"Mama kata jangan pergi kat rumah orang la," kata Jongos bermonolog dalaman.
"Tapi aku dah lapaq ni, macam mana ni?"
Jongos duduk di tepi batu, termenung. Dia kemudian ditegur oleh seseorang yang memandangnya dengan pandangan yang pelik. Lelaki, berusia lingkungan 20 tahun, dan berpakaian baju Melayu, berselempang kain pelekat.
"Huh?"
Jongos terkejut sebab pandangan orang itu sangat pelik dan macam tak pernah nampak orang.
"Kau orang mana ni?" tanya lelaki itu.
"Saya, saya dari Pulau Pinang, tapi mai Cheras."
"Jauhnya berjalan."
"Naik kereta la!"
Lelaki itu garu-garu kepala.
"Kenapa?" tanya Jongos.
"Kereta tu apa?" tanya lelaki itu.
Jongos tak faham. Tapi dia tak mahu terus berbual dengan lelaki itu. Dia mahu pulang ke rumah Adli.
"Tau dok, Cheras Perdana nak pi dari sini macam mana?"
"Apa?"
"Cheras Perdana?"
"Apa tu?"
"Kuala Lumpur?"
"Oh, Kuala Lumpur dekat, kalau jalan kaki dari sini sehari. Kalau naik perahu mudik ke kuala, setengah hari."
Jongos pandang lelaki tu dengan pandangan yang pelik.
"Naik perahu? Takde bas ke? MRT ke? Kata MRT dah siap dah?"
"Tapi Kuala Lumpur dalam bahaya sekarang, orang-orang Raja Mahadi sedang berkumpul di Sungai Kerayong, bahaya. Lagipun nak ke Kuala Lumpur buat apa? Orang-orang Raja Mahadi, Syed Masahor bila-bila masa datang serang. Mereka akan memburu sesiapa sahaja dari Langat, kerana ini kawasan Tunku Kudin, ha, nama kamu ni, siapa?"
"Rayyan Aqish Danial Nur Hakim, tapi orang panggil Ray Misterio," kata Jongos.
"Panjang-panjang betul nama orang Pulau Pinang ni, maklum lah, orang puteh dah duduk situ, nama pun kena macam orang puteh lah. Dah tak nama macam orang Melayu. Nama orang Melayu senang nak ingat, macam saya, Mat."
"Nama abang, Mat?"
"Ya, Mat bin Lah. Lah nama ayah saya. Ni, awak dah makan belum?"
Jongos geleng kepala.
"Mari ikut abang Mat, kita makan. Perut dah lapar dah ni," kata Mat sambil menjemput Jongos makan.
"Chut chut chut!" Jongos panggil Billie Joe untuk menuju masuk ke rumah Mat.
--
"Lepas ni nak pergi mana ni?" tanya Nizam. Mukanya dah kebosanan, pishang kerana menunggu giliran nak tunggu IC si Tanty siap pun sikit punya lama. Ni nak naik Kombi pergi buat passport pulak.
"Kita nak buat passport untuk Kam, Adli, Tanty," kata Eleena.
"Kenapalah passport ni tak digabungkan dengan IC je? Dengan driving licence sekali. Kenapalah kena ada sampai tiga jabatan untuk uruskan identiti warganegara? Such a money waste," Nizam peluk tubuh.
"Kenapa anda rasa macam tu?" tanya Kamelia.
"Driving licence, IC, passport, semua menunjukkan identiti. Lepas tu ada tiga jabatan uruskan benda yang sama. Lepas tu masih penuh macam ni," keluh Nizam.
"Habis tu, awak nak macam mana?"
"Satu ID untuk semua. Kalau dah ada identiti, benda tu dah menunjukkan anda seorang warganegara. Kalau nak memandu, update je kat situ. Lepas tu, kerajaan sekarang ni terlalu banyak kerja overlapping," kata Nizam sebelum dia hirup air teh bunga dalam botol.
YOU ARE READING
Adli Margera: Mencari Si Jongos
Science FictionSewaktu petang di cuti sekolah Sukan SEA, sedang duduk santai, Adli tenang menonton televisyen. Tiba-tiba datang saudaranya ke rumah. Tujuannya untuk menyuruh Adli jaga anak saudaranya yang bernama Rayyan Aqish Danial Hakim, whatever nama budak zama...