Nizam agak marah dengan keselambaan Eleena sebenarnya. Ada ke Ray cabar dia masak masakan Korea, kalau tak sedap kena bagi gambar bogel? Jem jugak Nizam dalam hal sekarang ni. Dia dah rasa tak seronok dah bila berada di sini. Semua benda dia rasa palat. Dia rasa San Francisco ni palat. Ray ni palat. Burrito burit. Semua benda dia rasa celaka.
Nizam duduk di tepi pantai, di tepi jalan Eastshore Drive sambil termenung, dia pun takut relationship dia dengan Eleena jadi tak pasti kalau situasi macam tadi berulang lagi.
Sedang dia duduk termenung panjang, ada jari mencuit bahunya.
Eleena duduk di sebelah.
"Rare betul cinta saya ni merajuk dengan saya. Selalu saya je merajuk dengan awak."
Nizam terus membisu. Dia tak mahu bercakap apa-apa pasal peristiwa tadi.
Eleena pegang tangan Nizam. Nizam hanya biarkan sahaja cintanya pegang tangannya.
"Cinta, awak ingat tak first time awak pegang tangan saya?" tanya Eleena.
"Masa kat atas bukit tengok bintang tu ke?" tanya Nizam.
"Hari Kantin lah," kata Eleena.
"Ye ke? Saya ingat Hari Kantin tu kali kedua. Sebab saya ingat, masa kat bukit tu, saya nak pandang planet Zuhal, awak pegang tangan saya," kata Nizam.
"Tu tak sengaja lah, cinta!" Eleena menahan malu sambil ketawa kecil.
"Sengaja tak sengaja, bagi saya, itu kali pertama," kata Nizam.
"Saya gementar sangat masa tu, awak tau tak? Okay, saya nak cerita kali kedua awak pegang tangan saya. Hari Kantin."
"Kenapa dengan Hari Kantin?" tanya Nizam. Selalunya cerita Hari Kantin ni dikaitkan dengan cerita lelaki misteri yang memeluk Kamelia.
"Kan balik dari sekolah, awak datang rumah saya. Awak pegang tangan saya. Tapi kita belum naik level lagi. Hanya lepas peristiwa tu, kita kat ruang itu."
"Ruang apa?" tanya Nizam.
"Antara persahabatan dan cinta."
"Itu bukan ruang 'sesuatuuuu' ke?" tanya Nizam.
Eleena terus palingkan muka Nizam ke mukanya.
"Kita punya part sesuatuuuuuuu tu masa time nasi bento la," kata Eleena.
"Rindu masa tu. Takde orang kacau. Nak gambar bogel la, apa la," kata Nizam, kembali memalingkan mukanya memandang laut.
Eleena dah agak, Nizam agak terasa dengan peristiwa tadi.
"Cinta, awak tau tak, arwah Azlam pernah try nak ayat saya? Hafiz tulis puisi, even Ail pun pernah ajak saya pergi hiking? Rafi, jangan cakap la. Nami Cob Nobbler tu, lagi la. Mula-mula cakap nak order butterscotch cookies, tapi lepas tu belok soal hati dan perasaan."
Nizam pandang muka Eleena, terkejut. Tapi lepas tu dia sambung.
"Nami Cob Nobbler tu tak terkejut langsung. Tak malu, crush kat awek member."
"Awak tahu tak, apa yang buat dorang stop dari terus kejar saya? Saya kata dari awal lagi, saya hanya nak awak seorang je," kata Eleena.
"Tapi awak tak pernah beritahu saya pun?" tanya Nizam.
"Ni saya beritahu lah. Dorang beritahu saya, awak suka Kam. Tapi masa tu saya tengok Kam tak nak make move, saya buat la."
"Oh ye la, masa tu lah," kata Nizam, baru teringat.
"Lepas tu dorang semua mengeluh, haih semua nak Nizam ni, susah la nak cari makan," Eleena ketawa.
Nizam menahan malu.
YOU ARE READING
Adli Margera: Mencari Si Jongos
Science FictionSewaktu petang di cuti sekolah Sukan SEA, sedang duduk santai, Adli tenang menonton televisyen. Tiba-tiba datang saudaranya ke rumah. Tujuannya untuk menyuruh Adli jaga anak saudaranya yang bernama Rayyan Aqish Danial Hakim, whatever nama budak zama...