30 - 1874

1.2K 66 9
                                    

"Jahanam lah robot aku! Jahanam! Semoga siapa yang jahanamkan robot aku ni masuk neraka jahanam!" kata Professor Mohan mengamuk pagi-pagi bila tengok robot memasak yang sedang dibaikinya itu patah di bahagian tangannya.

"Prof, Prof kata Prof atheist. Atheist mana percaya neraka jahanam? Amende la Prof ni," kata Adi sambil panaskan enjin Vespa. Vespa ni sebenarnya pun si Adi bina sendiri. Dengan menggunakan mesin masa, Adi mengembara ke tahun 1960an untuk merembat sparepart dari skru, handle, meter motor sampai ke tayar - seratus peratus dia rembat. Side mirror dia pun dia rembat.

Jadi, kalau masa kau kecik, kau musykil mana hilangkan stand kangaroo basikal BMX atau skru chrome kau, kemungkinan orang macam Adi yang merembat dari masa depan, tanpa kau sedari.

Pagi itu mereka berenam bersarapan.

"Hari ni breakfast protein sintetik lagi ke?" tanya Adli.

Tanty dah menjeling.

"Ala, takpelah. Kali ni aku makan. Sebab lepas ni kita nak ke tahun 1874, mesti makanan makin klasik dan padu gila," kata Adli yang tak sabar-sabar nak meninggalkan tahun 2057 ni.

"Aku nak tanya korang, ada sesiapa tahu siapa yang jahanamkan robot aku?" tanya Professor Mohan sambil bawa spanar.

Nizam menjeling ke arah Ray sebab dia nampak sesuatu yang tak patut berlaku semalam.

Ray nampak panik. Nizam memberi pandangan bero-bero pada Adli. Adli naik kening tanda faham.

"Takde, kenapa?" tanya Nizam dengan wajah tenang.

"Tangan dia patah, macam ada orang patahkan," kata Professor Mohan.

Kamelia duduk sebelah Ray, senyum.

"Morning Ray. Kenapa pucat je ni?" tanya Kamelia.

"Zam, suck cock...uhuk uhuk! Hisap rokok dulu," kata Adli, bangun dan meninggalkan meja makan.

"Cinta, awak dah start hisap rokok balik ke? Tak takut ke suara awak macam penyanyi Nickelback?" tanya Eleena.

Nizam berbisik pada Eleena.

"Oh, okay," kata Eleena dengan nada berbisik.

Muka Ray pucat semacam je bila melihat gaya badan Nizam dan Adli sedang melihat kerosakan robot memasak Professor Mohan. Mereka berdua bercakap gaya seolah-olah seperti dua pegawai CSI yang sedang menyiasat kerosakan robot tu.

Eleena jeling Kamelia. Kamelia pandang Ray dengan muka yang riang.

"Kenapa you ni?" tanya Kamelia.

"Err, tak...takde apa."

Matanya hanya memerhatikan gelagat Nizam dan Adli. Ray jadi tak keruan.

Dia mengambil keputusan untuk pergi menuju ke arah Nizam dan Adli.

"Lepas tu, kau tau tak, aku nampak Ray Mysterio datang, dia terus terjah John Cena," kata Nizam mengubah topik sebaik sahaja dia nampak Ray datang ke arahnya.

"Tapi lepas tu Kane datang, bagi chopslam kat dia, kan?" kata Adli bila menyedari codeword Nizam.

"Korang, korang borak apa?" tanya Ray, mencelah tiba-tiba.

"Oh, kitorang borak pasal wrestling. Ray Mysterio kena chopslam dengan Kane," kata Nizam.

"Ray Mysterio main wrestling lagi ke?" tanya Ray kehairanan.

"Ala ni cerita zaman lama ni," kata Adli.

Ray dah rasa cuak. Dia rasa Nizam dan Adli macam dah tau sesuatu tentang rahsianya. Rahsia yang tiada siapa yang tahu.

Adli Margera: Mencari Si JongosWhere stories live. Discover now