33 - Nizam Mengamuk!

1.1K 59 28
                                    

"Bangun, lekas! Orang-orang Hang Lepar datang menyerang," kata Abang Mat mengejutkan semua orang.

"Cinta, cinta. Bangun. Kampung ni kena serang," kata Eleena dengan nada panik.

"Woi, Jongos! Bangun la, lahanat! Adli terus bagi penyepak tanpa banyak cakap. Nampaknya dia dapat melepaskan geramnya kerana menyusahkan hidupnya sepanjang masa ini.

Kamelia dah bersedia dengan buka langkah, kalau-kalau mereka diserang.

Sebentar lagi beberapa orang membawa obor dan menaiki kuda datang.

"Tok Merah, oohh Tok Merah! Kami datang nak cari betina! Hahahaha!" gelak Hang Lepar.

"Lama dah tak dapat ni," kata Hashim Jagindas, pembantu pada Hang Lepar.

"Weh, tuan Hang Lepar, nampak tak yang itu, yang tu, cantik tu," kata Jais Ketapang yang berbisik pada Hang Lepar, menunjukkan ke arah Eleena.

"Macam ni lah, Tok Merah. Tuan Hang Lepar berkenan untuk tidak bakar kampung tok malam ni. Tapi bagi kami anak dara yang itu, ya, yang ikal mayang lesung pipit gigi taring tu, hahahaha!" kata Hashim Jagindas ketawa.

"Kepala hotak kau!"

Tiba-tiba tercacak buluh mencucuk ke kuda Hashim Jagindas. Jatuh terkelempok dibuatnya.

"Kurang ajar, siapa baling tu?" tanya Hang Lepar.

"Nampak sangat korang ni tak kenal, siapa Adli Margera," kata Adli di atas pokok sambil makan buah jambu. Siap baling ke muka Hang Lepar.

"Kurang ajar punya budak! Tangkap si sial ni!"

"Perempuan tu sekali," kata Hashim Jagindas. Baru tangannya nak capai tangan Eleena, Nizam halang.

"Kau dah kenapa, budak?"

"Cinta, jangan bahayakan diri!" kata Eleena.

Hashim Jagindas baru nak cekup Eleena je, Nizam bagi penumbuk dengan tangan kirinya. Kepala Jagindas tercabut.

"Mari, kalau berani. Kau semua jangan rapat dengan girlfriend aku!"

Semua datang menyerang Nizam, tapi dengan satu tumbukan sahaja, sudah mampu membunuh orang.

Kamelia turut membantu Nizam dalam melindungi Eleena.

Sementara Adli menjadi ketua pada budak-budak dalam melastik buah gatal pada geng Hang Lepar.

Nizam cabut jantung Jais Ketapang depan mata Hang Lepar, terkejut bagaimana budak muda ini mempunyai ilmu yang begitu power.

"Jangan...kacau...awek...aku! Aku akan pastikan takde siapa boleh kacau awek aku!"

Nizam melompat dan terus menumbuk beberapa orang lagi.

"Eleena, berdiri belakang saya," kata Kamelia yang menerajang beberapa orang yang menyerang.

Tetapi Hang Lepar berjaya menangkap Eleena dan terus membawanya menaiki kuda.

"Tolong, tolong!" jerit Eleena.

Adli lastik bontot kuda itu dengan biji buah gatal tadi tepat. Ini kerana kemahiran memanahnya cukup power.

Cuma Suria yang lebih power darinya.

Nizam terus menumbuk ke bumi menyebabkan gempa bumi melanda.

"Woi budak, kau tak kenal siapa aku! Aku Hang Lepar...."

"Diamlah!" Nizam terus tampar Hang Lepar dan terpusing terpelanting dia dibuatnya.

Tetapi Hang Lepar baling pasir ke arah Nizam, dan cermin matanya jatuh.

Adli Margera: Mencari Si JongosWhere stories live. Discover now