28 - Magnesium Alloy

1.1K 72 27
                                    

"Tulang kau ni tak hancur beb, cuma retak. Jadi aku tak rasa aku perlu ganti tangan baru. Tapi, aku buat reinforcement pada tulang kau dengan magnesium alloy, 86 peratus magnesium, 14 peratus silicon carbide. Bahan ni adalah bahan paling kuat, tapi paling ringan. Bermakna, kalau kau swing tangan kau bagi penumbuk kat orang, kau rasa ringan, tapi, muka budak tu barai berkecai. Serius beb, tangan kiri lu ni kuat macam Wolverine, brader," kata Adi sambil mula nak cucuk bius di lengan Nizam. Eleena dan Kamelia turut menemani Nizam.

"Kejap, kejap. Awak ni betul ke, doktor?" tanya Eleena.

"Dr Adiputra. Dulu gua masa kecik, budak genius. Masuk paper. Lepas tu bila gua dah remaja, gua fedap. Gua jadi skinhead. Tapi gua tak quit medical school gua. Dengan teknologi zaman gua ni, lu orang tak boleh bayangkan punya. Pernah fikir jantung orang boleh print pakai 3D printer?" tanya Adi pada Eleena.

"Bukan apa der, ni, aku nak cakap dengan kau sikit. Awek kau ni, cantik. Kau pulak, sikit-sikit sakit. Karang apa-apa jadi, payah der. Orang zaman sekarang bukan boleh caya," Adi mula mencucuk bius pada lengan Nizam.

"Kau rilek je. Kau bayangkan kau sedang lepak di atas gunung. Kau kalau nak tenang, kau suka dengar apa?" tanya Adi.

"Sigur Ros," kata Nizam, perlahan.

"Music, Sigur Ros!" jerit Adi. Tiba-tiba lagu Olsen Olsen berkumandang.

"Wooo, macam tu je kau on radio eh?" tanya Nizam.

"Zaman bila kau hidup panggil radio ni? Radio ni benda-benda ancient, purba. Dah boleh sama rank dengan modem Internet, telefon pusing, dan Firaun. Dah boleh masuk muzium. Zaman sekarang kami ada smart software di dinding rumah yang diberi nama TransmitX, iaitu sejenis panel dinding atau siling yang akan pasang lagu mengikut mood kita."

Eleena terkebil-kebil.

"Ada berapa lagu?" tanya Kamelia.

"Dalam database aku ada lebih 50 juta lagu yang berjumlah 8 exabyte," Adi senyum, sambil mula menyiapkan tulang dari magnesium alloy untuk dipasang ke tangan Nizam.

"8 exabyte...kejap, berapa gig eh?" Kamelia pandang Eleena.

"8 billion gigabyte," kata Eleena.

Kamelia hanya tercengang mendengar kecanggihan sistem audio Adi.

"Lepas ni jangan suruh dia ajak orang lawan gusti lengan. Mampos tangan orang tu berkecai kalau mamat ni genggam kuat," kata Adi, yang mula membedah tangan Nizam yang mulai khayal dengan ubat.

--

Selepas 4 jam, pembedahan tangan Nizam, selesai. Dengan teknologi canggih, segalanya siap dengan mudah.

"Der, kulit kau ni, aku ambik sel kau dan membiakkannya jadi kulit kau. Begitu gak dengan daging kau. Cuma sekarang, tulang kau dah reinforced dengan magnesium alloy. Aku bagi amaran, kalau kau bengang gila ke apa, kau jangan tumbuk, kau jangan apa. Karang mati anak orang. Tangan kau ni, tumbuk dinding, pecah dinding. Jangan ajak lawan gusti lengan, nanti patah tangan orang. Kalau nak toceng..."

Eleena dah pandang panas kat Adi.

"Kalau je, kalau tak nak, takpe. Kalau nak toceng, pakai tangan kau yang lagi sebelah. Karang terpenyek pulak adik kau, dah satu kerja kau kena time travel ke sini untuk aku bikin konek kau," kata Adi sambil tersengih mata kecik je pandang Nizam.

"Berapa lama luka tangan aku nak sembuh ni?" tanya Nizam.

"Tu, dah baik tu. Cepat, kan? Sebab sel-sel kat tangan kau cepat bercantum."

Nizam pandang tangannya dengan perasaan yang kagum.

"Kau nak test? Kejap, aku ambik sebijik periuk," Adi berjalan menuju ke dapur. Dalam dua minit, dia kembali.

Adli Margera: Mencari Si JongosWhere stories live. Discover now