13[Balik]

1.9K 95 8
                                    

BAB 13

"Erm,macam?Ok tak?" Soal Anna sebaik suapan pertama masuk ke dalam mulut Izh.

"Hmm,not bad.." Komen Izh.

"Cakaplah dengan terang dan jelas!" Ujar Anna geram.Ada Anna cakap sebelum ni ke yang dia tak pandai masak?Lupa pula.

Entah.

"Masih boleh masuk mulut,so bolehlah jadi calon isteri saya." Usik Izh tiba tiba sambil mengenyit mata ke arah Anna.

Anna masa tu ngam ngam pandang Izh,jadi hatinya seperti terpana saat melihat kenyitan mata Izh.

Hisk,Izh je kut.Bukannya Hizham.Bisik hati kecil Anna.

"Kenapa pandang saya macam tu?Tergoda ke?" Soal Izh menarik kembali Anna ke alam realiti.

Muka Anna tiba tiba terasa panas.Euw,apa ni?Tak kan Anna blushing dengan Izh.Begitu mudahkah mahu berubah hati?

"Er,mana ada.Perasanlah kau ni," Anna mengendahkan Izh dan mula memakan makanannya.Dia membiarkan Izh yang merasmi dulu masakannya tadi sebelum dia yang merasa.

Harap haraplah benar masakan itu...Not bad!Ataupun sedap hingga menjilat jari.Eceh,tak payah nak berangan lebih.

"Tapi pipi Anna merah,auw.." Usik Izh lagi.Dia mencapai piring Anna.

"Meh,abang suapkan Anna."

Uwek,abang!Nak muntah,please.Anna memandang Izh tajam.

"Tak payah nak berlagak sweet.Saya tak melting pun dengan kau.Saya suka Hizham je," Anna cuba mencapai piringnya kembali.

"Alah,saya tak kesah pun.Tengoklah beberapa hari ni,pasti hati Anna dah beralih ke saya pula." Ucap Izh bangga.

"Dahlah,jangan banyak merepek depan makanan.Kesian makanan ni dengar kau meroyan,huhu..."

"Hesy,apa apa je lah." Akhirnya Izh mengalah dan mengembalikan piring Anna.Selepas itu,mereka makan dengan tenang tanpa sebarang bicara lagi.

Saat Anna merasa masakannya,wow!Sedap juga kan.Huh,pujilah diri kau sendiri.

🍚🍚🍚

"Anna!Anna!Anna!" Masa Anna hendak melantak di sebuah kafe yang berdekatan dengan Highschool Love On.Seseorang memanggil namanya dengan bertalu talu.

Siapa lagi kalau bukan Izh?Uh.

"Kau nak apa?" Marah Anna.

"Kenapa Anna tak tak tunggu saya?Kita boleh rehat sama sama." Izh buat muka cemberut.

"Suka hati akulah!" Anna mengendahkan Izh dan meneruskan aktiviti makannya.

Izh duduk di depan Anna dengan wajah tak puas hati.Selepas itu,dia memesan sebarang makanan yang boleh mengisi perutnya yang kosong.

"Anna,kau masih marahkan saya ke?" Masa menunggu makanannya sampai,Izh mengajak Anna berbual kosong.

Ya,Anna marahkan Izh semalam sebab Izh tak habiskan masakan yang dimasak oleh Anna.Lepas tu boleh pula Izh keluar gi kedai beli makanan dengan alasan dia tidak kenyang dengan masakan Anna.

THE VAMPIRE Where stories live. Discover now