BAB 14
"Hello sayang.." Bakuki menyapa Anna dengan penuh kasih sayang sehingga melimpah ruah.Namun sayang,hanya mampu buat tekak Anna loya.
Anna tidak beralih daripada katilnya.Dalam erti kata lain,dia mengendahkan kelibat papanya yang tidak diundang itu.
"Papa tak sangka Anna ni lemah juga.Kenapa sekejap je kat Korea?Kenapa bukan sebulan?Ataupun satu tahun?Ataupun..." Bakuki tidak menghabiskan ayatnya.
Syadap Mr.Bakuki!Jerit Anna dalam hati.Geram.
"Tapi baguslah Anna balik cepat.Dapat khawin awal.Erm,ya.Esok Anna khawin ya.Jangan risau semua benda dah siap tinggal Anna siapkan diri sendiri je lagi.Ok," ujar Bakuki.
"Hmm,esok Anna khawin.Omaigad,betul ke pa?Seronoknya dapat suami.Tak sabar Anna.Thanks pa.." Anna menjawab dalam keselambaan yang dibuat buat.
Padahal hatinya sudah hancur berkeping keping.Habis dikutuknya Bakuki itu.
Tak guna punya bapak!
Dasar najib!
"Good!Begitulah anak papa.Dengar cakap.Tak payah nak susahkan diri macam mana nak lari ke mana.Papa bukan tak tahu Anna pergi mana.Cuma papa nak tengok sampai bila Anna dapat bertahan.Oklah,papa pergi dulu.Good night.." Sempat Bakuki mengusap kepala Anna perlahan.
Anna membiarkan dalam ketidakrelaan yang amat.
Selepas Bakuki blah berambus daripada bilik itu,Anna terus mencarut.Kedengaran pintu bilik dikunci dari luar.
Ya,dia dikunci.
Takutlah tu dia menghilang lagi.
Anna teringatkan Izh.Izh?Kenapa Izh?Kenapa dia ada rasa rindu dengan Izh?Wahai hati yang keliru,kau suka Izh ke?Mungkin.Jadi Hizham?Pun suka?Mungkin.
Tiada keyakinan langsung.
Teringat pasal Izh.Petang semalam juga,mereka telah berhenti menjadi warga Highschool Love On kerana akan berpindah ke Malaysia.
Anna menjeling henfonnya.Kenapa tiada langsung yang nak chat dia?Sad life.Izh tak ingat dia langsung ke.Hizham pun pasti masih bersedih dengan kematian ibunya.
Rumitnya hidup ini.
Make it easy?So how?
Mati?!
Hmm,dia belum gila nak bunuh diri.
Saat Anna mengelamun jauh itu,henfonnya tiba tiba berbunyi menandakan ada mesej masuk.Anna pantas mencapai henfonnya.Sangkanya Izh,malangnya daripada nombor tak dikenali.
0112xxxxxx
Dear future wife,
Good night and ready for tomorrow.Wekk!Saitonnya budak ni.Anna mengendahkan mesej itu dan menghadiahkan bluetick je.Nanti kalau dia balas,bukan baik baik punya.Mesti lelaki tu dapat carutan adalah.
Dalam keadaan emosi yang tidak stabil,Anna memaksa matanya untuk terlelap.
Lama dia mencuba sehingga akhirnya dia berjaya.Yeay,masuk juga ke alam mimpi.
Dalam mimpi tu,dia ternampak Izh.Izh?Why Izh?Tak,mimpi tu pelik.Anna mimpi khawin dengan Izh dan mereka hidup bahagia.
Anna terjaga entah jam berapa.Terasa hatinya sayu.Air matanya terasa mengalir di pipi.
Hey,tak kan dia suka Izh.Kenapa dia takut?Dia mahukan Izh.Izh,dengarkan rintihan Anna.
Anna menangis dalam sepi.
😷😷😷
Esoknya,Anna tak dibenarkan untuk keluar bilik langsung.Sekolah pun tak boleh.Hanya makanan yang sampai ke bilik Anna namun Anna langsung tidak menjamah sedikitpun makanan itu.
Tepat jam 2 petang,Anna disiapkan memakai sebuah gaun warna emas yang berkilat kilat entah apa apa dan didandan oleh mak kantin.
Hesy,mak andamlah.
Bertambah lawa muka Anna yang sedia lawa.
Maka apabila pengunguman pengantin lelaki yang sudah sampai,Anna sudah gelisah semacam.
Izh tau ke dia akan khawin hari ni?
Hizham tau ke dia akan khawin hari ni?
Dua orang lelaki yang suka Anna tu tau ke yang Anna akan khawin hari ni?Dengan lelaki lain.
Huwaa..
Vanida dan Ary memimpin tangan Anna keluar dari bilik untuk turun ke tapak pelamin.Oh ya,diorang ni bukan islam eh.
Anna menggengam tangan ary erat.Ary memahami perasaan adiknya dan mengusap bahu Anna perlahan.
Oleh kerana muka Anna tertutup maka dia tidak dapat melihat pengantin lelaki itu dan pengantin lelaki itu juga pastinya tidak dapat melihat wajah Anna.
Majlis berjalan dengan lancar.Banyak juga tetamu jemputan.Biasalah kan orang kaya.Bukan satu dua orang je kenalan.
Lepas sarung cincin,tiba saatnya kain yang menutupi wajah Anna dibuka.
Saat kain dibuka,Anna masih menunduk.Lalu perlahan lahan,tangan lelaki itu mengangkat dagu Anna dan mendongakkan wajah Anna.
Anna terpaku melihat senyuman itu.Indah dalam sakit.Faham tak?Sempurnanya lelaki ini.Siapa dia?Anna sudah asyik memandang wajah lelaki itu.
"Kenapa awak cantik sangat?" Soalan pertama daripada lelaki itu membuat Anna terbuai.
Kenapa awak hensem sangat?Balas Anna tapi hanya dalam hati.Oh ya lupa pula,aku memang cantik pun.Desis hati Anna lagi.
"Janganlah merah,cute pula saya nampak.Rasa geram je.." Lelaki itu bersuara lagi.
Perbualan kami atau sebenarnya lelaki itu saja yang bercakap tadi terpaksa dihentikan kerana lelaki itu akan mencium dahi Anna.
Saat bibir itu menyentuh dahi Anna,Anna tidak tahu untuk bereaksi apa.
Dia terbayangkan Izh dan Hizham.
Kalaulah Izh yang mencium dahinya tadi.Kalaulah Hizham yang mencium dahinya tadi.Pasti bibirnya bisa tersenyum lebar.Tapi ini,lelaki asing ini.
Anna tidak dapat menahan diri.Dia tiba tiba menangis.
"Sayang,kenapa menangis?" Soal lelaki itu risau.Anna tidak menjawab malah makin teresak.Terpaksa lelaki itu meminta izin untuk membawa Anna ke tandas.
Semua tetamu pun tidaklah mengambil kesah sangat.Diorang fikir yang Anna terlalu gembira berkhawin sehingga menangis begitu.
"Sayang,napa ni?"
Kalau boleh,mahu saja Anna menjerit lelaki itu jangan panggil dia sayang.Sakit telinganya mendengar.Tapi dia malas mahu bercakap dengan lelaki asing ini.
Saat mereka kembali ke tapak pelamin,Anna ditarik oleh seseorang.Dia ditarik jauh daripada situ.
"Er..Ii..Izh.."
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...