19[Makan Malam]

1.7K 97 16
                                    

BAB 19

Anna yang sedang memakai gaun warna putih amat cantik dipandang mata.

"Are you ready,sayang?" Soal Arga yang juga segak bersut hitam.Anna mengangguk.

"Ok,come." Arga menggamit Anna.Anna mendekati Arga.Arga menyilangkan tangan Anna ke lengannya.Bermakna Anna sedang memeluk lengan Arga.Anna malas mahu membantah ke apa.

"Anna,you look so damn beautiful.Your lip is lonely,may i.."

"Ehem,boleh diam tak?" Anna memintas kata kata Arga yang cuba bermanis madah itu.

"Alright.." Maka mereka pun sama sama turun ke ruang dapur.Buka saja lif,terpampang meja makan yang sangat sangatlah panjang sudah dipenuhi oleh tetamu iaitu kawan kawan Arga.

Punya banyak kawan dia.Anna ingat seorang dua.

"Mereka semua ni ada daripada puak vampire,serigala,helang,kelawar,dan duyung." Anna mahu bersuara untuk menghentikan semua cerita karut Arga namun dia tidak tahu macam mana.

Semua tetamu pandang pasangan yang baru sampai itu.Anna jadi kekok.Dia je ke manusia biasa di sini?

"Ada juga manusia biasa kat sini." Anna menjeling Arga,Arga ni macam dapat baca fikiran dia je.Atau memang dapat?

Arga dan Anna duduk bersebelahan.

"Baiklah kawan kawan,mari kita mula makan sekarang." Arga berkata lantang.Dan semua pun mula bergerak.Langsung tiada bunyi.Anna terjatuhkan sudunya.Bunyi sudu terpelanting amat merosakkan suasana.Tak,sepatutnya Anna gembira kerana dia mampu menghasilkan bunyi.Anna cuba tunduk untuk mencari kemana sudunya terbang.Tiada,pelik.

"Nah," terkejut Anna apabila orang yang di sebelahnya lagi menyerahkan sebatang sudu.Anna teragak agak,itu sudu yang jatuh ke.Kotorlah.

"Tak,ini sudu baru.Bersih lagi." Manusia di sebelah Anna itu berkata.Anna terfikir,diorang semua dapat baca fikiran orang lain ke?Anna menyambut sudu itu sambil mengucapkan terima kasih.

Anna mula makan dengan penuh sopan,sebenarnya kekok.Kalau tak,sudah lama dia makan tanpa perasan nasi ada di rambut.

Baru Anna perasan,ada yang panjang telinga.Semua anak mata mereka memang gelap cair.Menakutkan.Masing masing dengan pasangan.Kacak kacak dan cantik cantik.Fuh.

Dari manalah diorang semua ni?

Tapi,aku lagi cantik walaupun hanya manusia biasa.Ujar Anna dalam hati.

Lepas makan malam,ada pula majlis tari menari.Entah siapa yang pasang lagu sentimental sangat.Nak juga Anna pi tukar lagu gangnamstyle.Semua makhluk di situ pun menari dengan pasangan masing masing termasuk Anna dan Arga.

"Saya tak pandai menari." Ucap Anna.

"Tak apa,saya boleh ajar." Balas Anna dan wow,walaupun Anna tidak pandai menari Arga sangat pandai membawa badan Anna mengikut rentak lagu.Mereka menari macam majlis tari menari cinderella tu.

"Awak sangat wangi dan menggoda.." Anna pura pura tidak mendengar kata Arga itu.

"Diorang semua tu hantu ke?Diorang datang dari mana?" Lain pula yang disoal oleh Anna.

"Haah,diorang dari alam bunian.Alam yang orang orang istimewa je boleh sampai."

Jadi,saya ni tak istimewa lah.Tak pernah pun sampai kat sana.Bisik hati Anna.

"Macam mana kau panggil diorang?" Soal Anna lagi.

"Sekarang zaman dah moden,diorang pun dah pakai henfon dan makan nasi." Ok,itu Anna cuba masukkan dalam otaknya namun otak logiknya menolak mentah mentah.

"Apahal pula kau berkawan dengan hantu?Kau bukan hantu betul pun?" Sejujurnya,Anna betul betul tidak puas hati dengan hidup Arga.Bukan hidup dia tapi hidup suaminya juga.

"Saya kan memang hantu.."

"Kau tak nak jadi manusia biasa ke?"

"Ini rezeki,buat apa saya tolak rezeki?" Dan Anna tidak terkata apa lagi.Habis acara tari menari.Maka makhluk makhluk di situ beransur ansur pulang.Ada juga yang sempat memberikan Anna sedikit hadiah.Nak tahu juga apa yang hantu tu hadiahkan kat Anna.

Lepas semua kawan kawan Arga balik dan tinggal mereka berdua di rumah itu,Anna terus naik ke bilik.Rimas pula pakai gaun malam malam.Sempat Anna memeriksa beberapa hadiah.Ada sisir,ada pisang,ada sabun buku,dan banyak lagi hadiah yang pelik pelik.

Ei,sekurang kurangnya bagilah bangunan Rapunzel ke.Intan ke permata.

Masa membuka gaun,entah tiba tiba Arga muncul.Cepat cepat Anna menutup badannya yang terdedah.

"Kau ni,nak intai saya eh?" Menjegil mata Anna memandang ke arah Arga.

"Nak intai apanya?Saya boleh tengok puas puas malam ni." Arga sudah tersengih sengih.Dia turut membuka baju.Tanpa kata,Anna terus masuk ke dalam kamar mandi.Lepas mandi dan pakai baju tidur,dia keluar semula.Dilihatnya Arga sedang baring di atas katil.

"Pergilah mandi," suruh Anna.Arga bangun dan terus berlalu.Anna mengeringkan rambutnya dan terus baring di atas katil.Matanya cuba dilelapkan.Entah kenapa dadanya terasa berdebar.Terasa lama Arga mandi.Dan sebaik kedengaran pintu bilik air dibuka,Anna menutup matanya rapat.

"Sayang dah tidur?" Beberapa minit,Anna terasa pipinya dielus.Anna diam.

"Saya tak akan buat apa apa.." Terasa Arga baring di sebelahnya,amat dekat.Pinggang Anna terasa dipeluk.

"Best peluk sayang.." Arga bersuara lagi,betul betul di tepi telinga Anna.Arga mengeratkan pelukannya.Lalu,mereka sama sama terlelap dan sesat di alam mimpi masing masing.

🌸🌸🌸🌸🌸
Terima kasih wak,sudi baca cite mengarut ni.Dipersilakan vote kerana takut anda akan berkhawin dengan vampire mwahahaha.Apa sudah jadi dengan story ni,aduhai.Beberapa hari tak dapat update dan hari ni saya nak spam update HAHA.

Cerita ni masih boleh kena terima tak?Haha,boleh saja tu.Jangan ikut meroyan sudah.Kalau tangan rajin tu,datanglah cek profil saya dan serbu mana mana story yang telah disediakan.Terima kasih.

Harap bersabar^^

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now