20[Sekolah]

1.6K 80 2
                                    

BAB 20

"Hello.." Talian bersambung.Anna memandang nombor yang tertera,dah kalau nombor yang tertera bukan nama ke apa.Jadi,dia tak tahu lah siapa si pemanggil.

"Hello,Anna." Tapi jap,suara itu macam Anna kenal.

"Hye,Hizham ke?" Soal Anna meneka,dia pasti yang dia masih ingat suara Hizham.

"Haah,Anna apa khabar?By the way,congratulation for your wedding." Anna tidak mendengar apa apa kecacatan di situ.

"Baik,thank you.Hizham macam mana?Ada kat mana sekarang?"

"Saya pun baik baik je.Sekarang saya ada ngan daddy saya kat Autralia."

"Wah,hadiahkan saya seekor kanggaru,hehe.." Anna cuba bergurau dan sangat diharapkan agar Hizham tidak tergerak hati untuk membuat ia betul betul.

"Ha,boleh je."

"Hizham,saya bergurau je lah.Hizham,are you ok?"

"Alah,saya ok je.."

"Tak,maksud saya..Erm,pasal mummy Hizham.." Ujar Anna teragak agak.Orang kata kalau teragak agak,baik jangan buat.

"Ouh,kata daddy let the past be past.Henfon tak akan selalu 100 peratus.Dan saya mula dapat terima kenyataan perlahan dengan perlahan yang mummy saya dah tak ada dan awak jadi milik orang lain." Anna menarik sehelai tisu.Tak,dia baru habis makan keropok tadi.

"Hmm,baguslah.Saya dah sampai kat sekolah ni.Nanti kita calling calling lagi ok.Bai.." Memang betul kereta yang dipandu oleh Arga sudah memasuki kawasan parkir Highschool Linawa.

"Ok,take care.Bye.." Talian dimatikan.

"Siapa tu?" Soal Arga.

"Kawan lama," jawab Anna ringkas.

"Ok,bai saya gerak dulu." Ucap Anna sebelum turun daripada kereta dan terus masuk ke dalam kawasan sekolah.

Anna bergerak mencari pejabat sekolah,nasib baik ada peta masa mula mula masuk tadi.Mudah je Anna cari pejabat sekolah dan berjumpa dengan guru PK.Dapat je kelas dan loker,Anna dibenarkan untuk memandang sekeliling sekolah pada hari tu.Tak payah masuk kelas pun tak apa.Ronda punya ronda,tiada apa kejadian yang menarik telah berlaku.

Tiba di satu taman,ada sekumpulan ladies berkumpul di situ.Entah buat apa?Mesti ponteng kelas ni kan.

"Korang buat apa?" Soal Anna dengan selambanya menghentikan perbincangan kumpulan itu tadi.Ada 6 orang semuanya.

"Hai girl,kau budak baru ke?" Seorang daripada kumpulan itu bertanya kepada Anna.

"Taklah,makcik cleaner baru."

Krik krik.Siapa suruh buat lawak masa tu.Macam mau makan 6 pasang kasut plus stokin yang pastinya sedap hingga ke tekak.

"Korang buat apa?" Soal Anna lagi apabila soalannya masih tidak berjawab.

"Memancing," perempuan tadi mungkin sedang membalas dendam.Anna pura pura ketawa dengan lawak itu.

"Anna,kau nak join ke group kami?Seorang je lagi yang kami nak cari." Kata yang lain pula,tak hairan dia nampak nametag Anna.

"Group apa ni?" Soal Anna kebingungan.

"Begini,kitorang nak ikut perkhemahan tapi mesti ada kumpulan ahli seramai 7 orang baru boleh ikut." Kata Fiona,kita tengok namatag diorang.

"Ouh..Bila tu perkhemahan?" Anna nampak berminat.Boleh juga dia menjauh daripada Arga.HAHAHA.Dia bukan tak suka Arga cuma dia kekok dan belum biasa kalau berdua.

"Minggu depan." Jawab Gini pula,Anna mengangguk anggukkan kepalanya.Ingatkan group rama rama ke apa tadi.

"Ok,boleh juga." Akhirnya Anna memberikan kata setuju.Yang lain nampaknya gembira.

"Korang ponteng kelas semata mata sebab ni je?" Anna bersuara.

"Mana ada ponteng,kitorang satu kelas free lah sekarang." Jawab gadis yang mula mula tadi,Yana.

"Kau kelas apa?" Tanya Merly.

"5 Zuhrah."

"Samalah!"

"Erk.." Jadi,serta merta dia menjadi geng kepada 6 gadis itu.Menurut ketua di situ yang bernama Hajar,nama kumpulan mereka ialah Panthera Leo.Itukan nama saintifik bagi harimau?Apa apa je lah.

Mereka sama sama masuk ke kelas 5 Zuhrah kemudiannya.Tak sangka banyak juga peminat Anna.Penat penat je dia tandatangan buku para peminat.Biasalah ex jungkuk.

"Girl,tolong ambilkan pen saya yang jatuh." Seorang lelaki yang bernama Tiny meminta pertolongan Anna.Anna pun tolonglah.Nama pun Tiny,sebab badan pun tiny kut.

"Thank you." Ucap Tiny sebaik Anna menyerahkan pennya.

"My pleasure..Kau lukis apa?" Soal Anna apabila perasan lelaki itu sedang melukis.Anna menjenguk sedikit.

Gulp.Anna tertelan air liur sendiri.Tiny lukis vampire.Terus dia ingat dekat Arga.

"Kau ni vampire ke?" Soal Anna tanpa berfikir.

"Isk,mana ada.Hahah,lawaklah kau ni?" Celah mana lawak pun Anna tak tau.Anna hanya memandang Tiny melukis dengan penuh cekap.

"Kau bosan eh?" Soal Tiny apabila perasan Anna masih memandang ke arahnya tak berkelip.Anna tidak tahu untuk bereaksi apa.

"Saya ada komik kalau kau nak baca."

"Cuba tengok," Tiny mengeluarkan beberapa buah komik daripada begnya.Semua pasal vampire.Peminat vampire betullah.Dia menyerahkannya kepada Anna.

"Tapi,jaga jaga kalau ada pengawas atau cikgu.Nanti komik saya kena tangkap,saya sayang sangat tau tu." Ucap Tiny,Anna hanya mengangguk.

Anna mula membelek buku yang pertama yang bertajuk 'Vampire Jatuh Cinta'.Cerita cinta.Oleh kerana bosan dan tak ada cikgu,maka Anna melayan komik itu.

"Kau tau pasal vampire tak?" Masa membaca,sempat Anna menyoal Tiny.

"Taulah sikit sikit.Saya ada satu buku pasal vampire kat rumah." Jawab Tiny.

"Ouh.." Anna menggeliat sedikit.Macam manalah kalau Tiny tau suami dia vampire?Anna menggeleng gelengkan kepalanya.

"Anna,sembunyikan komik tu,ada cikgu?" Suruh Tiny.Pantas Anna memasukkan komik komik itu ke dalam laci mejanya.Ketua kelas mengetuai ucapan selamat sejahtera.

Sekarang masa tidur,eh silap masa untuk belajar sejarah.Awal awal lagi Anna sudah menguap.

Ah,tidak sabar rasanya dia mahu pulang ke rumah.Walaupun cuma ada Arga tapi belajar sejarah betul betul buat Anna give up kat sekolah.

Mahu tidak mahu,Anna terpaksa turutkan matanya yang mahu lelap dan suara cikgu yang mengajar sejarah semakin sayup.

Kenapalah dia terlalu baik untuk masuk kelas pada hari pertama ini?

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now