13 - Kucing Besar Maskot Rimau?

1.3K 65 39
                                    

"Adli, sebelum nak balik tu, lepak rumah dulu. Hari ni saya nak masak laksa Johor," kata Eleena sambil buka kunci rumah.

"Kau ni apa je tak tahu masak? Kalau macam ni, aku ada berfikir satu idea, aku nak buat kafe bertemakan Nami Cob Nobbler, kira kafe makanan campur port baca buku, dan campur koleksi muzik korang yang awesome, kira jadi macam tempat lepak la. Kau masak, aku pun masak, Kam buat air..."

"Apahal aku buat air pulak?" Kamelia cekak pinggang.

"Kira pasni fans yang nak baca buku Nami Cob Nobbler boleh lepak kat sini la," kata Adli.

"Awak ada bincang dengan dia ke idea awak ni?" tanya Eleena.

"Belum lagi, tapi kalau jadi ni, mesti gempak. Fans buku dia boleh makan char kuey teow aku, atau masakan kau, lepas tu macam sebulan sekali, artis atau band dari GCK Records, Paddle Pop Pelangi ke, Mangkuk Hayun ke, akan perform, amacam, gempak tak idea aku?" kata Adli sambil mendabik dada.

"Nami Cob Nobbler tu ramai ke pembaca novel dia?" tanya Encik Osman.

"Tu la. Kalau satu buku dia masuk TV, pastu ramai beli buku dia, aku rasa projek bisnes aku ni boleh jalan, aku nak namakan restoran tu, Margera Cafe. Amacam?" tanya Adli.

Eleena pandang mata Adli kemudian ketawa.

"Ok la, El Margera Cafe. Nampak macam Sepanyol sikit," Adli tambah nama Eleena.

"Habis tu, cinta saya dengan sahabat dunia akhirat saya nak letak mana?" tanya Eleena.

"Entah, lepas tu kau kata nak buat restoran bertemakan Nami Cob Nobbler, merepek betul kau ni, Adli," Kamelia buka kasut Vans dia.

"El Kamelizam Margera?"

"Mengarutlah kau ni!" Kamelia cuba menghalang imaginasi Adli.

"Kalau kita letak nama Butterscotch Cafe?" tanya Eleena.

Adli terdiam dan kemudian, matanya terbeliak besar. Rasa nama tu macam sedap semacam.

"Nama tu nampak catchy sikit. Lagipun pembaca novel Nami Cob Nobbler mesti nak tahu apa rasanya butterscotch cookies," kata Adli.

"Nope, tak semua boleh rasa," Eleena buka peti ais, ambil kiub ais dari freezer dan masukkan dalam jug.

"Kenapa? Kalau satu balang kau jual RM200, lepas tu pembaca novel Nami ada, katakan 2,000 orang, kalau dapat separuh pun, 1,000 yang nak beli, kali RM200, dah RM200,000, tak untung ke tu?" kata Adli.

"Awak ni kata awak ni anarkis, tapi boleh tahan kapitalis juga kepala otak awak ni ya? Tak boleh la. Once kita buat masses, kualiti akan drop. Saya dah tak boleh kawal kualiti cookies tu lagi. Lagipun, kita ada bahan X. Bukan semua boleh makan, sebab bukan semua kita boleh percaya," Eleena tuang apple juice dalam jug.

"Ala, jual la yang kosong juga," kata Adli lagi.

"Kalau dah kosong, mana nak letak harga RM200 tu, Adli?" kata Kamelia.

"Adli, keep in mind idea Butterscotch Cafe awak. But not butterscotch cookies, yang tu exclusive untuk orang tertentu je. Keep it secret, baru lah rare," Eleena angkat dulang yang ada jug yang berisi apple juice ke depan.

Encik Osman buka TV dan menonton Sukan SEA. Acara gimnastik.

"Weh, crush aku ni, Farah Ann," Adli tiba-tiba bersuara. Kamelia menjeling tajam.

"Dia crush kau ke, kau yang crush dengan dia?" suara Kamelia tegas.

"Apasal awak jeling tajam macam tu, sesuatuuuuunya," kata Tanty, mengusik Kamelia.

"Awak tengok, orang dari masa depan pun nampak kesesuatuan antara awak dan Adli, tau?" Eleena usik Kamelia.

Sedang Farah Ann menerima pingat emas dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Rimau, maskot rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menari-nari di tepi.

Nizam pandang tak berkelip pada maskot itu.

