panggil klasik, P. Ramlee apa, purba?" tanya Adli.

"Memang lah, umur ayahnya mesti sudah baya kita pada waktu sekarang ni, betul tak?" Eleena senyum ke arah Tanty.
"Tahun 2057, dah perang dunia ketiga belum?" tanya Adli.

"Malangnya, sudah."

Semua sudah murung bila dengar respon dari Tanty.

"Macam mana Malaysia masa tu?" tanya Adli lagi.

"Rasanya tak perlu la ada ada spoiler, kan?" kata Eleena.

"Ada sesiapa gunakan bom nuklear tak?" tanya Kamelia.

"Ada yang lebih bahaya dari bom nuklear atau hidrogen. Pernah dengar Zero Day?" kata Tanty.

"Hah?"

Semua berpandangan sesama sendiri. Edry dan Eleena angguk tanda tahu.

"Ia adalah computer malware yang membaca data dalam senyap untuk kemampuan pihak musuh mengawal kemampuan pertahanan negara. Ia juga mampu merosakkan sistem kawalan komputer untuk bekalan elektrik, air, komunikasi, dan sebagainya. Bukan ke Perang Cyber pertama berlaku pada tahun 2010?" kata Tanty.

"Maksud awak, Stuxnet malware attack dari NSA dan Unit 8200 Mossad terhadap Iran?" tanya Edry.

"Woo, kau tau benda ni, Edry?" Adli pandang Edry.

"Malware attack ni perang baru. Paling latest FSB serang DNC, hack email Hillary Clinton dan John Podesta," kata Eleena pula.

"Stuxnet ni macam mana? Zero Day ni macam mana?" barulah Nizam bersuara.
"Zero Day ni ialah patches yang menyusup dalam sistem komputer tanpa dapat dikesan, kemudian selama 30 hari dia akan duduk dalam sistem, merekod data dan ia akan copy data dan dengan itu, hacker boleh kawal dari jauh," kata Edry.

"Stuxnet pulak kacau PLC, programmable logic controller. Kali pertama digunakan masa Unit 8200 dan NSA terhadap Iran. Yang Edry cerita pada saya, pasal kumpulan hacker yang nama The Shadow Broker, dia hack SWIFT..."

"Taylor Swift?" Adli menyampuk.

"Baik kau cakap Suzuki Swift je," kata Kamelia.

"Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication," kata Eleena.

"Ooh, patutlah hari tu ada cerita pasal malware pada bank, yang sebab tu tak boleh transfer duit dari Internet masa hari tu, dorang ni attack rupanya," kata Nizam.

Adli Margera: Mencari Si JongosWhere stories live. Discover now