Eleena duduk di kerusi piano lama, seperti sudah lama tidak tersentuh. Dia buka penutup kekunci piano itu, dan dia tekan satu demi satu kekunci piano itu.
Nizam pula jumpa gitar, dan selepas tune gitar, dia bermain lagu Pink Moon dari Nick Drake.
Eleena turut ikut serta, mengikut rentak Nizam.
"Wow, ini macam scene Hafiz dan Nana dalam Awek Chuck Taylor," kata Tanty.
Nizam berhenti main gitar. Dia tergelak, kemudian jeling Eleena. Eleena senyum saja.
"Nak minum?" tanya Tanty.
"Protein sintetik lagi ke?" Nizam ketawa.
"Air kosong je, dari zaman Paleolitik sampai manusia tinggal di angkasa, air tu takkan takde. Evergreen," kata Eleena.
Eleena pandang tingkap. Bangunan pencakar langit setinggi satu kilometer menjulang-julang dari pemandangan Petaling Jaya."Saya dengar dari Adi, zaman ini, hudud dilaksanakan, betul ke?" tanya Eleena.
Tanty cuma jawab haah je. Malas nak cakap panjang.
"Macam mana boleh berlaku?" tanya Eleena.
"Sebab itu saya kena ke tahun 2017 untuk jawapannya," kata Tanty, menghulurkan air suam pada Nizam dan Eleena.
"Macam tu, kenapa kita tak kena apa-apa? Saya ni mana pakai tudung pun," tanya Eleena.
"Malaysia sekarang macam ada pelbagai 'bubble'," kata Tanty.
"Bubble?"
"Ya, pihak liberal akan berkampung di kawasan ini, pihak konservatif berkampung di kawasan lain. Jika awak ke tempat yang konservatif, macam Bangi, Shah Alam atau Putrajaya, mereka akan tangkap awak. Ada banyak polsya di sana. Tapi di sini, kawasan liberal, tak kena apa-apa," Tanty melabuhkan punggungnya ke kerusi.
Nizam dan Eleena duduk dekat.
"Polsya? Polis syariah?" tanya Nizam.
"Ya, disebabkan politik yang berlaku sejak 20, 30 tahun yang lepas. Polarisasi politik berkembang pesat di era sosial media. Apabila politik sudah mula menakluk ruang sosial media, golongan yang sokong satu pihak, akan sokong satu pihak, dan sebelah sana akan tentang pihak tersebut. No more common ground. Ini bertitik tolak dari Perang Dingin Budaya antara liberal dan konservatif sejak tahun 1980an lagi."
"Sebab tu saya benci sosial media," kata Eleena.
"Kedua-dua pihak ada pihak radikalnya. Di sebelah kanan ada radikalis agama, pengawal moral, dan anti reformis, dan yang lagi satu, ada SJW dan antifa yang sering bertembung. Kebenaran berdasarkan pendapat masing-masing, bukan kerana persetujuan bersama," kata Tanty.
"Bukankah lebih baik kalau kita di sosial media cuma share video kucing? Aman dah dunia," kata Nizam.
"Awak kata, awak libertarian. Macam mana tu, Nizam?" tanya Tanty.
"Saya merasakan undang-undang moral adalah tidak perlu, dalam masa sama semua orang ada peluang untuk mencapai potensinya, dan free market, tanpa kawalan monopoli dari satu pihak. Saya percaya kapitalisme yang elok adalah semua orang boleh jual apa yang dia nak jual, tanpa ada sekatan moral atau halangan, tanpa ada monopoli," kata Nizam.
"Jadi, awak percaya pada kapitalisme?" tanya Tanty.
Nizam mengangguk. Tanty kerut dahi.
"Macam mana dengan kebajikan sosial?" tanya Tanty.
"Macam saya kata, semua orang diberi fair shot, barulah boleh capai, tanpa perlu meminta-minta. Kerajaan yang terlalu banyak cukai adalah kerajaan tirani."
YOU ARE READING
Adli Margera: Mencari Si Jongos
Science FictionSewaktu petang di cuti sekolah Sukan SEA, sedang duduk santai, Adli tenang menonton televisyen. Tiba-tiba datang saudaranya ke rumah. Tujuannya untuk menyuruh Adli jaga anak saudaranya yang bernama Rayyan Aqish Danial Hakim, whatever nama budak zama...