31 - Kampung Sungai Raya

1.1K 61 8
                                    

"Mereka datang, mereka rompak, mereka culik, rogol, bunuh, bakar segala rumah di kampung ini. Mereka tuntut Tunku Kudin bayar mereka. Tapi tak dilayan. Mereka terus mengamuk, dan serang kami, penduduk kampung tak berdosa," kata Sabariah sambil lap air mata.

"Boleh saya tahu, mana pergi orang kampung yang lain?" tanya Eleena.

Sabariah diam. Mungkin masih tidak mempercayai lagi mereka berenam.

"Hmm, same old, same old," Kamelia geleng-geleng kepala.

"Pundek la Jongos ni. Pergi tahun Selangor ada perang saudara buat apa? Pergi la zaman P Ramlee ke, zaman punk ke. Menyusahkan orang betul," Adli dah semak.

"Ada nampak tak sejenis mesin..." tanya Tanty.

"Kau tanya buat apa? Zaman ni mana ada mesin. Kau ni nama je time traveller, benda macam ni pun tak tau," Adli menggaru-garu kepalanya. Runsing kerana masih mencari Jongos dan Billie Joe.

"Kejap, Kampung Sungai Raya kat mana?" tanya Nizam, tiba-tiba.

Sabariah terus terkejut.

"Macam mana kau boleh tau ni?" tanya Adli.

"Sungai Balak kan nama Melayu kepada Balakong. Jadi, kalau ikut logik, Balakong dengan Batu 9 dekat je. Tu kampung paling dekat. Kalau kau ingat hasil kajian Edry dulu masa Rumah No.6, Kampung Perimbun wujud lepas jalan federal Cheras tu siap under British. Jadi aku assume la Kampung Sungai Raya dah wujud," kata Nizam, tenang.

"Wah, bijaknya cinta saya," Eleena senyum.

"Nampak tak pokok cempedak kat sana? Arah situ, terus sampai ada kayu pacang warna merah, belok kanan. Kemudian, Kampung Sungai Raya tepi sungai kecil, rumah tok penghulunya warna merah. Tok Merah namanya," kata Sabariah, menunjuk jalan.

"Terima kasih ya, Sabariah. Sabar, ya. Ini semua ujian," Eleena peluk Sabariah sebelum bergerak.

--

"Menyusahkan aku betul la si Jongos ni, patutnya cuti sekolah ni aku boleh lepak-lepak rumah sambil tengok Sukan SEA, datang Jongos ni, bawak bala. Bala, bala kau tau tak!" Adli bertempik. Tertekan dia dibuatnya.

"Kau marah-marah Jongos kat sini bukannya dia dengar pun," kata Kamelia.

"Aku jumpa je budak tu, aku shoot kepala dia, memang aku bagi Tony Jaa," Adli menggaru siku. Gatal. Nyamuk banyak.

"Tak sangka semua ni hutan dulu ya?" kata Kamelia.

"Dah tu, kau ingat masa zaman Jurasik dulu, dah siap dah Bangunan Telekom, masjid, dah ada Cheras Perdana? Fikir logik la Kam. Ni tahun 1874. Semua ni hutan lagi masa ni," Adli dah semak kepala.

"Adli, cempedak."

Adli jeling Kamelia.

"Tu cempedak orang punya la tu. Kau jangan buat pasal. Mesin masa kita dah la parking jauh. Weh Tanty, kau takde rasa nak letak roda ke kat mesin masa kau? Kalau dia tak gerak ikut masa, at least boleh buat macam kereta sorong," kata Adli.

Tanty gelengkan kepala. Dia rasa Adli ni macam semak kepala otak dia.

"Kau kenapa dari tadi senyap, Ray?" tanya Adli.

"Kau tak penat ke dari tadi bercakap? Penat kot berjalan," kata Ray.

"Ye lah, skrip kau macam kurang je."

"Aduh!" kaki Eleena terpelecuk.

"Korang, jap!" kata Nizam.

Nizam pegang kaki Eleena.

Adli Margera: Mencari Si JongosWhere stories live. Discover now