35[Perkhemahan IV]

838 52 0
                                    

BAB 35

Banyak betul part perkhemahan ni,kasilah tajuk lain erm.

Weh,Anna kau boleh diam tak?

Tak,masalahnya sekarang Anna diam je sebab terlalu penat bak kekurangan oksigen dan akan mati pada bila bila masa.Itu agak over,pengsan cukuplah.

Fuh,penat gila buat jungle tracking.Dahlah takde apa apa yang menarik sebab tu tiada scene untuk itu.Hesteg sila fahami keadaan author.Hesteg serius kau pun tau apa benda tu,kan?

"Anna," Anna memandang ke arah suara namanya berbunyi.Sebelah kiri dia je kut.Terus ada sebotol air mineral terapung di udara.Tipu je,salah satu triplet tu yang sedang baik hati menghulurkan Anna sebotol air.

"Ouh,thanks." Ucap Anna ringkas dan menyambut huluran itu.Baik betullah orang ni.Siap hulurkan Anna gitu.Bukannya Anna tak boleh ambil sendiri.Tapi itulah,tak baik pertikaikan kebaikan orang lain.

Orang dah baik tu,kite...Kita Anna,kite tu bermaksud layang layang.Ouh,mmm.Ulang balik,orang dah baik tu kita berbahasalah lah.Berbahasa secara sopan.Bukan macam,

"Weh,tolong ambilkan saya sebotol air tu.Cepatlah,lembap." Anna betul betul tidak percaya,apahal gegerl ni merosakkan pemandangan dia.Anna betul betul tak puas hati.Banyak lagi kut tempat lain.

Malas nak fikir pasal gadis acah famous tu,yang entah apa apalah nama dia.Anna mengalihkan perhatiannya kepada The Triplet.Uyeah.

The triplet memang selalu ada dekat dekat,macam ada satu tali yang mengikat mereka sentiasa bersama.Jangan jangan,kalau betul betul ada macam mana?Halimunan gitu,astaga.

The triplet duduk di samping Anna,bukanlah melekat di badan Anna tapi adalah dekat beberapa cm.Anna mengambil peluang itu untuk mengorek rahsia the triplet.

Siapa geng suka korek rahsia orang yang unik.Memang geng Anna.Highfive sikit,lawa.

"Urm,girls..."

"Weh,apa ni weh?Argh,tolong aku!Ada semut besar!" Anna mengucap sabar beberapa kali dalam hati.Ingatkan gadis tu nak mampus dah ke apa tadi?Semut je kot.

Crazy pig!

Anna mengabaikan dan menganginkan watak yang paling gedik itu.Jangan risau,Anna memang akan ada jodoh untuk bertekak dan beresofagus dengan wanita itu nanti.Silakan bersabar.

"Ye," oh rupa rupanya the triplet mendengar panggilan merdu Anna tadi.Ketiga tiga wajah yang serupa itu memandang tepat ke arah Anna.Ah sudah,macam pandang klon yang banyak pula sekarang ni.

Mantap sungguh imaginasimu author.Anna salute.Hehehe,thank you Anna.Dah,main jauh jauh.Ini cerita Anna,author jangan menggedik nak masuk sama sebab sejak tadi tangan Anna memang terasa ringan nak cop kepala sesiapa.

Takgune.

"Er..." Anna kehilangan kata kata.Apa dia nak soal kat manusia unik ni eh?Kau ingat banyak ke triplet kat dunia ni?Kiranya diorang ni unique and special lah di mata orang anti sosial macam saya.Hoho.

"Takpe,biar saya terangkan keluarga kami sedikit demi sedikit." Salah satu triplet tu bersuara,Anna mengucap syukur dalam hati kerana menemui manusia yang sangat memahami.Rasa terharu datang balik.

"Firstly,cara Anna nak bezakan kami bertiga.Anna tengok tanda tahi lalat..."

TAHI lalat weh.Anna ni memang suka menyampuk,cis.Diam diam sekajap boleh tak.

"...kat muka kitorang ni.Tahi lalat saya kat dagu,saya Maria.Yang ni tahi lalat kat dahi,nama dia Gomez.Dan yang tahi lalat kat telinga ni,nama dia Zura."

Baru Anna perasan tahi tahi lalat yang bertempek kat wajah triplet tu.Nampak sangat selama ni Anna bukan seorang yang teliti orangnya.Jap,nak cakap sikit.Apa pasal nama diorang jauh jauh.Maksud Anna,bukan selalunya orang guna nama yang sama capital ke.

Contohnya:Nana,Nini,Nono.

Kan,kan?Tapi ini:Maria,Gomez(apahal nama macam artis ni?),Zura.Oh ya,sebab ni bukan cerita cliche memanjang.Mesti ada sedikit cahaya matahari yang mula terbit dari Timur.Ya,selalunya matahari terbit dari Barat kan(lupa pulak,ada sesiapa nak betulkan tak?).

"...Kami memang dilahirkan triplet.Tapi malangnya,ibu kami meninggal masa umur kami baru beberapa hari.Ayah kami pula meninggal lepas kemalangan jalan raya.Akhirnya,kami dipelihara oleh aunty kami yang tak ada anak.Dia baik,kaya of course.Tapi,suami dia jahat mengalahkan iblis..."

Ouh,Maria masih bercerita rupanya.Tapi,tak sangka muka muka ayu pun sebut iblis juga.HAHAHA.Jap,napa cerita dia ni cam sedih je Anna dengar.Timbul juga rasa bersalah ni.Namun,bukan Anna yang suruh Maria bercerita pasal itu ok.Dia tak minta pun tadi.

"...Suami aunty kami selalu dera kami.Last last,kami bertiga cari ikhtiar nak lari.Then,kami terjumpa dengan geng BBS.Tak sangka diorang akan bantu kitorang dan beri kami tempat tinggal serta bagi kami sekolah kat Highschool Linawa.Bakh ada cerita kat kami yang Anna ni isteri kepada seorang vampire.Dan Anna juga patut tau yang geng BBS tu dari puak duyung,puak serigala dan puak kelawar."

Anna tidak tahu untuk bereaksi apa ketika itu.Dia masih belum dapat terima kenyataan yang Maria baru saja membongkar satu lagi rahsia baru dalam hidup Anna.

Tapi,apahal banyak sangat 'tapi' ni.Lantaklah.Namun,Anna hanya beriak selamba dan cuba mencari kata kata yang sesuai untuk membalas.

Namun lagi,sampai saat yang kesepuluh Anna hanya mampu ternganga.

"Relaks Anna,lambat laun Anna pasti dapat biasakan semua ni dalam otak Anna.Berehat jap bersama kit kat.Nah,makan kit kat ni." Pantas Anna mencapai kit kat itu dan lupa mengucapkan terima kasih.Lepas kit kat tu masuk dalam mulut,baru Anna ingat mahu berterima kasih.

Dasar kacang,Anna hanya menayangkan sengih.Dia yakin yang kit kat pasti akan menenangkan jiwa dan raga.

Relaks,kit kat kan ada.

IPhone tarak,HAHAHA.

"So,sekarang ni korang tinggal dengan BBS ler?" Apabila otak Anna mula stabil,apa sudah kubilang.Kit kat kan ada.Isk,diam ok.Jangan bazirkan beberapa patah perkataan ini dengan bendamu yang bukan bukan.

P/s:Setelah otak Anna kembali stabil,dia mula bersuara kembali.

Dan,triplet itu mengangguk dan senyuman mereka serentak terukir.

Anna tidak faham perasaannya sekarang.Seram atau rasa bangga dapat nampak pemandangan unik itu?

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now