1[Salah Faham]

9.2K 276 32
                                    

BAB 1

"Anna.."

Anna yang baru mahu melangkah masuk ke dalam kelas terus diterpa oleh seekor beruk yang comel-gemuk-tanpa-bulu.

Anna menjeling Misya tajam!

"Woi,kau ni dah kenapa?" Marah Anna,bengang dia tiba tiba kena terjah macam tu.Dahlah pagi tadi dia lewat bangun.Masih mengantuk ni.

"Hehehe,janganlah marah.Meh,aku nak minta tolong dengan kau jap." Dengan paksaan yang sungguh menyebalkan,Anna ditarik laju ke tempat duduk mereka.

"Oi,oi!Kau nak makan pelempang ke pagi pagi ni?Huh,tarik tarik pula.Entah,dimanalah aku jumpa kau ni." Serius,Anna betul betul bad mood.

Nasib baik Misya ni kawan baik dia,kalau tak dah lama makan tangan or kaki dia.Suka sangat tambah stress dia pagi pagi.

"Chill lah-"

"Chill tahi kambing kau!" Anna merengus dan menghempaskan punggung ke tempat duduknya.

"Kau ni pagi pagi lagi dah stress.Ni hah,aku nak minta tolong kau.Please..." Memang nama kawan baik,tak takut pun kalau kawan sendiri yang marah.

"Aku mengantuklah Sya,tau tak." Anna meletakkan kepalanya ke atas meja.

"Alaa,Anna.Please...Hari ni je," Misya tidak berputus asa.

"Aku dah tau lah perangai kau.Hari ni je kau kata,tapi esok mesti kau minta tolong lagi." Anna berkata tanpa memandang ke arah Misya.

"Anna,tolonglah.Kalau tak,aku jerit satu kelas yang kau minat dekat Hizham."

"Wei,kepala hotak kau!Kau jangan nak malukan aku,ok.Hesy!Dah bagitau apa yang kau minta tolong?" Anna terus menegakkan badannya.Mampus dia kalau Misya betul betul jerit satu kelas dan cakap 'hey guys,nak tau tak yang Anna minat Hizham'.

Oh!No!No!No Misya!

Sudahlah Hizham satu kelas dengan mereka dan sudah ada couple.Tak ke malu tujuh keturunannya nanti.Misya memang,suka mengugut orang!

"Heh,good!Ok,kau tolong aku pergi bagi surat cinta ni kat hubby ku yang tercinta.."

"Bapak ketinggalan zaman kau ni,Sya.Sekarang dah modenlah,siapa lagi yang main hantar hantar surat ni.LAPUK!Tau tak!"

"Suka hati akulah,kau sebok kenapa?Dah pergi hantar cepat sebelum masa masuk.Satu lagi,kau mulut kau jangan celopar nak bagitau dari siapa eh.Kalau tak,aku tak nak kawan dengan kau lagi!" Tak habis habis dengan sesi mengugutnya.

Anna hanya memutarkan bebola matanya ke atas.Menyampah dengan Misya ni kadang kadang.Ni dah masuk kes buli ni,mendera perasaan sahabat.

"Tak guna kau!" Kutuk Anna dan terus menyambar kertas itu dan bangkit berdiri.Kedengaran Misya mengekek ketawa macam langsuir nampak lelaki bogel.

"Thank you Sya,laf yu!"

"Huh!" Anna segera keluar dari kelas mereka yang baru separuh pelajar sampai itu.Masa pun masih awal.

Anna berlari ke blok tingkatan enam.Oh ya,crush Misya tu tingkatan enam,dia dengan Misya pula tingkatan lima.Ulang sekali lagi,hanya crush Misya.Belum couple pun,Misya je angau lebih sampai panggil monyet crush dia tu 'hubby'.

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now