"Apahal kau ni, Nizam? Kau crush dengan Rimau ke? Dia couple dengan Sang Nila la," kata Adli.

Nizam terus pandang pada Rimau. Kemudian dia pegang rambutnya, mukanya seolah-olah terkejut.

"Cinta, awak ok?" tanya Eleena.

"Saya termimpi kucing yang kepala dia besar macam ni. Tapi dia pakai baju kejap macam Beatles, kejap macam My Chemical Romance. Dia bagi pil pada saya. Ada dua pil..."

"Kau baca novel Kapsul Masa ni," kata Adli.

"Buku apa tu?" tanya Nizam.

"Teruknya kau ni. Buku member sendiri pun kau tak baca ke? Kecik hati Nami Cob Nobbler macam ni," kata Adli.

*Gua rilek je Li, sedangkan minah liberal geng Maryam Lee buang buku aku kat tong sampah pastu pos kat Twitter pun gua tenang. Dapat publisiti free*

"Oh, yang tu aku belum baca. Tapi hari tu, masa aku trip cendawan hari tu, macam ni la saiz kepala dia," kata Nizam.

"Kucing kepala besar macam maskot Rimau?" tanya Kamelia.

"Haah, saya nampak dia. Saya cuba lari, tapi tak berjaya. Dia suruh pilih dua pil, pil nak balik ke zaman silam ke, zaman akan datang. Kalau zaman silam, saya dilahirkan semula. Kalau zaman akan datang, saya nampak semua hidup saya sampai saya mati."

Semua dah duduk bersila depan Nizam. Dah tak nak tengok TV lagi.

"Tapi, saya tak ingat details apa akan jadi, tapi ada satu moment, saya ada nampak, Eleena kena pukul dengan seorang lelaki. Muka lelaki tu bengis. Badan dia sado. Saya cuba halang dia, saya nekad, kalau saya mati, saya matilah. Tapi kucing kepala besar tu halang saya. Sebab itu, saya bertekad, kalau boleh, saya nak ubah sejarah kalau itu berlaku," kata Nizam.

Tanty pandang Eleena.

"Awak bad trip je tu, cinta. Jangan fikir lagi ya? Cinta awak."

"Tak, awak tak faham. Saya boleh halang diri saya dari diculik dengan kakak jahat tu dulu, kalau saya tak cari kad Dragonball saya, dan tertinggal bas, dan balik sekolah dengan ikut jalan tu, sebelum saya kena tangkap. Saya boleh ubah semua perkara termasuklah halang Azlam dari kena langgar. Saya boleh halang Kurt Cobain bunuh diri. Dan di masa depan, halang lelaki tu dari pukul awak," Nizam berdiri dan bertegas.

"Maaf, saya tak boleh buat tu," kata Tanty.

"Kenapa tak boleh? Kita dah ada kemampuan untuk menghalang sesuatu yang buruk dari berlaku. Kita boleh selamatkan nyawa. Kita boleh hilangkan memori buruk, kita boleh halang perang dunia!"

"Nizam, awak duduk!" Eleena tinggikan suara. Semua orang terkejut bila Eleena tinggikan suara, sebab dia jarang macam tu, walaupun dulu, Kak Merlina kata, Eleena ni panas baran.

Nizam duduk.

"Saya minta maaf, saya tinggikan suara saya. Cinta, kita hanya boleh tukar suratan takdir hidup kita dengan doa, dan kalau ia diperkenankan, kita peroleh hidup kita dengan baik. Jika tak, redha dengan takdir, dan sesuatu yang lebih baik akan berlaku untuk kita semua."

Eleena peluk Nizam. Seperti Anakin Skywalker yang mahu selamatkan isterinya Padme Amidala, Nizam juga mahu mengubah jalan cerita.

"Saya tak nak lelaki tu pukul awak. Kalau tak, saya akan rasa bersalah sampai bila-bila."

"It's just a bad trip, cinta. Cinta tenang je, ya?" Eleena pujuk dan cuba tenangkan kekasihnya.

Adli tengok telefon.

"Eh, Kam, Alif Zakwan ajak lepak, nak tak?"

"Kat mana?"

"Aliff Bistro."

"Ala tunggu la Eleena masak laksa Johor," Kamelia dah tak sabar nak menunggu makanan lazat dari air tangan Eleena.

"Petang, lepak sekali la. Dia nak ajak borak. Ada benda dia nak cakap," kata Adli.

"Apa pulak si Alif Zakwan ni nak?"

Adli Margera: Mencari Si JongosWhere stories live. Discover now