BAB 42
Anna pandang ke sisi,tiada siapa di situ.Dia bangun dan masuk ke kamar mandi.Satu nota kecil terlekat di permukaan cermin bilik air itu.
Sayang,abang pergi untuk sementara.Abang harap abang masih mampu untuk bertemu dengan sayang kembali.Walau berapa lama pun,tolong jangan lupakan abang.Abang sayang awak,sampai bila bila.Sayanglah isteri pertama dan terakhir abang-ABC
Anna membaca nota itu perlahan,cuma baca dalam hati.Lepas tu dia endahkan kehadiran nota itu.Dia terus mandi dan bersiap siap untuk ke sekolah.
Dia tak terlalu memikirkan nota itu,entah kenapa dia sangat yakin yang Arga cuma bergurau dengannya.
Tapi tak sangka pula kata kata dalam nota itu akan terngiang ngiang dalam kotak fikirannya sepanjang hari itu.
"Aa...Anna.." Semasa berjalan menuju ke blok kelasnya,langkah Anna sedikit tersekat.Dia berpaling ke sisi.Hazil!
Hazil tersenyum manis ke arahnya sambil melangkah perlahan memdekati Anna.Ok,semua dah kembali seperti sediakala.Namun kenapa Anna rasa kosong di hati.
Ya Tuhan,apa semua ni?
"I miss you a lot...Ma..Maafkan saya sebab.."
"No,jangan cakap pasal tu lagi.Lupakan je,saya faham apa yang kau telah alami." Anna cuba melemparkan senyuman manis buat Hazil.
Sepatutnya dia gembira dengan semua ni,tapi kenapa rasa hambar pula?Apahal hati Anna macam dalam dilema sangat sekarang ni.
Siapa yang ada di hati Anna sebenarnya?
Hazil tersenyum kecil sebelum bersuara lagi.
"Anna..Betul ke awak dah ada suami?" Soalan Anna itu membuatkan Anna menghela nafas berat.Adakah dia baru je bagi Hazil harapan palsu.Ya,dia masih ingat saat Hazil meluahkan perasaanya masa kat hospital dulu.
Perlahan lahan Anna menganggukkan kepalanya,dia cuba tersenyum agar menghilangkan sedikit resah di hati Hazil.
Berapa banyak hati yang akan Anna lukakan?Kenapa dia rasa hidupnya hanya membawa derita buat orang lain?Benarkah?
Ya Tuhan kalau macam tu,dia rela mati saja.Eh,ayat macam desperate sangat ni.Anna memang tengah tak ada kekuatan sekarang.Nak buat lawak pun semua lawak sedih je,huhu
"Hmm,saya minta maaf sebab saya dah jatuh cinta kat Anna..." Kata kata Hazil terhenti kejap.
"Tapi,kita masih boleh jadi kawan kan?" Soal Hazil menyambung.
"Of course lah,kenapa tak boleh pula.Kau dah jadi kawan saya sejak first perkenalan kita lagi.Kau jangan risau lah," balas Anna cuba membuat ayat yang tak menghiris hati Hazil langsung.
Hazil tersenyum lagi,senyuman yang membawa sedikit getaran di hati Anna tapi kini dia tak pandang Hazil lagi.Dia terpaksa alihkan fikirannya.Dia patut sedar diri.Dia sudah khawin,jadi isteri orang.Dan dia sudah menjadi milik orang itu sebenarnya.
Akhirnya,Anna dan Hazil berpisah di situ.Rasa macam tak akan jumpa lagi dengan Hazil.Namun,Anna harap itu bukanlah lambaian tangan mereka yang terakhir.
🎭🎭🎭
Anna kesepian,dia tiada teman perempuan.Dulu dia ada tapi sudah mengkhianati dia.Dia agak serik mencari teman perempuan,tapi dalam masa yang sama dia sangat teringin.
Tapi tak apalah,sekurang kurangnya masih ada manusia yang menyayangi dia.Contohnya Tiny.Dia sudah bersyukur.
"Girls,ni budak yang kita patut ajar dulu.." Satu suara menyapa gegendang telinga Anna,dan kelihatanlah enam gadis berderet di hadapan Anna.Siapa lagi kalau bukan The Real Gediks.
"Geds,i takde mood sekarang ni so lebih baik korang blah sebab i mampu mengorek enam kubur sedalam 10 kaki sekarang ni." Jawab Anna dingin.Seorang gadis tampil ke depan,entah Anna dah lupa nama diorang.Tapi,dia masih ingat gadis itulah leader group Panthera Leo pondan ni.
"Wah,wah,wah!Berlagak kau ah.Kau ingat kau tu siapa.Sebab kau lah,kami semua disingkir daripada perkhemahan tu padahal masa tu lah peluang kami nak pikat hati geng BBS." Dia bersuara lantang.Teruskan saja,semakin banyak penonton semakin banyak yang nampak enam gadis ini mencium lantai koridor.Dan itu bagus.
"Ceh,pompuan ni berlagak berani pula." Seorang lagi gadis tampil lalu cuba menarik rambut Anna yang panjang dan cantik itu.Kepala Anna terkebelakang sikit.Sakit urat kepalanya.
Baru gadis itu mahu mencengkam rahang Anna,Anna pantas memulas tangannya ke belakang.
"Aduh,sakit bongok." Gadis itu mengaduh,lihat dia acah kuat je sebenarnya.Macam taik karabau cei.Anna melepaskan tangan gadis itu kasar.
Tiba tiba tangan Anna direntap,lima gadis itu bekerjasama memegang tangan Anna daripada terlepas dan yang seorang lagi bersedia mahu meninju Anna.
Belum sempat penumbuk gadis itu sampai ke wajah Anna,tangan itu sudah kaku beberapa inci dari Anna.
"Don't touch her girl,or i will touch you more!" Anna agak terkedu dengan kehadiran Hazil di situ.
"Yang lain semua bersurai!" Kata Hazil tegas,semua macam lipas ketakutan mula bersurai dari tempat itu.Hazil menghentakkan tangan gadis itu.Enam gadis itu berdecit macam ikan tak cukup umur sebelun pergi dari situ.
"Anna are you okay?" Soal Hazil,suaranya kembali lembut membuatkan Anna sedikit terharu.Banyak sebenarnya.Hazil cuba membelek diri Anna.
"Er,ok je.Thanks.." Ucap Anna perlahan.
"Selagi saya dapat melindungi awak,saya akan..Anna," Hazil mengukir senyum nipis sebelum melambai Anna untuk meminta diri.
Anna menunduk,lantas pura pura membetulkan tali kasutnya.Ok,dia sebenarnya cuba pungut hati dia yang tiba tiba jatuh bergolek tadi.
Auw Hazil,awak so suwit lah.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...