Mesin masa yang membawa Eleena, Kamelia, Nizam dan Ray terus tiba di tahun 2017, di San Francisco.
"It's them!" kata pak guard yang mengejar mereka berempat. Eleena dan Nizam berlari berpimpin tangan, Ray dan Kamelia juga berpegang tangan. Bahagia sekejap Kamelia.
"Run run run!" jerit Nizam.
Mereka berempat terus ke kereta Ray, dan terus Ray terus start kereta, membawa kereta selajunya, dan meninggalkan University of California Berkeley selaju yang mereka boleh.
"Yeaaaaaahhh!" jerit Ray sebaik sahaja tiba di tahun 2017 di San Francisco.
"Dah la pergi zaman kuno, zaman perang pulak. Bodoh punya Jongos!" jerit Kamelia.
Eleena masih dari tadi tak lepas dari memeluk Nizam.
"Cinta, kita dah selamat dah," kata Nizam.
"Tahu, tapi saya nak peluk awak lagi."
Mereka tiba di Emeryville dan berhenti di lampu merah sebelah Pixar Studios. Mereka bercadang untuk makan di East Baybridge Shopping Center.
"Macam mana lah dengan Adli tu agaknya?" tanya Ray.
"I syak, Ustazah dengan adik dia sedang bergaduh depan pintu, mengamuk rebut Adli," kata Kamelia, sambil minum Coke.
"Cinta..." jeling Nizam.
Eleena senyum nampak gigi taring.
"Selalu tak macam ni pun? Ye lah, awak sayang saya, ni macam lain je ni," kata Nizam sambil tengok kedai baju.
Eleena tak bercakap apa-apa, dia hanya sandarkan kepalanya ke lengan Nizam. Diciumnya badan Nizam berkali-kali.
"You guys tak lapar ke?" tanya Ray.
"Lapar jugak, dah dekat sana tu asyik makan ubi kayu je, bosan pulak. Kat zaman si Tanty tu makan protein sintetik, rasa amende entah," kata Nizam.
"Awak semua nak makan apa? Saya masak!" kata Eleena.
Ray pandang Eleena.
"Serius, you boleh masak? I thought perempuan cantik selalunyalah, tak pandai masak," kata Ray.
"Ish, seksisnya," Kamelia singgung lengan Ray.
"Cakap je, nak masak apa. Bring it on," Eleena senyum bersahaja.
"Okay, can you cook Korean food for all of us?" tanya Ray.
" 쉬운, 요리하기가 아주 쉬워요 한국어," [swi-un, yo-li-ha-gi-ga a-ju swi-wo-yo hang-ug-eo] kata Eleena dengan wajah penuh yakin.
"You, do not underestimate Eleena. Serious," kata Kamelia memberi amaran pada Ray.
"Takdelah, gaya dia cakap macam dia tahu segala benda je I tengok," kata Ray.
"I kenal sangat perangai El. Dia kalau tak tahu, dia kata tak tahu," kata Kamelia.
"We'll see," kata Ray.
"Let's raise the stake, nak?" tanya Eleena.
"Nak bet? Kalau you jadi masak Korean ni, I nak your naked picture," kata Ray.
"What the fuck?" Nizam mula nak hulur penumbuk. Kau kalau tumbuk orang sampai terbenam ke bumi, tercabut kepala, payah pulak karang.
"Ray!" Kamelia tengking.
"Calm down, cinta, Kam. If I win, I want you to reveal to us, ada apa dalam almari awak tu," Eleena naik kening, dan senyum jahat.
Berubah muka Ray.
YOU ARE READING
Adli Margera: Mencari Si Jongos
Science FictionSewaktu petang di cuti sekolah Sukan SEA, sedang duduk santai, Adli tenang menonton televisyen. Tiba-tiba datang saudaranya ke rumah. Tujuannya untuk menyuruh Adli jaga anak saudaranya yang bernama Rayyan Aqish Danial Hakim, whatever nama budak zama...