Adli tidur di sofa rumah Eleena memandangkan dia tidur di rumah Eleena hari ini. Dia sedar-sedar dah pukul 8 pagi.
"Pagi, Adli," kelihatan Eleena sedang buat air teh untuk sarapan pagi.
"Kau masak apa pagi-pagi ni, El? Ada je benda kau ni surprisekan aku. Macam-macam benda sedap kau reti masak," kata Adli.
Eleena sedang menunggu kuih di dalam pengkukusnya siap masak.
"Wangi gila kuih ni, kuih apa ni?"
"Kanom Nam Dok Mai, kuih orang Thailand. Maksudnya kuih kelapa yang berbau bunga," kata Eleena.
"Pandai pulak kau masak kuih Siam ni, mana kau belajar?" tanya Adli.
"Belajar kat Asian Food Channel," kata Eleena sambil bukak tudung periuk kukus.
"Dah masak dah ni, Tanty dah bangun?" tanya Eleena.
"Belum lagi. Semalam aku tak boleh tidur sebab dia asyik meracau-racau," Adli mula tuang teh.
"Adli...."
"Hah, apa dia?"
"Pergi la gosok gigi dulu."
Strict betul Eleena ni pasal hal-hal macam ni.
"Awak ada berus gigi tak?" tanya Eleena.
"Tak bawak, tak expect tidur sini sebenarnya," kata Adli.
"Ada berus gigi hotel dalam kotak dalam peti bilik air tu, Encik Osman bawak. Yang tu takde orang pakai lagi. Pakai yang tu," kata Eleena sambil menyiapkan sarapan pagi.
Encik Osman pulang ke rumah membawa nasi lemak Sakinah, nasi lemak paling power di Cheras.
"Cik Eleena, saya dah cakap dengan Mr Thomas, dia kata, boleh interview hari esok. Kalau semua dah lengkap, visa boleh siap hari Isnin depan. Itu paling cepat yang saya boleh mintak."
"Ini betul-betul cable kuat ni, Encik Osman. Cepat betul visa siap ni," Eleena ketawa.
"Kalau nak cepat, kena bayar duit visa hari ni lah. Nak saya uruskan ke di Stan Chart?" tanya Encik Osman.
"Ya, untuk empat orang. Visa saya masih hidup lagi," Eleena keluarkan kuih Siamnya dari pengkukus.
"160 dolar kali empat, 640 dolar, maknanya kurang lebih, RM2,700."
Eleena mengangguk.
"Tiket kapal terbang, macam mana, Encik Osman?"
"Singapore-San Francisco, non stop, 1,378 dolar. Flight United. Tapi ada yang lagi satu, Singapore-Narita-San Fran, 885 dolar, naik All Nippon," Encik Osman memerhati harga tiket kapal terbang dari tabnya.
"Kalau dari KLIA?" tanya Eleena.
"Ada tiga, flight dari KL-Guangzhou-San Fran, 763 dolar, China Southern. KL-Shanghai-San Fran, 663 dolar, Shanghai Airlines, lepas tu naik United kat sana. Lagi satu, KL-Hong Kong-San Fran, Cathay Pacific, 784 dolar."
"Saya masalahnya dengan Guangzhou ni kalau nak tunggu mesti lama macam hari tu. Kalau airport dia macam Changi, takdelah dorang bosan sangat."
"Cik nak airport yang mana ni?" tanya Encik Osman.
Eleena fikir lagi.
"Kejap, kejap. Ada flight lalu Haneda?" tanya Eleena.
"Ada tapi lambat penerbangannya. Ada overnight layover."
"Kita ambil Shanghai sajalah," kata Eleena, mengalah. Dia suka airport Haneda.
"Semuanya RM11,140. Tu harga tiket. Visa, RM2,700. Nak tukar duit poket berapa?"
YOU ARE READING
Adli Margera: Mencari Si Jongos
Science FictionSewaktu petang di cuti sekolah Sukan SEA, sedang duduk santai, Adli tenang menonton televisyen. Tiba-tiba datang saudaranya ke rumah. Tujuannya untuk menyuruh Adli jaga anak saudaranya yang bernama Rayyan Aqish Danial Hakim, whatever nama budak zama...