BAB 40
Sampai saat itu,mulut Anna masih terasa seperti ternganga macam anjing kepenatan.Kalau ada pertandingan bukaan mulut paling besar,mungkin Anna yang mendapat tempat pertama kerana.Kalau dalam kartun pula,rahang Anna mungkin sudah jatuh ke dada.
Ok,bukan itu topik utama di sini.Semua kerana permainan Arga yang cukup tak masuk akal dan patut dihapuskan dalam kadar yang segera.
Ya,Anna setuju akan mengikuti segala permintaan Arga selama seminggu ini tapi itu bukan tiket buat Arga untuk menentukan arahan yang pelik bin bangang ni.
Anna menghentak hentak laptop di hadapannya sambil memikirkan permainan Arga yang baginya agak keterlaluan itu.Saat itu,kata kata Arga seperti terngiang ngiang kembali di telinganya.
1.Anna mesej Izh dengan ayat yang bapak sweet.
Kata Arga,dia tahu yang Anna pernah ada perasaan dengan Izh dulu.Ya,memang betul tapi Anna sudah move on ok.Tapi,macam mana kalau Izh belum move on lagi dan masih berharap dengannya.Tidakkah dia akan bagi Izh fakehope dan menyakiti hati temannya itu lagi.Setelah itu,dia akan layak digelar perempuan 'monjing' iaitu mix monyent dan anjing.
2.Jangan sapa Hazil lagi dan buat buat macam tak kenal.
Heh,baguslah memang itu yang dia nak buat pun untuk sementara ni.Buat sakit hati je layan kulit yang pandai lupakan kacang.Arga memang.Dialah watak antagonis dalam cerita ni,tak perlu lagi buat watak perempuan gedik yang tabur fitnah sana sini.Arga yang pisahkan Anna daripada semua lelaki yang dia sayang.Mula mula Izh,kini Hazil pula.Psiko ke apa dia tu pi buat Hazil acah amnesia.Ceit.
3.Jangan jumpa geng BBS lagi.
Anna tak tau apa masalah Arga sampai semua orang yang Anna nak jumpa,dia tak benarkan.Mungkin Arga ada masalah kut dengan geng BBS tu.Lagipun geng BBS tu bukan hundred percent manusia,sama macam Arga.Tapi,ni agak oklah Anna masih boleh ikut.
4.Panggil Arga dengan panggilan 'abang'.
Tiba tiba tekak ni nak kembang pula,apahal Anna rasa nak muntah ni?Euw,gedik juga vampire seorang ni.Kempunanlah tu tiada orang yang nak panggil dia 'abang'.Kesian pun ada juga tapi buat apa nak kesiankan kat orang yang menyekse diri kita.Hmm,tak adalah Anna rasa terseksa pun tapi Arga dah ambil semua apa yang milik Anna.Arga memang berhak sebab dia suami Anna yang sah tapi Anna belum bersedia ok.
Dan yang terakhir,bagi Arga zuriat.
Ok ini Anna betul betul tak dapat terima.Bagus kalau dia dah boleh mengandung lepas kejadian hari tu.Tapi kalau tak,maksudnya Anna kena buat dengan Arga lagi...Atas katil.Ok itu tak boleh secara detail lagi.Mana tau ada anak anak belum cukup umur yang dengar en.
Tapi serius,arahan yang kelima ni agak payah dan menakutkan.Argh!Arga memang sengaja.Namun,semua ini demi kebaikan Hazil.Anna sayang Hazil ok.Bukan semudah itu nak move on.Sekurang kurangnya biarlah Hazil ingat balik kat Anna.Setelah beberapa hari bersama masa perkhemahan,memang taklah Anna dapat terima kenyataan yang orang tu dah tak kenal kita.Kan,kan?
Anna menutup laptopnya,lupa apa yang dia mahu cari tadi.Dia terjun ke atas katil.
Arga..
Hazil..
Izh..
Dan yang seorang tu,Anna lupa nama dia tapi dialah crush Anna yang pertama dan terakhir.
Tak,Anna tak sekejam itu.Dia,
Hizham,right?
🔔🔔🔔
"Weh Nana," Anna harap ada orang yang akan kecam Tiny ni.Tau lah nama Anna ada huruh double 'a' dan double 'n',begitu juga dengan Nana tapi nama itu tetap jauh sejauh langit dari bumi.
Tapi oleh kerana malas mahu pertikaikan yang Tiny lah satu satunya warga Linawa yang masih sudi berkawan dengan Anna.Semua mahu memulaukan Anna.Dasar taik kucing.
"Na,apahal kau monyok ja ni?" Tiny bersuara lagi.Anna masih tak mengalihkan wajahnya daripada pelabuhan kapal kepalanya di atas meja.
"Naaaaaa..."
"Bising duh,saya nak tidur ok." Anna pantas menghentikan hilaian panjang Tiny.Sejak akhir akhir ini,Tiny seperti kena sampuk mengacau Anna.Padahal dulu Anna yang kacau Tiny dulu.
"Lah kau ni,tak bestlah kawan ngan kau sekarang ni.Mana Anna yang kuat bercakap tu?" Tiny turut melabuhkan kepalanya di atas meja.Mereka kini saling memandang.Alah sawitnya.Maksud Tiny,sweet.
"Saya takde mood," balas Anna ringkas.Sekarang ni seperti ada gam yang mengatup mulut Anna supaya tertutup.Sangat berat untuk dibuka.Dan Anna lebih suka bercakap banyak dalam hati.Ni kan dunia magis,dia bercakap dalam hati pun ada orang yang dapat baca.Ok,merepek je.
"Nah!" Tiba tiba Tiny bersuara.Dalam masa yang sama,Tiny meletupkan jari tengah dan ibu jarinya,satu mentol halimunan seperti muncul di tepi kepalanya.Hampir Anna terkejut,hampir ok.
"Kau apahal?" Marah Anna sebab sakit juga jantung dia kerana menghampiri tindakbalas terkejut.
"Saya ada idea macam mana nak kembalikan mood kau," ujar Tiny teruja.Ingin tahu juga,Tiny dah move on daripada melukis ke.
"Apa dia?" Anna menyoal datar,macam nak tak nak je.
"Apa kata kita battle dance part 2 lagi,nak tak?Dengan budak budak yang anti dengan kau tu," Tiny menyuarakan idea yang dirasakan bernas sekali itu.
"Good Tiny,good." Anna mengusap rambut Tiny yang agak keperang perangan itu.Agak agak kalau Anna jatuh cinta ngan Tiny,macam mana ek?
Lepas tu,Anna sambung tidur lagi dalam kelas.Maka Tiny pun berhuhuhu dan mengeluarkan alat melukisnya.Oh,ingatkan dah move on.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...