Lagu California Kids dari kumpulan Weezer berkumandang dalam radio imaginasi Nizam saat dia berjalan berpimpin tangan dengan Eleena di Baker Beach. Sambil belanja Eleena makan gula-gula kapas, tangan mereka seolah-olah tidak mahu dilepaskan.
"Jom, kita naik kereta kabel lepas ni, jalan-jalan kat Mission Street?" tanya Eleena.
"Awak nak pergi tempat LGBT tu nak buat apa?" tanya Nizam.
"Sajaaaaaa....nak buat surprise kat Kam!"
Gulp! Nizam telan air liur. Lain macam je bunyi Eleena ni.
"Takdelah semua benda kat situ LGBT je, cinta. Banyak lagi benda kat situ. Lagipun kan, kat situ ada jual...."
Eleena bisik-bisik kemudian ketawa kecil.
"Serius ke awak nak macam tu?" tanya Nizam.
Eleena hanya ketawa, tapi macam tinggalkan klu.
"Kita duduk kejap! Fuh, penatnya kalau berjalan kat San Francisco ni. Berbukit-bukit!" kata Eleena.
"Bak sini kaki awak, biar saya urut," kata Nizam.
"No, no, no. Kalau saya turn on kat sini, siapa susah?" tanya Eleena.
"Ye ke, jap nak test."
"Janganlaaa...tak naaaaak."
Tiba-tiba datang beberapa orang lelaki nak tarik tangan Eleena.
"Hey you little quirk, get off from her," kata lelaki tadi.
"Hey, get off my hand!" jerit Eleena.
Nizam terus swing tangan kirinya tepat ke pipi lelaki tadi. Tercabut gigi terus.
Tapi kawan lelaki tadi terus keluarkan pistol dan tembak dada Nizam, dan tangan Nizam terhempas ke tanah, lalu mencetuskan gegaran yang kuat.
"Shit, it's an earthquake!"
Gempa bumi berlaku di San Francisco adalah perkara normal memandangkan garisan Lingkaran Api Pasifik melalui kawasan di San Francisco.
Tetapi tumbukan tangan kiri Nizam ke tanah yang ada Lingkaran Api Pasifik mencetuskan gempa bumi yang kuat.
Semua bangunan runtuh, dan tanah mulai merekah.
"Cinta!" jerit Eleena yang melihat Nizam menekan dadanya yang sudah merah dibasahi darah.
Ada satu tiang mulai jatuh ke arah Nizam, dan Eleena terus mendakapnya, lalu kedua-duanya saling berpelukan dalam runtuhan.
"Cinta, kalau cinta pergi, bawa saya sekali," kata Eleena dalam kesakitan.
Gempa bumi berlaku selama 15 minit dan hampir separuh bandar San Francisco musnah. Kebakaran dan bangunan runtuh di mana-mana.
Satu lagi tiang menghempap kepala Eleena. Mereka berdua mati dalam dakapan cinta mereka.
--
"Fuh, penat betul aku panjat bukit ni. Aku rasa ni mesti bukit sekolah Taman Cuepacs nanti," kata Adli menuju ke sebuah rumah atas bukit milik Hang Lepar.
"Itu dia mesin masa kita! Yessss!" kata Tanty.
"Jap, jap. Cuba kau check, ada apa-apa benda rosak ke, karang mampos juga aku sangkut kat 1874 ni. Aku dah la nak tengok Farah Ann ni," kata Adli.
"Dorang cuba umpil besi ni, tapi besi ni terlalu kuat untuk mereka bukak. Jadi, mereka give up, dan tak buat apa-apa," Tanty periksa mesin masanya. Tiada cacat cela. Boleh digunakan untuk kembali ke tahun 2017.
Tanty set koordinat untuk ke tahun 2017, dan depan rumah Ray. Tanty tekan butang merah dan mesin masa itu bergerak menuju ke tahun 2017.
Mereka tiba di rumah Ray dan terkejut dengan melihat apa yang terjadi.
YOU ARE READING
Adli Margera: Mencari Si Jongos
Science FictionSewaktu petang di cuti sekolah Sukan SEA, sedang duduk santai, Adli tenang menonton televisyen. Tiba-tiba datang saudaranya ke rumah. Tujuannya untuk menyuruh Adli jaga anak saudaranya yang bernama Rayyan Aqish Danial Hakim, whatever nama budak zama...