Selingan

1.1K 79 33
                                    

Jangan betulkan Wattpad anda: ini bukan chapter yang seterusnya.

Ini sekadar selingan. Saja nak borak-borak.

Sejak siri novel Cheras Perdana ni mula bersiaran di Wattpad, ramai yang mengikuti kisah Adli, Eleena, Kamelia dan Nizam dalam siri cerita ini dengan penuh minat. Dari siri vol 1, 2, dan 3, hingga mencari misteri lelaki tanpa kepala dan konek dalam Rumah No.6, mencari harta karun penjajah Belanda dalam Tenggelamnya Harta Karun Van Der Wijck (saja nak tongue in cheek dengan novel Hamka yang power gila tu), misteri kehadiran alien dalam Gadis Dari Sedna, misteri gerobok lama yang membawa ke Alam Shah Buana dalam Gerobok Arwah Ayah Eleena, dan paling latest, pengembaraan masa dalam Mencari Si Jongos.

Pejam celik dah sepuluh bulan dan lapan novel telah disiapkan dalam siri ni. Tetapi kebimbangan masih ada, apakah orang ramai akan membeli siri ini dalam kemurungan industri buku alternatif yang merudum sejak tahun lepas ini akan menyebabkan siri buku ini juga akan jadi suam-suam kuku juga dalam penjualan.

Semalam, genap 6 tahun yang lepas, novel Awek Chuck Taylor telah dilancarkan. Novel yang pada asalnya ditulis tidak dirancang, telah mendapat sambutan yang cukup baik. Sejak 6 tahun lepas, novel ini sudah diulang cetak 15 kali dan 30,000 unit telah dicetak dan masih ada permintaan dalam pasaran.

Namun novel-novel lain tulisan saya tidaklah mendapat sambutan sebegitu walaupun lebih baik dan lebih teliti penulisannya.

Kenapa agaknya ya industri buku alternatif sekarang ini tidak serancak 2011 ketika novel Awek Chuck Taylor dilancarkan 6 tahun lepas, agak-agaknya lah? Apakah faktor GST menyebabkan barang mahal dan rakyat semakin tidak mampu membeli buku? Apakah minat membeli buku pada 2011 dulu sekadar trend? Apakah faktor pembaca dah sudah bosan dengan gaya penulisan buku alternatif sekarang? Apakah faktor Generasi Z - generasi muda sekarang memang tak minat baca buku?

Saya tertanya-tanya macam orang gila, di mana salah dan silapnya industri ini? Apa yang perlu diperbetul, apa yang perlu dilakukan agar industri ini terus kekal segar dan tidak menjadi bahan nostalgia pada kenangan silam di era kegemilangannya satu ketika dulu?

Apakah penerbit-penerbit buku perlu lakukan stunt seperti Datuk Vida, Sajat atau Aliff Syukri untuk mendapat publisiti lalu scene ini hidup semula?

Ketika saya mula-mula menulis novel dengan serius, saya menulis novel Pengejar Bintang sekitar tahun 2009, saya baru pulang dari London selepas melihat scene buku di London pada ketika itu.

Pada tahun itu saya mula menulis novel selepas tahun sebelum itu saya menulis artikel-artikel dalam blog Teh Tarik Gelas Besar sekitar 2008.

Scene buku indie ini bermula sekitar tahun 2005 sebenarnya. Ketika itu scene buku indie ini dimulai dengan scene Layar Tanchap yang menjadi event kepada band-band indie pada ketika itu. Dengan roh indie, scene buku indie pun bermula.

Sekitar 2008, scene band indie mula meningkat, dengan radio-radio tempatan mula mainkan lagu-lagu dari band indie seperti dari kumpulan Hujan, Grey Sky Morning atau Meet Uncle Hussain. Dalam masa sama scene buku indie pun mula berkembang melalui buku Sufian Abas dalam Kasut Biru Rubina, buku-buku Sindiket Sol-jah dan penulis-penulis seperti Pipiyapong mula meniti di bibir kalangan penyinggah Layar Tanchap dan seterusnya, Frinjan.

Event Frinjan memberikan platform pada anak muda, terutamanya yang minat band indie untuk mula mencari buku-buku indie untuk dibaca. Seperti ramai orang dalam generasi millennial Melayu ketika itu, saya pun turut turun ke event-event dan mahu menjadi penulis. Dan sekitar 2009, saya mulakan penulisan novel saya dengan buku indie pertama saya, Pengejar Bintang.

Tahun 2010, novel Bau Semangat Anak Muda siap (siri Cheras Perdana ni datang dari sini asal-usulnya), juga dilakukan secara indie; tulis, cetak sendiri, tampal sendiri, jual sendiri.

Adli Margera: Mencari Si JongosWhere stories live. Discover now