Beberapa bulan kemudian,
Aku sentiasa menantikan Rowoon . Jikalau dia masih hidup atau sudahpun mati , aku percaya yang dia sentiasa disisi aku . Dan selepas ini jika dia muncalkan diri , aku tetap akan terima dia seadanya . Setiap perkara mesti ada sebabnya kenapa dia terpaksa tinggalkan aku buat sementara .
Dengan perjanjian antara syarikat Ong's dan juga appa aku , aku sudahpun terikat dengan perjanjian tahi mereka . Kata uncle Ong , jika appa mahu berkolaborasi dengan syarikat dan jika appa berjaya untuk berkolaborasi dengan syarikat mereka , appa perlu mengahwinkan aku bersama anak lelakinya Ong Seungwoo .
Muka dia nampak baiklah juga . Tapi aku pelik , kenapa bila aku cuba untuk tolak tawaran bapak si Seungwoo ni , dia mesti nak mengamuk tak tentu pasal . Ini belum jadi suami lagi dah tunjuk perangai sebenar . Orang dah tak nak , cari lah yang nakkan kita .
Walaupon aku akan berkahwin dengan Seungwoo itu , aku percaya bahawa Rowoon masih hidup lagi . Dan aku berharap masa hari perkahwinan aku nanti , Rowoon datang untuk rosakkan majlis tahpape tu .
Seungwoo & Haera Wedding Day's
Aku merenung cermin sedalam-dalamnya kerana tidak percaya kerana hari ini adalah hari perkahwinan ku . Tiba-tiba pintu bilikku dibuka seseorang .
" Dah sedia sayang ? " tanya appa .
" Appa . Betul ke apa appa buat ni ? Dan betul ke keputusan Haera kahwin dengan orang yang Haera tak kenal ? " tanya aku seperti meminta kepastian . Aku masih tidak percaya bahawa sekarang ini adalah aku yang memakai pakaian pengantin .
Dan aku berharapa pengantin lelaki itu adalah Rowoon tetapi ternyatanya tidak . Itu semua berangan tak sudah aku ." Apa yang appa buat sekarang ni semuanya betul untuk anak-anak appa . Ini semua untuk kebaikan kamu juga . Appa dengan omma dulu pon bercinta selepas kahwin . " balas Kai . Bercinta selepas kahwin eh .
" Bukan sebab duit appa ? " tanya ku sinis .
Appa hanya mendiamkan diri . Malas lah kot nak gaduh dengan aku sebab taknak spoilkan keadaan . Ye lah , kang ada yang aku batalkan majlis ni . Sebab yang nak kahwinnya aku .
----------------
Majlis telahpun bermula . Appa memimpin tanganku naik ke atas pentas yang bakal menunjukkan bukti perkahwinan aku dengan Seungwoo itu . Dan yang meluatnya , aku dapat melihat betapa sukanya Ong Seungwoo sekarang ni . Senyum panjang lebar .
Seungwoo menyambut tanganku dan kami kini berdiri bersebelahan . Majlis akan bermula . Aku sekarang hanya mampu redha dengan perkahwinan ini . Tiba-tiba ada satu suara .
Wow cliche nya cerita .
" Tunggu! " jerit seseorang .
Aku toleh kebelakang . WOW ITU ADALAH BAEKHYUN DAN JUGA ROWOON!
Akhirnya impian aku tercapai .
" Saya nak paderi batalkan perkahwinan ni " kata Baekhyun .
Ong Seungwoo pula buat gila dia genggam tangan aku kuat-kuat bila aku nak lari ke arah Rowoon . Aku rindukan dia . Aku nampak muka dia sayu . Aku tak keruan bila tangan aku digenggam lagi kuat . Appa pula bangkit kehadapan untuk menghadap si perosak majlis aku ni .
" Ahjushi Kim . Besar betul taste bakal menantu ahjushi ni kan sampai identiti dia pon ahjushi abaikan ? " kata Baekhyun sinis .
" Apa yang kamu cakap ni Baekhyun ? " tanya Kai pelik .
" Sanggup bermenantu kan pembunuh malah mempunyai rekod jenayah dan juga seorang lelaki psiko ? " tanya Baekhyun .
Seungwoo turun bersama Tzuyu .
YOU ARE READING
I MISS YOU [S1+S2]
Romance++ Season 2 is coming . " Tak semua kenangan yang kita ada indah " " Saya sayangkan awak . Tolong jangan tinggalkan saya lagi " " Terima kasih sebab masih sudi nak bersama dengan aku " " huh nak beranak " Heh akhirnya aku pandai buat sinopsis r...