Tanty tersedar dia tidur atas meja selepas semalaman dia menyiapkan kiraan tepat untuk menggunakan mesin masa yang dibina oleh Professor Robert Halley. Tanty tersedar sebab mendengar Laura bercakap dengan seekor dinosaur pemakan daun yang jinak dan mesra bernama Denver, The Last Dinosaur.
Mesti korang pembaca semua salah sangka dengan Tanty kan? Kau ingat Tanty ni orang macam tu ke? Dia setia dengan Alif Akbar la.
Apa benda dalam almari Ray tu, Adli tak beritahu pulak.
"Mana dorang semua? Ala, semua dah keluar ke?"
Tanty duduk kat luar, termenung sorang-sorang.
"Keluar tak ajak," Tanty tongkat dagu seorang diri. Dia sedar dia cuma seorang penumpang di zaman yang berlainan. Tapi ini semua Jongos punya pasal. Kalau dia tak rembat mesin masa Tanty, takdelah perlu dia berada dalam cerita ni.
Kejap lagi kereta Ray pun sampai untuk membeli barangan untuk masak char kuey teow yang akan dimasak oleh Adli.
"Woi, Tanty, termenung apa?" jerit Adli.
"Keluar tak ajak," kata Tanty.
"Kau bangun pukul berapa pulak nak kitorang pergi pasar."
"Awak tidur mana semalam?" tanya Eleena.
"Saya sibuk buat kiraan untuk ke 1874. Tapi saya masih gagal untuk menyelesaikan masalah loop bila kita travel nanti. Kalau mesin masa yang dicipta oleh Professor Mohan, boss saya tu, takdelah masalah loop," kata Tanty.
"Loop?" tanya Adli.
"Loop ni macam katakan kita pergi ke masa lain, nanti kita kembali, takut kita bertembung dengan diri sendiri. Bila kita bertembung dengan diri sendiri, atom-atom dalam badan kita akan berpecah," kata Tanty.
"Maksudnya, kita meletup lah?" kata Adli.
"Jadi adakah kita perlu ke tahun awak untuk bertemu dengan Professor Mohan di tahun 2057 untuk selesaikan masalah ni?" tanya Eleena.
"Awak semua okay ke?" tanya Tanty.
"Fuh, dia punya plot twist," Nizam tercengang.
"Peh, power gak tengok masa depan ni. Jap, ada kereta terbang tak?" tanya Adli.
"Jangan nak merepek la. Yang ada cuma driverless car atau plane," kata Tanty.
"Kita bincang kat dalam," kata Eleena.
--
Adli pakai apron dan topi untuk menunjukkan dia seorang tukang masak yang berdisiplin.
"Okay puan-puan, hari ini kita nak masak char kuey teow gaya Adli Margera. Bahan-bahannya, kuey teow lah. Kalau takde kuey teow, bukanlah namanya char kuey teow, betul tak? Kicap pekat, udang, kerang, telur, minyak masak...weh, ni minyak apa ni? Minyak canola?" tanya Adli.
"Lebih menyihatkan," Eleena tunjuk dua ibu jari bagus.
"Bahan-bahan tumisnya, cili merah, bawang merah ye puan-puan, bawang putih, dan sedikit garam, oh jangan lupa sedikit air asam jawa untuk potong pedas dia sikit. Amacam, ada skill tak aku potong?" tanya Adli.
"Beb, jangan banyak cakap lah. Aku tengah rekod video ni," kata Ray.
"Mula-mula, kita blender semua bahan tumis kita sampai lumat," Adli tekan mesin pengisar. Dia kemudian tuangkan bahan tumis tadi ke dalam mangkuk.
"Kita panaskan api ya, puan-puan."
Kamelia ketawa terkekek-kekek.
"Kau kenapa gelak, Kam? Serius la sikit, ini Chef Adli tau!" kata Adli dengan separuh tegas separuh manja.
YOU ARE READING
Adli Margera: Mencari Si Jongos
Ciencia FicciónSewaktu petang di cuti sekolah Sukan SEA, sedang duduk santai, Adli tenang menonton televisyen. Tiba-tiba datang saudaranya ke rumah. Tujuannya untuk menyuruh Adli jaga anak saudaranya yang bernama Rayyan Aqish Danial Hakim, whatever nama budak zama...