Ong Seungwoo's
Hampir sebulan bekerja dengan Kai , bapak si Haera ni banyak juga aku tahu tentang Haera tu . Dari segi umpatan , kutukan dan dari mulut P.A Kai itu juga buatkan aku tahu serba sedikit pasal si Haera aka Tzuyu aka Christine tu .
Huh , yang tak boleh bla nya makcik-makcik kakak-kakak kuat mengumpat ni lah . Aku yang dikira kaki kepochi ni juga join dengar diorang mengumpat . Ala , ini pon sebab nak tahu tentang perempuan itu juga . Dan pastinya , Kim Haera itu akan jatuh ke tangan aku . Dan saat itu juga Kim Rowoon hapus ditangan aku juga .
Hehe , nampak macam friendly kan aku ni ? Padahal sebaliknya *blackmoon*
Noona Shin tu selalu je serabut aku tengok dia sebab banyak kerja Ceo syarikat ni dia yang kena buat . Kononnya bos tengah serabut sebab anak hilang . Usaha macam tak ada je gamaknya si Kai tu .
Nak merudum lagi ke macam sebelum ni ? Hampir bankrup kerana perempuan simpanan dia dulu . Sekarang abaikan lagi tentang hal syarikat .
Tak pe Kim Rowoon . Kalau bukan sebab Haera , aku tak bersungguh macam sekarang . Tapi aku memang dah lama nak jatuhkan kau .
Disebabkan kau juga aku dibuang sekolah oleh sekolah jahanam tu . Aku dituduh cuba merogol pelajar junior . Haha itu lawak . Tapi akhirnya siapa yang kena rogol ? Fikir-fikirkan ok
Aku akan balas semuanya balik Rowoon! Aku dah buat kau menderita dengan kehilangan ahli keluarga kau dan suatu hari nanti orang yang kau sayang pula akan tinggalkan kau . Atau kau yang tinggalkan dia ?
*****************************
Tzuyu & Rowoon's
Tzuyu sedang berperang didapur untuk menyediakan sarapan untuk buah hatinya itu .
Ketang ketung ketang ketung bunyi sudip dan kuali kedengaran . Cara dia memotong juga amat laju seperti chef . Haruman masakannya juga sedap hidung membau .
Nasi goreng kampung .
Dari masak nasi goreng kimchi je , baik masak benda baru pulak . Itupon , amah appanya yang ajar cara-cara memasak nasi goreng kampung . Afifah Nasir tu handal juga bab masak nasi goreng ni . Tapi yang sadisnya nasi goreng dia serupa rasa air tangan bangla yang masak dekat medan selera Aeon .
Tak sedap tapi nampak menarik .
Sedang Tzuyu membasuh sayur-sayur yang dipotongnya tadi disinki , ada satu atau sepasang erk (?) sedang melingkar ke pinggangnya .
" Morning Mrs.Rowoon " tegur Rowoon lalu meletakkan dagunya ke atas bahu Tzuyu .
" Mrs.Rowoon ? To be lah . Belum kahwin lagi la " kata Tzuyu .
" Jadi jom kita kahwin ? " Rowoon menayang senyuman manisnya itu selepas berkata demikian .
" Kita kena minta restu dulu baru bahagia kehidupan kita as suami isteri . So saya nak kahwin lepas dapat restu dari my parents "
" Sayang taknak kahwin dengan oppa kan ? Sebab tu cakap macam tu ? " balas Rowoon dengan wajah masam mencuka .
" Aik siapa kita ? Betul apa saya kata . Restu dari ibu bapa tu penting . Kalau kita kahwin tanpa restu dari ibu bapa , rasa bahagia kita tu akan hadir sekejap je . Biasanya lelaki lah yang akan rasa tu dulu . Masa tu juga oppa akan curang dengan sayang n then bercinta senyap-senyap dengan perempuan lain . That's means lah sayang cakap restu itu yang penting "
" Hm kalau macam tu oppa jumpa uncle Kim Jong In lah . Nak minta restu kahwin dengan anak perempuan dia yang lawa ni "
" Euw gatal . Oppa , sampai bila oppa nak kurung Haera dekat sini ? Tak terasa nak bebaskan Haera ? Haera rindu appa , mama n oppa "
" Belum masanya lagi "
******************************
Hari ini adalah hari yang bermakna bagi Ong Seungwoo .
Birthday dia ke ? Bukan dah lepas ke ?
Bukan lah! Hari yang bermakna bagi dia adalah hari untuk jatuhkan Kim Rowoon
Begitu juga Jaehyun dan Jihyo . Mereka juga melakukan pada hari yang sama . Tetapi mereka tidak bersubahat dengan Ong Seungwoo itu .
Lebih kepada pertemuan yang tidak disangka .
Macam sengit je keadaan nanti . Dengan Jihyo yang cepat kecoh , boleh rosak segala rancangan mereka nanti . Bahkan bukan Jaehyun dan Jihyo sahaja yang kesana nanti , tetapi Johnny & the geng pon turut sertai .
Dah macam COC gamaknya.
K.
YOU ARE READING
I MISS YOU [S1+S2]
Romance++ Season 2 is coming . " Tak semua kenangan yang kita ada indah " " Saya sayangkan awak . Tolong jangan tinggalkan saya lagi " " Terima kasih sebab masih sudi nak bersama dengan aku " " huh nak beranak " Heh akhirnya aku pandai buat sinopsis r...