12 - Ubah Sejarah

1.5K 64 24
                                    

Besok pagi-pagi lagi mereka bersama Encik Osman menaiki MRT dari Stesen Bandar Tun Hussein Onn menuju ke stesen Pasar Seni untuk ke LRT Ampang Park menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

"Sedap juga naik MRT ni," kata Adli ketika kereta api sampai.

Nasihat Encik Osman agar tidak menaiki kenderaan kerana di kedutaan, tiada parking, lagipun nak bayar parking kat KL ni harga macam orang gila.

"Jangan sampai awal sangat, nanti dia suruh tunggu luar," kata Encik Osman.

Interview mereka semua bermula jam 9:30 pagi. Kehadiran mereka disambut mesra oleh Mr Thomas.

"Saya dengan Encik Osman tunggu awak semua di luar ya," kata Eleena, yang visanya masih belum luput.

Mr Thomas mulakan interview dengan Kamelia, kemudian Adli, lepas tu Nizam, dan diakhiri dengan Tanty. Mr Thomas tanya soalan-soalan seperti apa tujuan untuk ke sana, berapa lama akan duduk sana, duduk sana dengan siapa, semua Kamelia jawab dengan tenang. Siap senyum-senyum lagi.

Adli dia pandang slack sikit sebab Adli pakai baju band Dead Kennedys. Tak beragak mamat ni. Nasib baik Mr Thomas tak kisah sangat. Dan nasib baik English Adli ni power. Nampak je macam budak bermasalah kat sekolah tapi English dia power.

Sampai Nizam, Mr Thomas tenang je sebab muka Nizam ni pun muka budak nerd, jadi dia biasa je lah. Dan sampai Tanty, dia teliti sikit, tapi lepas juga.

Akhir sekali Mr Thomas minta agar passport diserahkan pada pegawainya bagi tujuan pengesahan. Mr Thomas memberitahu dia akan menghubungi Encik Osman untuk penyerahan passport bila visa dah siap.

"Isnin ni Mr Thomas kata, siap. Hari ni Khamis, Jumaat, lepas tu Sabtu Ahad cuti, Isnin dah boleh kutip. Ini pun dah paling cepat yang boleh, nasib baik boleh kawtim dengan Mr Thomas," kata Encik Osman.

"Suhu kat sana berapa? Sebab saya tak tahan sejuk," tanya Kamelia.

"Sekarang ni, summer, suhu dalam 16-18 darjah," kata Eleena.

"Ada satu masalah saya nak beritahu," kata Encik Osman.

"Apa dia?" tanya Eleena.

"Kan Cik Eleena kata nak flight ke Shanghai, kan? Tiket yang tu dah habis jadi saya tempah ke Haneda, dan flight tu hari Rabu. Masalahnya, Adli kata makcik dia pulang minggu depan, macam mana?" tanya Encik Osman.

"Tak faham?" kata Adli.

"Ticket pulang lagi seminggu, maknanya makcik awak dah sampai KL, dan awak masih berada di Amerika, apa awak nak jawab dengan makcik awak?" tanya Eleena.

"Hish, haah la. Macam mana?" Adli dah garu kepala. Karang mak dia Whatsapp dia kat mana, takkan nak jawab kat Amerika pulak?

Menyusahkan betul la si Jongos ni.

"Takpe, pasal masa tu, saya boleh hantar Jongos dengan mesin masa ke masa yang makcik awak balik dari Medan," kata Tanty.

"Jadi, kita semua akan ke tahun 1874 bersama-sama dengan mesin prototaip di San Francisco, kemudian sampai sana, saya dan geng akan pulangkan mesin ini ke sana, dan awak dan Jongos akan pulang ke Cheras Perdana waktu makcik Adli pulang?" tanya Eleena.

"Ya," Tanty mengangguk.

"Macam tu, baik aku ikut Tanty je," kata Adli.

"Alamak, tiket ada dua kosong lah macam ni. Kita jual balik nanti?" tanya Eleena.

"Takpe, sampai sana kita plan. Hish, menyusahkan betul Jongos ni," kata Adli.

"Ada satu lagi masalah," kata Encik Osman.

Adli Margera: Mencari Si JongosWhere stories live. Discover now