27 - Protein Sintetik

1.1K 69 12
                                    

Saat Kamelia melangkah ke dalam rumah, hatinya rasa macam dekat dengan rumah ni.

Kamelia pandang Ray, yang pandang segenap ke atas.

"Macam kenal rumah ni?" kata Ray.

"Ye lah, I pun rasa macam tu," Kamelia cuba fikir apa yang Ray rasa.

"Design mungkin tukar pakai fiber dan glass panel, tapi, macam kita kenal lah rumah ni," kata Ray.

Kamelia terus naik ke tingkat atas.

"Oh my..." kata Kamelia.

"Kenapa?" tanya Ray.

"Rumah ni dah renovated sampai tak cam, but..."

"You fikir apa yang I fikir?" Ray pandang Kamelia.

"This is my house!" Kamelia tak sangka, pada tahun 2057, rumahnya jadi milik rumah Professor Mohan.

"You tau ke nak bukak pintu ni?" tanya Ray.

"I tau la," kata Kamelia. Walaupun pintu biliknya berkunci, tapi dia tau cara nak buka pintu rumahnya. Dengan menggunakan cungkil di tepi pintu, dia dapat membukanya.

"You see, nampak tak kesan kayu ni, back when I was young, ni I yang cungkil," kata Kamelia.

Kamelia melangkah ke bekas biliknya yang telah lama dia tinggalkan.

Kamelia tersenyum, dan mengimbas memori lamanya, melihat almari baju lamanya masih lagi ada.

"Kam, kenapa awak masuk bilik ni?" tanya Eleena, yang sudah berada di depan pintu.

"Eleena, ini rumah lama saya. Cuba tengok ni," Kamelia tunjuk kesan cungkilan pada almari lamanya. Tertulis "KAMRAM 2008" serta sticker band Hujan gambar payung yang sudah buruk.

Gambar lukisan Emily The Strange juga menghiasi almari itu.

"Siapa lukis ni, awak ke?" tanya Eleena.

"Emily The Strange ni? Rasanya Sarah," kata Kamelia.

Mereka bertiga terjumpa kertas conteng Kamelia masa darjah dua.

"Sejak kecik lagi awak dah pandai melukis, ya?" kata Eleena.

Tanpa sedar, air mata Kamelia menitis.

"Kenapa, Kam?"

"Baru teringat, masa lukis gambar ni semua, teman ibu kat hospital, ibu tengah sakit."

Eleena peluk dan gosok belakang Kamelia. Eleena faham apa perasaannya tiada ibu di sisi.

"Ibu, Kam rindu ibu..."

"Saya pun rindu ibu saya, Kam."

"Awak ingat rupa ibu awak?" tanya Kamelia.

"Saya kecik sangat. Saya ingat melalui gambar-gambar arwah ayah, itu sahaja. Tapi dia seorang yang manis, sentiasa tersenyum. Kesian Edry, tak pernah dapat jumpa ibu," kata Eleena.

"Saya pulak, ayah bercerai dengan ibu, sebab ibu lari dengan perempuan lain, selepas krisis ekonomi 2008, ayah jatuh miskin, dan dia keluar dari rumah," kata Ray.

Ada sekeping gambar dalam almari.

Kamelia pandang gambar yang terselit dalam almari. Gambar keluarga yang pakai baju Melayu dan baju kurung. Mungkin gambar hari raya.

"Gambar bila ni?" tanya Eleena.

"Hari Raya, 2008. Raya terakhir sebelum ibu pergi," kata Kamelia, lap air mata.

"Ni Sarah dengan awak, kan?" tanya Eleena.

"Used to be friends," kata Kamelia.

Ray pandang Kamelia dengan pandangan yang kurang jelas.

Adli Margera: Mencari Si JongosWhere stories live. Discover now