BAB 23
Pagi pagi lagi Anna sudah terdengar bunyi bising dari tingkat bawah.Siapa pula yang buat bising ni?Bukan Anna berdua dengan Arga je ke?
Anna lihat di sebelahnya,Arga tiada.
Anna bangkit mahu melihat ke tingkat bawah.Dia baru perasan radio yang terpasang bukan main kuat.Dan yang paling bikin takut,lagu 'Nakal' by Ayda Jebat yang sedang terpasang.
Ok,hantu mana pula yang sedang bergembira pagi pagi ni?
Anna menjenguk ke bawah melalui koridor.Rumah ni macam istana.Dari koridor atas boleh tengok ruang bawah yang luas.Dan dari situ Anna melihat Arga sedang workout dengan lagu yang macam volume downnya sudah rosak.
"Eh,hai sayang.Dah bangun?" Bergema suara Arga menyapa Anna di tingkat atas.Memang kuatlah suara Arga menjerit.
"Apahal bising bising ni?" Rungut Anna.Sekolah dia mula jam 8.30.Sekarang baru jam 6 lebih kut.Dengan terpaksa Anna terus turun ke bawah menggunakan lif.Apabila sampai di tingkat bawah,lagu sudah bertukar jadi 'Pencuri Hati'.
Ei,dasar peminat keras Ayda Jebat.
"Kau bising apahal?Kenapa tak pi bilik gym je?" Soal Anna tak puas hati.
"Sorry,Anna.Saya nak ajak Anna workout.Boring pula seorang seorang." Anna melihat Arga sudah kecil pada pandangan matanya.Namun tidak lama,Anna sudah melarikan pandangan matanya ke tempat lain sebab Arga nampak seksi pula.Pakai baju ketat,tambah lagi dia berpeluh aum.
"Jomlah," ajak Arga.Dia mengelap wajahnya yang berpeluh dengan tuala di bahu.
"Malaslah,saya nak tidur."
"Percayalah,Anna tak boleh tidur sebab volume radio ni boleh tinggi lagi." Anna menjegilkan matanya memandang Arga.
"Dah,gi tukar baju." Tanpa menghiraukan pandangan tajam Anna,Arga terus membawa Anna ke bilik persalinan.Anna tidak mampu menolak dan terpaksa menurut.Lagipun lama dah dia tak workout.Bagus juga dapat suami macam ni,baru sentiasa sihat.
Maka,pagi itu Anna dan Arga workout sampai jam 7.Berpeluh sakan masing masing.Berebut rebut diorang nak pasang lagu yang diorang suka.Arga pun bagi Anna can memandangkan ini hari pertama mereka workout sama sama.
Lepas tu,mereka sarapan di cafe seberang rumah mereka yang buka 24 jam punya.Baru Anna bersiap siap pergi ke sekolah.
🌿🌿🌿
Masa beratur ambil makanan pabila rehat,ada seorang budak lelaki cari pasal dengan Anna.Bukan budak tapi sama form dengan Anna.
"Weh,aku baris dulu lah." Lelaki itu dengan tahap kurang ajar yang tinggi menolak Anna keluar dari barisan.
"Setan,saya dulu lah." Anna tercarut.
"Apa kau cakap?" Lelaki itu memandang tajam ke arah Anna.
"Saya cakap,muka kau macam setan yang sudah bertahun tak makan." Jawab Anna selamba.
"Hei,budak baru.Jangan berlagak sangatlah.Kau ingat kau siapa?" Hah,tau juga nak sakit hati.Anna malas mahu melayan lelaki itu dan baris di paling belakang sekali.Terpaksa.
"Hei,hei.Saya nampak dia yang dulu,kau baris kat belakang." Tiba tiba seorang lagi lelaki pakai baju oren,mesti pengawas,datang menegur lelaki itu.Anna tersenyum sinis kepada budak tak tahu adab itu.Lalu Anna dapat baris semula di depan.
Lepas memilih makan dan beli,Anna bergerak ke arah tempat Tiny duduk.Entah jembalang mana lagi yang menyadung kakinya dan nasib baik Tiny sempat menyambut makanan Anna daripada tumpah.Sebagai balasan Anna menyiram orang yang menyadung kakinya itu dengan separuh air sirapnya.
"Gangster gila kau ni." Ujar Tiny sebaik mereka sama sama makan di tempat yang sedikit aman.
"Siapa suruh cari pasal dengan saya?Masa baris tadi pun,ada yang cari pasal.Panas betul hati.Apa masalah diorang?" Hambur Anna.
"Sabar Anna.Tak baik marah marah depan rezeki." Nasihat Tiny seperti menyiram api di hati Anna dengan minyak diesel.Tapi,dia terpaksa sabar juga.Mereka pun mula makan dengan senyap.
"Anna,kau dah nampak ke ni?" Tiny menunjukkan henfonnya kepada Anna.Anna menjenguk skrin telefon Tiny.Dan dia ternganga sebaik membaca berita panas itu.
"Seorang gadis perasan superstar!" Baca Anna dan melihat gambar yang tertera,gambar Anna.
Tak guna!Siapakah parasit ini yang nak sangat telan stokin dia?!
Dia perasan superstar?
Apa orang ni merepek?
Kalau nak buat cerita,carilah yang logik sikit.Ini langsung tak masuk akal.Celah gigi mana pula dia perasan superstar.Patutlah banyak orang yang pandang dia macam dia baru lepas bunuh 10 ekor kucing dan anjing.
"Haah,saya pun terkejut masa tengok ni semalam."
"Kau nampak kat mana tu?" Soal Anna dengan nada yang cukup tak puas hati.
"Kat fanpage kumpulan BBS."
"Eh,tak guna betullah orang ni.Saya baru rapat dengan geng BBS sikit dah nak jelous.Takpe,biarkan orang tu senang hati dulu.Tunggulah kalau saya dah tau siapa dia,tau lah apa saya nak buat." Anna mengepal penumbuknya kejap.
"Saya boleh tolong Anna cari orang ni.Lepas tu Anna nak buat apa?" Ucap Tiny.Dia memandang tepat ke arah Anna.Wajah Anna ketika ini sudah macam orang psiko yang nak bunuh orang.
"Takde apa apa,saya just nak lawan menari dengan dia.Dia cakap saya perasan superstar.Dia iri hati sebenarnya tu." Balas Anna membuat Tiny menepuk dahinya sendiri.
"Nak lawan menari buat apa?Buang masa je.Bagus kau rancang macam mana nak bawa dia ke hutan dan biar dia sesat dan tak tahu mana jalan balik." Rupa rupanya Tiny ni lagi psiko.Anna pandang Tiny,Tiny balas.Dan mereka berbalas balas senyuman yang sukar ditafsirkan.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE
Vampire[Completed] PEMENANG WATTYS 2020 (PARANORMAL) Sebelum mula penulis mencadang agar semua tekan back dan tidak membaca cerita ni sebab tak best pun. Serius. Hidup ini penuh dengan siku- eh liku! Anna manusia biasa biasa, tak cantik sangat tak buruk sa...