18 - San Francisco

1.2K 60 17
                                    

"Cinta, bangun, dah sampai San Francisco," Eleena kejut Nizam yang sepanjang masa asyik tidur kalau travel.

"Peh, ni kalau mak aku tau aku pergi Amerika ni, mesti jem dia punya," kata Adli.

"Kam, dah sampai," Tanty pegang bahu Kamelia. Tetapi Kamelia termenung jauh. Dia masih teringat peristiwa masa dia nampak Ray dengan Sarah dulu.

"Kam, awak nak duduk dalam kapal terbang ni lama-lama ke," tanya Eleena.

"Oh, dah sampai rupanya," Kamelia tersedar dari lamunannya.

Jam di San Francisco baru pukul 6 pagi hari Selasa. Badan mereka jadi confused dengan waktu.

"Kau tau tak Kam, aku rasa aneh? Aku rasa seumur hidup aku, inilah hari yang paling panjang dalam hidup aku. Kita bertolak dari KL hari Selasa 1 pagi, sampai Tokyo pukul 9 pagi waktu Jepun, tiba-tiba kita baru pukul 6 pagi kat sini. Aku jadi confused," kata Adli.

Kamelia malas nak layan sangat. Badannya yang letih menyebabkan dia fikir nak cari bantal je.

Pegawai imigresen Amerika Syarikat memeriksa setiap beg mereka bagi memastikan tiada bom atau sebarang bahan terlarang yang dibawa oleh mereka.

Eleena berbual dengan pegawai imigresen tersebut dengan tenang. Dia sebenarnya dah biasa dengan karenah birokrasi jabatan imigresen ni.

"How long you will stay in United States, miss?"

"3 weeks, sir."

"Where did you stay?"

"I'm staying at my friend's house in Alameda."

"Did you ever commit the crime that we listed here, miss?"

"No, no at all."

Pegawai imigresen itu cop passport Eleena dan membenarkan Eleena masuk ke Amerika Syarikat.

--

"Ha, Kam, apa lagi, contact lah Ray," kata Eleena.

"Dah hantar mesej tapi tak reply," Kamelia garu kepala.

"Nak buat macam mana ni? Kita cari dia kat airport ni?" kata Tanty.

"Engkau ni gila ke nak cari orang yang kita tak kenal kat airport," kata Adli.

Mereka berlima sedang menunggu bagasi mereka.

"Zam."

"Hnnnggghh!" Nizam yang masih mengantuk malas nak layan Adli, mencangkung sambil tidur ayam.

"Kau ni asyik tidur je. Kat Jepun kau tidur, kat sini kau tidur," Adli komplen.

"Aku mabuk jalan la! Mana aku tau sistem badan aku function macam ni, haih," Nizam mengaruk sambil mamai tidur.

"Dah la allergik makanan, mabuk jalan la pulak, cap ayam betul badan kau ni. Ajak Ail lagi best, weh Kam," Adli dah give up kacau Nizam, dan tukar ke Kamelia pulak. Kamelia pulak tengah serabut tak dapat contact Ray.

"Eleena," Adli cuba tarik perhatian Eleena pulak.

"Ya Adli?"

"Kau kalau perasan kan, mesin bagasi ni macam tempat sushi tu, kan? Aku rasa siapa yang design mesin sushi ni mesti dapat idea kat airport," kata Adli.

"Awak teringin makan sushi ke, Adli? Masa kat Jepun tak sempat pulak," kata Eleena.

"Kat Amerika ni takkan takde sushi. Mesti ada punya," kata Adli.

"Dah, jangan borak, tu beg kita tu, ambik," Tanty potong perbualan Adli dan Eleena.

"Dapat, Kam?" tanya Eleena.

Adli Margera: Mencari Si JongosWhere stories live. Discover now