Mereka berenam duduk di tepi unggun api sambil ketawa dan membahan antara satu sama lain.
Si Jongos pula sedang main sorok-sorok dengan Fatimah. Bukan main sweet pulak dua orang ni walaupun jarak umur macam warit dengan oneng-oneng.
Tak tahu warit tu apa? Atok kau punya atok. Oneng-oneng tu kau.
Mereka semua kebanyakannya orang dari kaum Mendailing. Ada yang dari Minangkabau, ada yang dari Melaka. Sebab itu ada Kampung Melaka di jalan menuju ke Langat.
"Aku ingatkan dapat la makan sedap-sedap sebab ke zaman klasik, rupanya makan ubi rebus je sebab zaman perang," kata Adli.
"Kau ni suka sangat komplen pasal makan la. Bersyukurlah sikit," Kamelia menyanggah.
Nizam dan Eleena share ubi rebus sama-sama. Eleena tiup ubi tu untuk suapkan ke Nizam. Nizam pun tiup ubi untuk disuap ke mulut Eleena.
"Awak berdua ni memang macam belangkas, eh?" tanya Tanty.
"Tak, belangkas yang macam kami," Eleena ketawa tutup mulut.
Kamelia jeling ke arah Ray. Dia rasa dia harus meluahkan perasaan yang dipendamnya selepas sekian lama.
Tapi, Ray tak nampak langsung macam ada perasaan dengan dia.
"Tapi, macam mana kita nak ambik mesin masa kita dari Hang Lepar? Dengar kata dari orang kampung, dia ni jahat macam Pol Pot," kata Adli sambil mengunyah ubi rebus.
"Benda tu pun aku tak tau rupanya macam mana. Ke sama bentuknya macam yang kita naik tu, Tanty?" tanya Nizam.
Tanty diam. Dia berfikir, mungkin susah nak dapatkan benda itu kalau mesin masa tu di tangan Hang Lepar.
"Macam la dia reti guna mesin masa tu pun? Zaman ni telefon pun belum ada. Orang masa ni berhubung pakai apa eh?" tanya Adli.
"Pakai surat. Tapi setahu saya, Morse Code dah ada. Tapi saya tak pasti kalau-kalau Hang Lepar dah pandai guna," kata Eleena, sambil suap ubi pada Nizam.
"Kena ambik jugak doh. Kalau tak, sampai bila nak duduk sini?" kata Adli.
"Nampaknya kena guna kepakaran awak la, cinta. Cuba awak cerita, kenapa awak jadi pakar menyelinap ni?" tanya Eleena.
"Dulu, masa saya darjah empat, masa tu saya tertinggal bas...."--
Nizam pada darjah empat
"Ala pakcik Aris ni, langsung tak tunggu!" kata Nizam sambil hentak kaki. Dia bawak beg yang lagi berat dari tubuhnya sendiri. Masa kat sekolah lama di Sungai Kantan, dia mendapat gelaran Nizam Kepeng, kerana badannya yang kepeng iaitu kecik dan kurus.
Nizam menyumbatkan telinganya dengan MP3 player, sambil tenang menunggu bas Intrakota yang akan melalui kawasan sekolahnya untuk dia pulang ke rumah.
Tiba-tiba ada seorang kakak menyapanya dari tepi.
"Adik, nak gula-gula tak?"
Nizam buat bodoh sebab tengah feel layan lagu Panic At The Disco - The Only Difference Between Martyrdom and Suicide Is Press Coverage.
Zaman emo memang title lagu panjang-panjang.
"Adiiiiiikkkk...."
Kakak tu melambai-lambai. Dia selak rambut emo panjang depan Nizam.
"Ha, apa dia?" barulah Nizam bukak earphonenya. Dia ni kalau dengar muzik, Armageddon pun dia boleh buat rileks.
"Nak gula-gula tak?" tanya kakak tu.
"Apa standard gula-gula. Ingat kita ni budak tadika ke? Kakak kalau nak belanja kita, paling koman pun la, belanja la kek Secret Recipe," kata Nizam dengan tenang.
YOU ARE READING
Adli Margera: Mencari Si Jongos
Science FictionSewaktu petang di cuti sekolah Sukan SEA, sedang duduk santai, Adli tenang menonton televisyen. Tiba-tiba datang saudaranya ke rumah. Tujuannya untuk menyuruh Adli jaga anak saudaranya yang bernama Rayyan Aqish Danial Hakim, whatever nama budak zama...