Part 21

49 2 0
                                    

Final exam dah habis , dan hari ini aku dalam perjalanan ke airport untuk menyambut kepulangan oppa aku . Dan selepas itu kami akan pulang ke rumah untuk meminta izin ke Korea semula .

Dan kasihan betul dia tu , tunggu aku lama sangat kot sampai berkerut-kerut muka dia tahan marah . Dia bangkit dari kerusi tempat menunggu itu dan terus meluru kearah aku .

" Yah Haera! Wae lambat ha? " tanya Winwin oppa yang sudah pon membuat mukanya yang hendak merajuk itu .

" Jammed lah oppa . Lagipon oppa boleh kot video call dengan awek oppa tu dulu sementara tunggu Haera sampai "

" Data tak de " ouh sadihnya . Patutlah macam nampak nak mereput je tadi . Oppa aku ni dah lah keding je . Sheksi kemain duh
" Jom lah . Mama dah tunggu dekat rumah " ajakku .

" Mama masak apa? " tanya Winwin oppa.

" Mama buat hamburger "

" Huh?! " oppa mengeluh dan juga aku . Mama dah lupakan kimchi , jjajangmyung (?) , tteoboki dan ramen dan sebagainya .

Sejak berpindah disini , kami jarang makan nasi atau memang dah tak makan nasi lagi . Tekak kami hanya disumbat makanan barat yang kurang mengenyangkan ini .

**************************************

Setelah mendapat kebenaran dari mama untuk pulang ke Korea , akhirnya mama akur .

Pada mulanya mama tidak mahu kami pergi tetapi pelbagai alasan yang kami beri , akhirnya mama beri kebenaran juga untuk tinggal disana .

Mama dan papa Lee menghantar kami ke Airport . Dalam hati kami berasa syukur kerana akhirnya plan kami menjadi dan lagi satu jam sahaja lagi flight kami tiba .

Oh! Mereputnya . Oppa mengajak aku ke Starbucks sementara menunggu flight kami yang bakal tiba sejam sahaja lagi . Aku membeli Raspberry Caramel Macchiato manakala oppa Winwin pula Chocolate Chip sahaja . Katanya , minuman itu sahaja sudah banyak USD yang perlu dikeluarkan .

Aku sarankan rasa raspberry caramel macchiato tu . Oh sedap sehinggakan sekarang aku masih terliurkannya 🌚

Selepas sahaja kami selesai menikmati minuman yang penuh dengan kemanisan itu , kami terus ke tempat ruang menunggu dan sambil-sambil itu aku ke kedai coklat untuk buat bekalan yang semestinya wajib aku bawa .

Eh terjumpa pepero gambar EXO! Harus ku beli juga pepero ini . Mana tidaknya , Kai aku berada disitu . Eh sekejap , nama artis popular itu mirip nama samaran bapak aku . Dengar cerita sebulan yang lalu , dia dan kekasihnya sudah pon putus . Oh baguslah! Boleh aku meroyan sorang-sorang berkahwin dengan dia .

*********************************

Penerbangan ke Korea ini sungguh menyakitkan punggung aku . Duduk terlampau lama dan Winwin oppa langsung tak kasi aku bergerak kesana sini . Aku tahan sakit perut pon ada sekarang ini .

Dan selepas sahaja turun dari flight , tandas tujuan utama aku dahulu . Aku dah tak tahan!

********************************

Dengan menaiki Uber ,

Eh Korea dah wujud uber ke belum ?

akhirnya kami sampai betul-betul dihadapan rumah agam appa .

Kami berdua berdiri kaku tanpa sebarang pergerakan . Sehinggakan Afifah Nasir , amah appa atau senang cerita orang gaji appa yang berasal dari Malaysia itu terperasan akan kami terus sahaja dia kearah kami .

Dengan loghat english dia yang agak berterabur itu , terus sahaja Winwin oppa membalasnya dengan lancar sehinggakan orang gaji appa yang akononnya lidah mat salih itu terkelip-kelip matanya mendengar english kami yang sangat lancar .

HAHA kami tidak riak

" Siapa tu Pipah woi?! " jerit appa dari pintu rumah itu .

Gadis yang bernama Afifah Nasir itu terus membalas jeritan appa

" Katanya anak tuan "

" Bawa dia masuk pipah . Panas-panas macam ni nanti anak-anak aku naik jerawat macam kau . Terus tak lawa anak aku tu nanti "

Afifah Nasir yang mendengar ayat kutukan majikannya itu hanya menyumpah seranah didalam hati sahaja . Tahulah dari satu keluarga itu Visual lines .

Dan aku baru perasan sebenarnya hakhakhak...

" BAIKLAH TUAN . Masuk ye dik " jemput Afifah Nasir selepas menyahut kata majikannya itu tadi .


Kami bersalaman dengan appa dan appa pula yang melebih cium sana cium sini . Tak apa , dia bapak aku .

" Appa , kami akan tinggal disini " kata Winwin oppa kepada appa dengan menayangkan senyuman manisnya itu .

" Bagus lah macam tu appa memang nak kamu berdua tinggal dengan appa . Omma tahu ? "

" tak " kami menjawab serentak .

" Tak apa . PIPAH OO PIPAH , sediakan bilik anak aku ni "

Orang gaji si pipah nasir itu terus berlari kearah kami dan menunduk kepala memandang lantai menunjukkan hormatnya .

" Baik tuan "




Maafkan aku afifah nasir 😹😹😹😹😹😹😹😹😹😹😹😹😹😹😹😹

I MISS YOU [S1+S2]Where stories live. Discover now